? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Followers

Monday, December 26, 2011

Bumi Makin Tua, Kita juga Turut Bersama

Pejam celik pejam celik tiba tiba hampir melangkah ke tahun 2012. Tahun yang bakal menuntut banyak pengorbanan. Tahun akhir untuk bergelar pelajar. Sekejap betul masa berlalu. Ok,cerita untuk tahun depan tunggu tahun depan baru cerita.


Sekarang saya mahu coretkan suka duka sepanjang perjalanan 2011. 2011, tahun yang sangat mencabar kreabiditi diri sebagai hamba Allah. Cabarannya mampu mengalahkan cabaran tahun yang lainnya. Tahun ini banyak ketawa, seiring dengan banyaknya air mata yang mengalir. Tahun ini paling banyak mengajar tentang makna ukhwah sesama manusia, tentang rendah diri sebagai hamba Allah, tentang tanggungjawab sebagai seorang khalifah. Harapnya saya lebih banyak bersyukur daripada merungut. Bukankah ini semua ini ragam kehidupan. Smile!

Tetapi, cerita penghujung tahun 2011 lain pula cabarannya. Cabaran untuk menjadi anak yang baik, kakak yang bertanggungjawab, hamba yang solehah, dan guru yang berdedikasi.

Jika sebelum ini sibuk berulang alik mengajar tuisyen dan bertungkus lumus mengecat rumah, kini saya berada di restoran milik Mak Tam. Sengaja mahu mencari pengalaman baru di kedai makan. Seronok juga melayan karenah pelanggan yang pelbagai dan pengalaman membancuh air yang kaw kaw.Tapi dapat tolong sekejap saja....

2011, juga membawa luka yang agak dalam. Orang kata berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga insan yang Allah pilih untuk memikulnya tidak terasa terbeban seorang diri. Kami semua ada untuk bersama-sama. Kami semua turut merasai kesedihan tersebut. Kami turut menangis bila dia menangis. Betapa suramnya keadaan insan tersebut turut dirasai oleh kereta kesanyannya. Lekuk di sana, lekuk di sini. Tak terurus, kotor, berbekas dengan debu dan mengelupas sana sini. Itu hanya apa yang kami nampak pada pandangan mata kasar kami. Pandangan kami tak mampu untuk menembus lebih dalam untuk merasai segala pahit yang dia rasa. Memang segala yang berlaku merentap hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Allah telah memilih dia, jadi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuknya.

sadness, girl, lonely

Harap-harap perjalan tahun depan lebih mudah dari tahun ini. Lebih kuat dari tahun ini dan lebih banyak amal dari sebelum ini.


Friday, September 23, 2011

Fesis 2011

Alhamdulillah semalam dah selesai FESIS 2011 yang berlangsung dengan jayanya. tahniah kepada semua yang banyak membantu. masing-masing sudah cuba yang terbaik untuk menghasilkan kejayaan yang terbaik. Oh ya, FESIS 2011 is standing for Festival Inspirasi Seni 2011. memandangkan Fesis ini buat julung kalinya diadakan secara besar besaran dan menjemput kumpulan nasyid Mestica, memang semua orang all out memberikan support yang terbaik. syukur sangat-sangat video dapat dilancarkan dengan baik walaupun sebelum ini sanagt banyak ujian yang melanda; video hilanglah, video tak boleh editlah, perkataan tak nak keluarlah dan macam-macam lg. tambahan pulak minggu ni la esaimen banyak2 nk kena antar.fuh,mencabar...tp alhamdulillah, itu semua adalah ujian yang mampu dihadapi walaupun banyak. jangan lupa:


"Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(Al-Baqarah:286)

itu je yang nk kongsi untuk hari ni. and thanks for those costumers who bought at our 'gerai'. LICIN.....^_^


Monday, September 19, 2011

Korang Fikirlah Sendiri...

Wajib Berdakwah Walau Diri Belum Sempurna!

