? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Followers

Monday, January 19, 2009

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W SERTA AHLI KELUARGA DAN SAHABAT BAGINDA.SEMOGA DENGAN BLOG INI SAYA DAPAT MENCURAH DAN BERKONGSI ILMU DENGAN SEMUA SAHABAT YANG SENTIASA DIKASIHI.DIHARAP BLOG INI BERMANFAAT UNTUK SEMUA TERMASUK DIRI SAYA.SEMOGA DENGAN BLOG INI SAYA DAN SAHABAT2 MENDAPAT KEREDHAAN DARI ALLAH AZZAWAJALLA.SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN KOMEN DRI ANDA SEMUA.MAJULAH ISLAM UNTUK NEGARA.BARAKATILLAH...

Sunday, January 18, 2009

ANTARA DUA

Sahabat-sahabat sekalian,
bantulah saya menyelesaikan masalah ini.
Saya ada seorang kekasih yang sangat baik
dan sentiasa menyayangi diri saya.
Dia memberikan kasih sayangnya yang tak terhingga.
Dia sentiasa berada di sisi saya tak kira waktu duka atau suka.
Tak mampu saya membalas segala kebaikannya
tetapi kekasih saya tidak pernah berkira.
Baginya cukup sekadar saya setia dengannya.
Dia menjanjikan saya kebahagiaan dengan bersama
dengannya dan saya tahu janjinya itu benar.
Tapi saya jahat, walaupun saya mempunyai kekasih
yang sangat sempurna, yang sangat didambakan oleh semua orang,
saya masih lagi curang dengannya.
Walaupun mulut saya berkata saya hanya setia
pada seorang kekasih tapi hati saya bukan begitu.
Entah mengapa saya masih lagi tertarik kepada yang lain.
Ini bermaksud saya mempunyai dua orang kekasih.
Saya tidak mahu mengakui yang saya mempunyai dua cinta dalam diri tapi saya tidak mampu menipu diri sendiri.
Ini kerana kekasih saya yang kedua sangat pandai bermain kata-kata.
Dia bijak menggoda saya sehinggakan saya rasa seronok bersama
dengannya walaupun saya tahu perbuatan saya itu salah.
Kekasih kedua saya mampu membuatkan saya rasa dunia ini saya yang punya.
Segala galanya indah dimata saya walaupun
perkara itu suatu dosa. Saya tahu dengan bersama sama
kekasih ini hanya akan menghancurkan
hidup saya tetapi kekasih saya ini pandai
mengaburi mata saya.
Oh, lemahnya cinta saya terhadap kekasih pertama saya.
Tetapi apabila saya ditimpa masalah,
disaat saya perlukan pertolongan,
kekasih kedua saya hilang entah kemana.
Namun begitu, kekasih pertama saya
sentiasa terbuka hati menerima saya
walaupun keadaan saya sangat hina ketika itu.
Dia tidak pernah mengungkit segala kesalahan saya,
Dia tidak pernah mempersoalkan perihal kecurangan saya
walhal Dia tahu segala perbuatan saya selama ini.
Saya sangat malu untuk meminta pertolongannya
setelah apa yang saya lakukan kepadanya
tetapi dia sangat pemaaf.
Oh, mulianya Dia.
Dia lebih suka saya meminta dan mengharap dengannya.
Dia masih menyayangi saya walaupun saya sangat jahat.
Saya sudah insaf.
Saya mahu setia hanya pada yang satu.
Saya hanya mahu berkhidmat padanya.
Tetapi masalah saya sekarang ialah
kekasih kedua masih tidak mahu melepaskan saya.
Dia masih lagi mengganggu saya.
Masih tidak berputus asa dan
cuba sedaya upaya menggoda saya untuk bersamanya.
Tambahan pula saya ada sahabat yang
memihak kepada kekasih kedua saya ini.
Kadang2 saya tewas juga dengan pujuk rayunya
tetapi saya cuba juga untuk mengelak dari tertipu lagi.
Aduh, beratnya dugaan saya ini.
Sahabat saya tak henti2 memujuk saya untuk curang lagi.
Kekasih kedua saya pula tak habis2 menggoda saya.
Tetapi kekasih pertama saya sentiasa bersama saya,
bersama sokongan dan semangat yang tidak putus2.
Saya bahagia bersamanya.
Jiwa saya tenang setiap kali saya menyebut namanya.
Dia memberikan saya sebuah buku cinta untuk
saya tatap dan baca bagi menguatkan
lagi rasa cinta saya terhadapnya. Saya yakin dengan janjinya.
Dengan kekuatan cinta inilah saya cuba
melawan setiap godaan yang datang.
Semoga saya sentiasa dapat kekal bersama
kekasih hati saya untuk selama lamanya.

Ketahuilah wahai sahabat yang kusayangi sekalian,
Kekasih kedua yang dinyatakan di atas
adalah syaitan yang sentiasa mnggoda kita ke arah keburukan.
Sahabat baik kita yang sentiasa memujuk
kita untuk bersama syaitan adalah nafsu kita
Buku cinta yang diberikan kepada kekasih tadi
adalah Al- Quran yang kita warisi sekarang.
Manakala Kekasih pertama kita adalah ALLAH
yang banyak memberikan rahmatNya pada kita.
Oleh itu setialah padaNya.

Kita pasti dapat menangkis segala godaan dengan kekuatan iman kita
Pilihlah sendiri kekasih mana yang kita mahu menyemai cinta.
You make your own destiny.