? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Followers

Monday, January 9, 2012

adik oh adik

Hari tu ada kenduri di rumah. so, semua adik beradik sepupu sepapat pakat turun padang. Then, sembang-sembang la. Mengeratkan ukhwah kan...Tengah-tengah sembang dengan seorang mama ni tiba-tiba adik saya Nuha lalu. Mama itu pun berkata, "Ya Allah,bagusnya kecik-kecik dah pandai tutup aurat". Yela kan, budak-budak duduk rumah mana pandai pakai tudung lagi. Semuanya dianggap macam famili sendiri. Mama tu sambung lagi, "Mak Teh tak tau la nak buat macamana dengan anak makcik tu. Dia tak mau pakai tudung langsung."Luah mama tersebut dengan nada yang agak sedih. Anak mama tu dengan Nuha sebaya, umur 11 tahun.

Bila fikir-fikir balik, Nuha dulu pun tak mahu pakai tudung jugak. Panaslah, rimaslah, macam-macam lagilah. Tapi, semua tu boleh diperbetulkan dengan adanya sesi slow talk dengan dia. Saya ingat lagi waktu tu Nuha darjah 3, dia nak keluar dengan Mak Long. Terjadilah konflik sikit waktu tu dan slow talk saya dan adik pun terjadi.

"Kak, Nuha tak mau pakai tudung boleh tak?"

ha..waktu ni la kita kena ikat dia dengan nilai-nilai islam.
"Nuha rasa kenapa Nuha pakai tudung?"

"Sebab nak tutup rambut" tengok, budak-budak memang tahu sebab pemakaian tudung ni.

Then, sebagai kakak yang perihatin, yang mahu adik dia jadi wanita yang solehah, saya cuba cuit pemikiran adik saya. "Kenapa nak kena tutup rambut?"

Adik pun jawab, "Tak tahu"

Di sini, kita sebagai orang yang lebih tua dan lebih berpengalaman, kena la memberitahu apa yang adik kita tak tahu. Untuk adik saya ini, saya cuba sampaikan ilmu aurat ini dalam penyampaian yang paling sesuai dengan umurnya 9 tahun.

"Orang perempuan kena tutup rambut sebab Allah yang suruh sebab rambut ni aset paaaaling cantik untuk wanita. Kalau perempuan tak ada rambut cantik tak?" Nuha terus menggeleng.

"Hmm, pandai pun. Disebabkan Allah bagi dekat perempuan rambut yang cantik, nanti ramai la yang akan berkenan kat Nuha kalau Nuha tak pakai tudung. Kalau yang berkenan tu baik takpela, kalau yang jahat2 macamana?" Nuha mengerutkan mukanya memikirkan kemungkinan yang akan terjadi.

Saya menyambung, "Sekarang ni kan banyak orang jahat dari orang baik. Jadi, Nuha kena la pandai jaga diri. Allah pun dah mudahkan cara untuk kita jaga diri. Allah suruh kita pakai tudung. Pakai tudung pun cantik kan?"Nuha mengangguk sambil tersenyum.

Alhamdulillah..dengan penerangan yang ringkas begitu, Nuha memilih untuk memakai tudung. Ini hanya langkah pertama, menyuburkan minat untuk pakai tudung dan tanamkan dalam diri budak-budak kenapa perlu pakai tudung. Sampai sekarang dia sudah faham, rambut adalah aurat. Tudung utk menutup aurat. Bila ada orang datang rumah, kena pakai tudung.

Alhamdulillah juga, adik saya yang bongsu yang berumur lima tahun juga sudah berjinak-jinak dengan tudung. Siap pesan untuk dibelikan tudung lagi. Katanya mahu pakai tudung ke sekolah. Alasannya, dia pun nak tutup aurat jugak...Alangkah bahagianya bila saya sebagai kakak mendengar adik cakap begitu. Tentulah mak dan abah lebih gembira bila anak mereka willingly nak pakai tudung kan..

Lastly, Kakak sayang Nuha, kakak sayang adik...