Ramai orang mengetahui bahawa tugas berdakwah adalah wajib ke atas setiap individu. Walau bagaimanapun,masih ramai yang tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah disebabkan oleh beberapa kekeliruan.Antara kekeliruan yang sering timbul adalah menanti kesempurnaan diri sebelum memulakan dakwah. Hal inimenyebabkan sebahagian daripada umat Islam tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkarankerana merasakan amalannya belum cukup mantap dan dirinya masih diselimuti dengan banyak kelemahan.Berhubung dengan isu ini, Imam Said bin Jubair berkata: “Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yangmakruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang punyang akan mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.” Imam Malik amat bersetuju dengankenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah: “Dan siapakah antarakita yang lengkap dan sempurna?”Sebahagian umat Islam tidak mahu berdakwah kerana merasakan dirinya belum mengamalkan segala ilmu yangsudah diketahui. Mereka juga khuatir tidak dapat melaksanakan perkara yang diseru. Berhubung dengan ini, Imamal-Hasan berkata: “Siapakah antara kita yang telah melaksanakan segala yang diserukan? Syaitan amat menyukaijika manusia terpedaya dengan sikap ini sehingga akhirnya tidak ada sesiapa pun yang mahu mengajak kepadayang makruf dan mencegah kemungkaran.”Secara dasar,kewajipan berdakwah dituntut ke atas setiap individu yang mukalaf dan berdaya. Syarat berdaya ataumampu perlu difahami dengan betul. Hakikatnya, Islam mengakui tahap kemampuan setiap individu adalah berbeza.Justeru Nabi bersabda: “Barangsiapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan tangannya.Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan kata-katanya dan jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan hatinyadan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.Berhubung dengan mencegah kemungkaran, kadar minimum yang dituntut adalah mengingkarinya dengan hati. Didalam kitab Dalil al-Falihin disebutkan: “Mencegah kemungkaran dalam hati bermaksud membencinya dengan hatidisertai dengan azam untuk mencegahnya dengan lisan ataupun perbuatan apabila dia mampu. Membenci maksiatdengan hati hukumnya adalah wajib ke atas setiap individu dan sesiapa yang menyetujui suatu kemungkaran berertidia bersekongkol dengannya.”Iman memerlukan bukti dan salah satu buktinya adalah membenci maksiat. Tanpanya, iman akan berkecai dalamhati seseorang. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda Nabi berhubung dengan perkara ini yang bermaksud:“(Jika hati seseorang tidak membenci kemungkaran), tidak ada selepas itu iman walaupun sebesar biji sawi.”Hati yang tidak membenci kemungkaran akan binasa. Sahabat nabi bernama Abdullah ibn Masud pernah menegaskan:“Binasalah mereka yang tidak dapat membezakan yang makruf dan mungkar dengan hatinya.”Secara dasar, pengabaian dalam melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar mengundang azab dan seksaan daripadaAllah. Berhubung dengan ini, dalam surah al-Anfal ayat 25 Allah berfirman: “Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yangtidak khusus menimpa ke atas mereka yang zalim dari kalangan kamu sahaja. Dan ketahuilah Allah maha keras seksaannya.”Ayat ini menjelaskan, apabila azab menimpa disebabkan kemungkaran yang berleluasa, ia tidak hanya menimpa ke atasmereka yang melakukan maksiat, ia juga menimpa ke atas mereka yang soleh yang mengabaikan dakwah.Ayat ini disokong oleh beberapa hadis Nabi yang antaranya diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud: “Zainab bintiJahsy bertanya kepada Nabi, “adakah kita akan dimusnahkan sedangkan golongan yang soleh masih ada dikalangan kita?”Nabi menjawab, “Ya.. apabila kekejian berleluasa.”Dalam riwayat lain oleh Imam Tarmizi, Nabi bersabda: “Apabila manusia melihat kezaliman dilakukan oleh seseorang yangzalim dan mereka tidak mencegahnya, tidak berapa lama lagi azab daripada Allah akan menimpa ke atas mereka semua.”Imam Bukhari pula meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud: “Perumpamaan mereka yang memelihara batas-batas agamaAllah dengan golongan yang melanggarnya adalah seperti sebuah kapa yang dipenuhi penumpang pada bahagian atas danbawahnya. Golongan yang berada dibahagian bawah, apabila ingin mengambil air terpaksa menaiki bahagian atas kapal bagimendapatkannya. Akhirnya penumpang bahagian bawah berkata, ‘alangkah baiknya jika kita tebuk saja lantai kapal ini untukmendapatkan air dan dengan cara demikian kita tidak lagi menyusahkan rakan-rakan kita pada bahagian atas.’ Jika penumpang-penumpang pada bahagian atas tidak mencegah perbuatan rakan-rakan mereka di bawah, mereka semua akan tenggelam.Jika mereka mencegah, kesemua mereka akan selamat.”

Thursday, September 15, 2011

Dilema Hari Sebelum Raya



++ Bismillahirrahmanirrahim ++
~Assalamualaikum~
Apa khabar iman hari ni?Hmm,rasa mcm dah bersa

rang je blog ni tanpa isi baru. Bukannya apa, asal ada depan lappy je terus blank nk tulis apa. padahal sebelum on lappy belambak-lambak je idea.huhu.That's why people always said people's brain is limited.

B4 that, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin to all of you....
Bulan Ramadhan bulan untuk melatih diri untuk menundukkan nafsu. especially nafsu makan la kan?tp ramai yang rebah bila sampai bazar ramadhan.itu nk beli, ini nk beli last2 makan nasi dgn lauk simple2 jugak...yang lain?haisy,siapakah org itu~

Waktu di rumah dah lali dengar bunyi meriam dengan si adiknya si mercun. boom sana pom sini. Menyampah!.Sebab dah x larat nk urut dada sbb tekejut.kat sini boleh buat main je meletop sana meletop sini pastu gelak ramai2. Tak tefikir ke budak2 kat palestin, somalia, rohingya n mana-mana tempat Islam yang bergolak sekarang.
Jauh lebih matang...

Kata abah, "kesian rumah kita, terkejut dengaq bunyi mercun." almaklumlah rumah baru beliau yang sangat disayangi itu..hehhe.


My baby camera pulak tiba-tiba manja terlebih.lens tak leh nk keluar bila on. Aiyo..saborje lah.



Apepon kita kena ingat, Allah memberi ujian bukan untuk dirasa ringan, tapi untuk merasa beratnya. Janganlah kita merasa beriman selagi mana kita belum diuji. So, berat-berat ujian itu manis-manis belaka. Smile~



Friday, August 12, 2011

Bila Sabar Sudah Hilang


Semalam mengamuk kat budak-budak sbb dah tak tahnan sangat-sangat. Kesian jugak kat diorang tapi sebagai guru kita kena memberi pengajaran walaupun perit.
tapi kena ingat...marah jangan melampau lampau sampai terhambur segala yang tak patut. marah untuk pengajaran. kesannya,budak-budak baik hari ini. ^_^

Tuesday, August 9, 2011

Madrasah Ramadhan

buat masa saya kongsi yang ini dulu ye...bcoz loceng sudah berbunyi. tandanya perlu masuk ke kelas~^^.salam ramadahan,salam muhasabah..

Thursday, July 14, 2011

NORTH CAMP EDITION 2011



Name : North Camp Edition 2011

Date : 08 July 2011-10 July 2011
Place : PJ Campsite, Tualak, Kuala Nerang
Theme : Badar Al-Kubra

Berbekalkan yuran RM50 je, kami dpt tidur n makan dgn selesanya.tmpat y sgt cntik dn aktiviti y sangat mncabar. Rombongan dari Pineng mmg gempak. konvoi ramai2 dengan 10 buah kereta dari pineng merentasi jambatan pulau pinang dan terus ke kuala nerang. walaupun balik ke tempat sendiri tp saya ttp mwakili pineng. rsa bersalah pda Kedah.(T.T)

Tak terhingga rasa bersyukur sbb dpat join mukhayyam ni. Aktiviti yang dijalankan sangat kreatif dan terkesan di hati. Lebih terharu bila dpat badge y didesign sendiri. rasa nk nangis je bila tengok.thanks guys for suporting me. lagi best bila tempat dekat ja dengan rumah. Walaupun tak sempat nk balik, ambil bau pun cukup lah...huhu.

Lagu Gelombang Keadilan cukup membakar semangat. Tambah2 lagi pukul 4 pg sdah mnyambut panggilan jihad. mmg mereka sangat semangat. dapat merasa mnjadi spy dn mmbaling peluru. walaupun kami terpksa mnjadi pihak musuh utk mlawan muslimin, semangat utk mnang ttp ada walau pun last sekali kmi yang kalah. takpe, puak muslimin mmg Allah akan bantu. Walaupun perang ni hanya simulasi tapi pada saya sendiri, mmg dapat merasai betapa tingginya semangat juang para muslimin dalam perang Badar. Jumlah 313 untuk melawan ribuan puak musyrikin mmg mustahil untuk menang tetapi disbbkan smgt mereka Islam mmpu menang. Allah Maha Berkuasa. Susah betul nk tulis apa yang saya rasa ni. mungkin shbt2 yang prnah mngikuti kem ketenteraan boleh mmahaminya.

Aktiviti yang paling best sekali of course la waktu Tresure Hunt. Mencabar betul. Mmg menguji kecekapan mmbawa kereta pusing2 kampung dan kemahiran berbahasa santun untuk brbicara dgan warga kampung. Memang tidak dinafikan, semua org kampung sangat baik dan ramah. Setiap rumah yang kami pergi untuk melengkapkan tugasan, mesti akan dijamu dengan hidangan. Paling best dapat makan buah durian, nangka, manggis, rambutan, limau bali. setul, dokong dan kacang panjang.hehe. habis je tresure hunt perut pun menggelegak sakit sbb main sumbat je awal2 tu.

Igt nk letak gmbar tp my little baby koma sbntar. masih dalam rawatan icu. :(

Tahniah kepada pengarah program, kak mayah n the gang. Program mmg mantap. Luv u all...

"Ukhwah Fillah Abadan Abada"

Saturday, July 2, 2011

Praktikum Lagi

Assalamualaikum and salam sejahtera to all good readers. May ALLAH bless you always and forever. Starting by next week, there come sesion 2 practicum. I hope I can manage it very very well then the last practicum.


Tomorrow, I will start my journey to nibong tebal.oops, my friend said it as nibong tebell. very far away from our college. I got SK Methodist. I hope this school can give me something that benefit me someday.


Actually I really ecxited to live with my friends. We can cook together, eat together, laugh together, sleep together and many many more things we can do together. I don't know about my neighbour yet but i hope we can start a nice conversation soon.


To all my friends and readers, thank for visiting my blog. I want to share something I got that make my heart realize about my responsibility


وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

yet go on reminding [all who would listen]: for, verily, such a reminder will profit the believers.

(51;55)


then, my friends, come with me, we go on reminding others about The Most Merciful, ALLAH and the beauty of Islam.

Friday, June 24, 2011

The Beauty of Life

Terlalu lama rasanya tak update blog ni. Kurang ilham, takder idea nk update ttg apa.hmmm,mungkin banyak main,so hati pun makin keras sikit.huhu...


astaghfirullahal'azim........Sesungguhnya zikir itu penawar hati.Ringankanlah bibir untuk menyebut nama-nama Allah yang Maha Agung.


Oh ya, welcome for my freshee here. Muka-muka baru semuanya nampak suci lagi bersih je.harap-harap kekallah kebersihan tu sampai bila2. Sucikanlah tubuhmu dengan berwudhuk. Sesungguhnya wuduk itu penghapus dosa-dosa.


Teringat pulak zaman dulu-dulu kala yang agak kelam kabut sikit.haha.Bila berfikir ja tentang kehidupan yang sempurna, mesti yang terlintas kat otak kecil tetapi punya power yang besar ini(kurniaan Allah yang jarang manusia syukuri)-kehidupan sempurna ialah apabila dpt result gempak, duit masuk laju je mcm air n habis cepat jugak mcm air,ada rumah besar,famili yang bahagia,suami yang sweet...anak2 yang comel dan pandai...dan mempunyai kerja yang diminati, oh my,what a happy famili,happy life i'll have.inilah pemikiran yang bersarang kat kepala ni bla sebut ja ttg kehidupan.semuanya tentang dunia ja................................................sampai terlupa hakikat sebenar manusia diciptakan.


Setiap manusia perlu bertanya soalan-soalan ini terhadap diri:

Dari mana kamu datang?
Kenapa kamu diciptakan?
Ke mana kamu selapas dimatikan?

Rasa meremang pulak bulu roma nk jawab soalan kat atas ni..sebab saya tahu saya datang dari Allah tapi saya selalu abaikan perintah Allah.Saya tahu saya diciptakan supaya menegakkan kalimah Allah,supaya suatu hari nnti Islam akan tertegak semula tetapi saya selalu pentingkan diri sendiri.Saya mahu amalkan Islam tu untuk diri dan keluarga saya sahaja.Org lain pandai2 la jaga amal sendiri.Teruknya pemikiran saya kan.Islam yang Allah bagi ni untuk disebarkan,bukan untuk disimpan.Kalaulah sahabat nabi berpemikiran macam saya,habislah....tak dapatlah islam mendapat title The Golden Age yang bertahan sampai berapa ratus tahun tu.

Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati.Saya tahu suatu hari nanti saya akan mati. Saya akan dimandikan dengan air sejuk, dikafankan dengan kain putih, dibaringkan dalam liang yg kecil yang muat2 ja dengan badan.


Ok,kembali kepada persoalan kehidupan tadi. Tanpa saya sedar, the missing one that I feel in my heart is actually the one that I've always try to avoid for he little chance I have. Teruk kan? Dah tahu hati meronta-ronta untuk diisi,tapi masih jugak berdegil. Kesian hati, meminta untuk diisi dengan roh-roh islami tapi yang dapat roh-roh duniawi. selama ni bila rasa kosong, kuar g jalan2, mesej kawan2, shopping, online, melalak kuat2 ala2 rockers.tapi semua tu tak mampu nk isi hati yang kosong ni..Sesungguhnya zikir itu penawar hati...

Alhamdulillah, finally I know the meaning of life and just now I can live. Breath with fresh air. Tak tahu macamana nak cakap betapa manisnya kehidupan yang dipenuhi dengan tarbiyah.Orang asing jadi sahabat. sahabat jadi keluarga.

Tugas seoarang muslim untuk menyebarkan islam and this is not the job of ustaz and ustazah. This responsibility is for us, the muslims. The life is not to recieve but to give. Belajarlah untuk berkorban sahabatku. Bukalah hati untuk mencintai ALLAH. Ringankanlah kaki untuk berjamaah. Moga Islam kembali menjadi The Golden Age.

Dalil yang menyeru kepada dakwah(menyebarkan):
Katakanlah (Muhammad) inilah JALANKU, aku dan orang-orang yng mengikutiku mwngajak (kamu) kepada Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik. (12:108)

Friday, April 15, 2011

MEMOIR AT SKBL

Today is the last day I'm here.SK Batu Lanchang. I can feel the sadness inside my heart. Although my pupils sometime are very annoying and irritating but they also hold some good manner. That's why i love them very much! Our time is too little but the love always sparke all the time. I really hope my pupils can do the very well in their study and exam. These are some of my memoir at SKBL~

What make me so touching today is one of my pupils cry because he is sad i'm leaving. It is good that i can control my tears because once it falling, it hard to stop. but, inside my heart, i don't know how to say. it is really burden when it's time to say good bye. They even spend their pocket money to buy me a present. Truly from my heart, i don't want any payback. Its just enough if they can applicate the knowledge i teach them. Anyway, I really appreciate all kind of things they give me. I don't know if they skip their meal because of me.






This is the card they give me. From 4 Cemerlang. They are so sweet. Thanks very much my students. Thank you.

Monday, April 4, 2011

FLEXIBLE

Teachers are flexible. Everywere they go and everytime they are there. My major is Math and my minor are PJK and English. But today I got to relief class for Tamil subject. I just can give a big smile.(^_____^). Although it just a relief class, but I cannot just stand in front of the students and say "Okay students, today your teacher mc. So you can do your work and don't disturbing me.Peace^^." Wohho, if you as a teacher want to say like that to your students, pleeeeeasssse change your ambitious. Okay,back to my story. I thought that I got relief for Bahasa Arab. Its gave me a sparkled of enjoyable because it's been age from the last day I used the Arabic. Well, the ustaz who teach them came and said "Eh, kamu kena relief untuk kelas Tamil la. Kat sebelah ni". Well, well, well, Tamil kelas kot. One hour tu... As I'm entering the class; "Vannakam!!....Eh, teacher, do you make a mistake? This is Tamil class." "Yes, I know. Ok, take out your book" "Are we learn a new word today teacher? Yeay!" I take their book to see if I can teach them something new. But, I just can see without understand its meaning. Ok, time to change plan. "Not at all. Today you will teach me how to comunicate in Tamil." All the students were silent. For a moment, the students make me felt peace. No noise just peace. Finally, I can learn something new in my life. The most important words for living.

~Pasikete'= lapar

~Sapede'= makan

~Nandhi=terima kasih

~Nanalaireke'=saya cantik..v^^)
Thanks for all students who had teach me this lesson today. And for my friend, Fatimah for helping.

Saturday, March 26, 2011

Practicum Simptoms

Why is the time passed quickly? I just realizes that the way to be a teacher is coming near to me. no turning back anymore. This is the first week of my practicum. Because of I had to do my lesson plans and reflections and reports and teaching in english, so I will just use english until the end of my practicum.Fuhh~

It's out of the blue to think that practicum was so tied and stressed like this. I never teach students from modern city and now I know that feel. I didn't started my lesson yet my voice is running out already. But, I still need to pay my responsibility. Frankly speaking, that was soooo terrifying and that happened to kill my spirit. Ergh..."Teacher, I can't hear you...","Teacher, I don't understand..", "Teacher, he take my pencil","Teacher, he disturbing me","Teacher...","Teacher..."...oh, my students; so frightening me a lot! How I will manage for the next 3 weeks with my rocker's voice.

Students, I'm very-very sorry you couldn't hear my voice. That was the loudest I can do. My throat feel like in fire when I speak too loud. oh, my voice, please come back to me.I have responsibility to take care of. I have 60 hearts on my shoulder... oh, my~

"Ya Allah, please strength my iman to face all this tests with all of greatness". Amin.

Tuesday, February 22, 2011

Halaman Rindu






Aku duduk bersandar di beranda rumah yang bertentangan dengan jalan raya yang biru gelap warnanya. Dihiasi pula dengan sepohon pokok ceri yang rendang. Diserikan lagi dengan hamparan rumput yang menghijau. Ibarat sekeping lukisan yang mampu menggamit memori semalam.



Aku meleretkan mataku kepada adikku dan kawannya yang sedang bermain di halaman hijau itu. Sungguh bahagia menjadi mereka. Tidak perlu memikirkan pelbagai rencah masalah dalam hidup ini. Aku melihat AKU dalam diri mereka. Jika dahulu aku berada di tempat mereka bermain lumpur dan tanah, mencari cacing dan membuangnya di dalam kok abah. Tanpa matlamat, hanya keseronokan. Tetapi kini, mereka menggantikan tempat itu.


Biar betapa kuat aku menjerit agar masa ini dihentikan, aku mahu menjadi kecil seperti dahulu. Jika aku semakin dewasa, siapa yang akan menggantikan aku memburu cacing dan bermandi lumpur? Namun, masa tetap menjalankan tugasnya. Peranan aku yang dahulu akan disambung oleh adik-adik dan seterusnya akan bersambung lagi dengan anak-anak, masih lagi tidak berhenti pada cucu-cucu dan begitulah seterusnya. Kehidupan tetap akan berjalan. Kehidupan kecil kita tidak terkubur begitu sahaja kerana kita ada pewarisnya.



Aku teringat pada adik-adikku yang berada di alam remaja sekarang. Jika dahulu mereka hanya tahu merembeskan air mata dan menyedut hingusan tetapi kini mereka sudah membesar menjadi Si Badang. Gagah dan tegap. Jika dahulu mereka memerlukan sokongan dari kakakknya tetapi kini mereka sudah boleh menghulurkan sokongan. Jika dahulu mereka dibuli kini mereka mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri.



Tetapi dalam melayari kehidupan ini, aku disapa ketakutan. Ketakutan jika adik-adikku tidak mampu menahan dugaan duniawi yang begitu hebat ini. Ketakutan jika adik-adikku sampai membelakangkan agama mereka semdiri. Ketakutan jika mereka menjadi fitnah kepada Islam sendiri. Aku tidak mampu bersa-sama mereka setiap masa..Ya Allah peliharalah mereka agar mereka tidak sesat di dalam cahaya-Mu Ya Allah..



Tuesday, February 15, 2011

Hari Kekasih, Cinta Rasulullah

Kasih sayang Nabi Muhammad SAW terhadap generasi muda lebih hebat, wajar diingati RASULULLAH SAW tidak melupakan golongan pemuda malah, sebahagian pemuda digambarkan secara jelas rasa cintanya Nabi SAW kepada mereka. Rasulullah tidak menyembunyikan rasa sayang. Apa terpendam dalam diri, pasti digambarkan Baginda.

Disebabkan itulah, setiap kemarahan Baginda membuatkan tertunduknya wajah sahabat kerana terpancar merah saga mukanya. Apabila Baginda gembira, tergambar indah daripada lakaran senyuman bibirnya membuatkan semua merindui wajah seceria itu.

Ada sahabat yang masih muda disebut-sebut Baginda SAW sebagai manusia terpilih untuk dicintai Rasulullah. Usamah bin Zaid dikritik sahabat lain kerana tidak puas hati beliau terpilih sebagai panglima perang dalam usia cukup muda. Lalu Baginda Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Jika kalian mencela kepemimpinannya, maka kalian juga mencela kepemimpinan ayahnya sebelum ini. Demi Allah dia (ayahnya) sangat layak menduduki jawatan panglima dan dia salah seorang yang paling aku cintai. Dan Usamah adalah orang yang paling aku cintai sesudah ayahnya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Rasa cinta Rasulullah kepada Usamah turut digambarkan oleh Ibnu Umar dengan katanya: “Sekiranya Rasulullah SAW melihatnya, nescaya beliau akan mencintainya.” (Hadis riwayat Bukhari) Begitu juga rasa cinta Nabi SAW kepada cucunya iaitu Hassan dan Hussain sehingga Baginda mendoakan mereka dengan doa yang bermaksud: “Ya Allah, cintailah keduanya kerana aku mencintai keduanya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Rasulullah juga memuliakan orang muda. Pernah suatu ketika, Nabi SAW menghadiri satu majlis yang dihadiri pembesar kaum, beliau dengan sendiri menunjukkan penghargaan kepada orang muda. Diriwayatkan dari Sahl bin Sa’ad: Rasulullah SAW mendapat hidangan segelas minuman dan beliau meminumnya. Di sebelah kanan Baginda ada anak paling muda yang hadir. Di sebelah kiri Baginda ramai yang sudah tua. Baginda bertanya: “Hai anak, apakah kamu mengizinkanku memberi minuman ini kepada orang tua itu? Si anak muda itu menjawab: Wahai Rasulullah SAW, aku tidak akan mendahulukan seorang pun disebabkan keutamaanku di sebelah engkau. Maka Baginda memberikan minuman kepada anak muda itu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Diceritakan oleh Salamah: “Rasulullah SAW memboncengku menaiki kenderaan berkali-kali. Baginda mengusap wajahku berkali-kali. Baginda meminta ampun kepadaku sebanyak bilangan jari jemariku di kedua tanganku.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Kisah cinta Rasulullah kepada orang muda mesti dibalas dengan cinta. Siapa kita di akhirat kelak andai cinta yang ditunjukkan Baginda kepada umatnya tidak dibalas setanding dengannya. Antara kaedah untuk kita membalas cinta Rasulullah ialah mengisytiharkan rasa cinta walau ia belum pernah dipupuk. Dengan meletakkan cinta kepada Rasulullah melebihi cinta terhadap dirinya sendiri. Umar al-Khattab berkata kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, sungguh engkau lebih kucintai daripada segala sesuatu kecuali diriku sendiri. Nabi SAW bersabda: Tidak, demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya sehingga aku lebih dicintai daripada dirimu sendiri. Umar RA berkata: Maka sesungguhnya sekarang demi Allah sungguh engkau kucintai lebih dari diriku sendiri.” (Hadis riwayat Bukhari)

Sesudah mengisytiharkan cinta kita, maka ia perlu disambut dengan mengamalkan sunnahnya dan inilah yang dimaksudkan oleh Imam Ibnu Kathir ketika menafsirkan surah Ali-Imran, ayat 31 yang bermaksud: “Katakanlah, jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutlah aku (Rasulullah) nescaya Allah Mengasihimu.” Kata Imam Ibnu Kathir, ayat ini sebagai pemutus hukum bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah tetapi tidak menempuh jalan Nabi Muhammad SAW, maka pengisytiharan cintanya adalah suatu pembohongan sehinggalah ia mengikuti syariat dan agama dibawa Nabi Muhammad SAW dalam semua ucapan dan perbuatannya. Sebab itulah perasaan cinta kepada Rasulullah mesti serasi dengan mengikuti jejak sunnahnya.

Cinta dan mengikut sunnah tidak boleh berpisah. Siapa tidak mengenali Abu Talib ayah saudara Nabi SAW yang mencintai Nabi SAW dengan cinta yang sangat hebat. Namun disebabkan cinta itu bukan saja boleh dituruti oleh hati, namun mengikuti ajaran Nabi itu perlu seiring, maka cintanya tertolak kerana menolak mengikut ajaran Nabi SAW.

Begitu juga jika hanya mengikut petunjuk dan mengamalkan ajaran Nabi SAW, tetapi tidak seiring dengan cinta kepada Nabi SAW, maka ia juga tertolak. Abdullah bin Ubay bin Salul, seorang munafik yang solat di belakang Nabi SAW. Beliau menuruti ajaran Baginda namun tersemat dalam hatinya perasaan bencikan Nabi SAW, maka segala amalannya tertolak. Remaja kini hanya mengingati ikon cinta dan kasih sayang milik Saint Valentine hingga tidak sabar meraikan hari kekasih pada 14 Februari tetapi melupakan tarikh 12 Rabiulawal yang sepatutnya mengingatkan mereka kepada ikon kasih sayang lebih hebat dan mulia.

Sedihnya, kisah cinta Rasulullah kepada umatnya sudah hilang daripada diari hidup remaja. Justeru, marilah mengenang kembali kisah Rasulullah yang mengalir darah di kaki Baginda akibat dibaling batu oleh penduduk Thaif yang menolak dakwah Baginda. Ketika hadirnya malaikat penjaga gunung yang bersimpati dan bertanya mahukah Baginda jika penduduk Thaif dimusnahkan, Rasulullah menolak sebaliknya berdoa supaya penduduk Thaif mendapat hidayah petunjuk dari Allah.

Hebat benar kisah cinta Nabi SAW kepada umatnya membuatkan Baginda terlupa luka di kaki yang berdarah. Namun kita sebagai umatnya, tidak mahu menjadikan Baginda sebagai ‘ikon cinta.’ Semasa Nabi SAW menakluk Kota Makkah bersama sepuluh ribu tentera, sahabat lain mengenang kembali saat umat Islam diusir dan ada sahabat yang dicincang oleh kafir Quraisy.

Betapa hina mereka difitnah dan dicaci sebelum ini. Lalu seorang sahabat bangun dan berkata: “Hari ini adalah hari pembunuhan balik (balas dendam) terhadap musyrik yang memerangi mereka.” Bagaimanapun, jiwa yang amat mencintai umatnya iaitu Muhammad SAW menolak dan berkata: “Bukan, sesungguhnya hari ini adalah hari kasih sayang.”

Sayangnya, sejarah ini dilupakan umat Nabi Muhammad sehingga lebih mengagungkan ikon cinta agama lain. Sedangkan, kita memiliki ikon cinta sebenar yang lebih hebat serta tinggi kedudukannya. Benarlah ungkapan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Aku adalah kasih sayang yang dihadiahkan.” (Hadis riwayat al-Hakim). Ya Rasulullah, kami mencintaimu, moga ditetapkan hati kami di atas ketaatan mengikut petunjuk ajaranmu.

Penulis ialah juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis

Wednesday, January 26, 2011

S.A.Y.A.N.G.


Bila rasa sayang mula mekar di hati, harumannya semerbak kasturi. Mungkin lebih harum dari itu. Makin lama makin sebati dalam hati.


Hanya sekeping hati yang kecil yang dihiasi dengan S.A.Y.A.N.G. Sayang untuk semua. Rasa sayang yang amat sukar dikikis. Kerna rasa sayang ini diukir dengan dalam sekali. Amat dalam.


Biarpun bentuknya tiada tetapi harumannya kekal di situ. Di hati kecil ini.


Aku merindui kalian kerana SAYANG

Aku bahagia bersama kalian kerana SAYANG

Aku sukar melepaskan kalian kerana SAYANG

Biarpun kadang kala SAYANG ini teruji hebat

Aku tetap SAYANG kalian.

Tuesday, January 18, 2011

A Girl's Heart Desire

Sometimes,I want to open my hijab,and show the world,that I too,am beautiful in the people's definition.
But,deep down here,in my little heart,I know that beauty is by definition,a mystery.and it is forever more rewarding,to be beautiful in God's eyes.
Sometimes,I want to wear ruffled dresses and tight jeans,show off what I really look like,under those baggy shirts and loosely fitted pants,make a statement,that I too,have a figure and worth looking at.
But,I know better,to avoid entering the world of men's imagination,for I love my future husband,and I am ashamed,what should be his, has already been unveiled by others.
Sometimes,I want to show the world,the other side of me,the bubblier, bolder, and crazier me.put myself on display,for everyone to see,to be desired, and admired upon.
But,I know that eyes are not just eyes,seeing is not just seeing,image and respect are gained,shame and humility deserve a better place,
Because in the end,it is not just about me,I carry a lot of impressions and expectations,of what a Muslim girl should be,
I am covered by the word "Islam" the moment I walk out of my door,So don't be selfish girl,
Can't you put behind your heart's desire for something worth fighting for?
Love is all it takes.Love.
InshaAllah

Ya Allah, sesungguhnya hamba memohon pilihan dengan keagungan-Mu. Hamba memohon keberkatan dengan kekuasaan-Mu. Ya Rabbi, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui sedangkan hamba tidak mengetahui.
Ya Rahman, sesungguhnya hamba memohon kepada-Mu seorang Adam yang mampu membimbing diriku dan keluargaku ke arah lebih mengenali diri-Mu serta mempu membawa masyarakat sekelilingnya mengingati kekuasaan-Mu. Hamba memohon Ya Allah, Adam yang benar-benar ikhlas dalam mentaati-Mu.
Ya Rahim, sesungguhnya hamba memohon cinta seorang Adam yang mencintai Pencintanya. dan hamba juga memohon cinta yang berputik di bawah rimbunan barakah-Mu. Cinta yang tidak pernah berhenti dan mati di saat kami menghembuskan nafas terakhir. Hamba memohon padaMu Ya Allah, cinta yang sentiasa basah kerana mensyukuri-Mu. Hamba memohon cinta yang sentiasa berkembang mekar menyebarkan harumannya di taman firdausi.
~Amin~

Hanya Kata-Kata

Sukar apabila perlu bermain dengan kata-kata. Ada yang mengatakan kata-kata adalah perkataan yang mempunyai kuasa yang lebih hebat daripada tindakan fizikal. Kata-kata mampu mengubah fantasi menjadi realiti. Kata-kata juga mampu membinasakan dan menghancurkan. Kata-kata juga juga boleh menukar zaman kegelapan kepada ketamadunan. Kata-kata mampu mencantumkan tali ukhwah, kata-kata juga mampu memisahkan saudara. Kata-kata adalah cerminan hati. Ada manusia berkata-kata dengan lidah, ada manusia berkata-kata dengan tulisan, ada juga manusia yang berkata-kata menggunakan mata dan pergerakan fizikalnya.

Kata-kata...