? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Followers

Thursday, November 12, 2009

Satu Pencarian

Aku sendirian,
berdiri di persimpangan
mencari kiblat kehidupan
kadang kala
aku lemas dalam kekosongan
aku basah dalam kekeringan
aku tersungkur dalam kelapangan
aku meraba dalam kecerahan.

Aku sendirian,
menghitung pilihan
kehidupan inikah tujuanku
atau,
masih punya lain kehidupan
yang menanti saat dibangkitkan.

Aku sendirian,
mencari jalan pulang
aku mahu bernafas dalam kelemasan
aku mahu terang dalam kegelapan
aku mahu pengisian dalam kekosongan
aku mahu hidup dalam ketaatan...

Saturday, November 7, 2009

mutiara kata...

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya kerana keelokan paras dapat menyesatkan.
Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat memusnahkan.
Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. jiwa yang hitam menjadi putih. jalan yang sukar menjadi mudah. hidup yang berliku menjadi lurus.
Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

Wednesday, November 4, 2009

Berkongsi Minuman? Boleh Ke?

satu hari saya pernah bertanya kpd seorang rakan lelaki yang faham tentang islam mengenai pandangannya tentang berkongsi minuman dalam satu bekas antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. tujuan saya bertanya soalan sebagini kerana saya pernah melihat dia berkongsi minuman dengan rakan wanitananya.

baginya, perkara itu biasa sahaja. 'ala, kawan2.tak salah pun nak kongsi kan?'. saya agak terkejut dengan jawapannya tetapi masih sempat mengawal diri. masakan saya tidak terkejut, orang ini merupakan salah seorang daripada jemaah di tempat saya belajar tetapi memberi jawapan sebegini rupa kerana pada saya berkongsi minuman dalam satu bekas antara lelaki dan wanita merupakan satu perkara yang sangat tidak sopan.

saya bertanya lagi, apa pandangannya jika dia melihat adik perempuannya berkongsi minuman dengan rakan2 lelakinya. dia dengan pantas menjawab,'eh, mana boleh. aku tak per r kongsi sebab aku lelaki. adik aku tak boleh sebab dia perempuan'. aik?, saya tersenyum sendiri. boleh pula dia membezakan hukum mengikut jantina. sedangkan perkara itu sama sahaja.

nabi Muhammad s.a.w sendiri pun hanya berkongsi minuman dengan isterinya. bukan sahaja satu bekas bahkan pada tempat yang sama Aisyah meletakkan bibirnya. bukankah ini sudah cukup untuk menunjukkan pada kita bahawa berkongsi minuman antara lelaki dan wanita hanyalah untuk suami dan isteri. juga antara sesama ahli keluarga. perbuatan berkongsi minuman ini adalah untuk menerbitkan rasa sayang terhadap pasangan masing-masing.

oleh itu, perlukah kita berkongsi minuman dengan alasan mahu mengeratkan kasih sayang antara rakan2. alasan lain? fikir2kan. pandangan anda pula bagaimana?

Monday, November 2, 2009

ni gambo abah aku maktu kecik2 ngan mak2 sedara aku. semua rupa2 ni memang seiras benar ngan salah sorang anak2 diorang.sebijik lak tu. ini membuktikan bahawa mana tumpahnya gen kalau bkan pada anak sendiri..haha..
actually, ramai lagi adik bradik abah ni.tapi tak muat dalam gambo..huhu

Sunday, November 1, 2009

hatiku, sihatkah kamu?


mata itu menipu
akal mungkin keliru
hati itu jujur selalu
oh hatiku, sihatkah kamu ketika ini?
maafkan daku kerana tidak pandai menjaga dirimu walaupun kamu berada paling hampir denganku.
kadang-kala aku leka memalitmu dengan debu-debu nafsuku yang semakin menebal menyelimutimu.
kadang-kala aku terlupa menjamahmu dengan makanan takwa, memberimu minuman zikrullah.
kadang-kala aku alpa menggilapmu dengan pencuci istighfar.
kadang-kala aku terlupa bahawa jika jasadku berpuasa, kau juga mahu berpuasa.
oh hatiku, masih sihatkah kamu waktu ini?
adakah kau begitu tenat kerana perbuatanku.
oh hatiku, maafkan aku kerana mengabaikan kamu.
duhai hatiku, masih bersihkah kamu?
hitamkah kamu?
adakah aku masih sempat membersihkan kamu?
aku takut jika satu hari nanti kau akan lupa pada tuanmu
kau akan suka pada kekotoran yang melekat pada dirimu
menjadi hamba kepada najis-najis nafsu
juga pada virus-virus jambu yang bersarang padamu.
duhai hatiku, izinkanku memahami dirimu
mengerti akan fitrahmu
yang cinta pada kebahagiaan abadi
yang mendamba kasih Ilahi
duhai hatiku,
jangan biarkan aku memalingkan kamu dari fitrahmu
pimpinlah aku kepada rahmat Ilahi
jadilah raja yang menundukkan nafsu
raja yang mengagungkan tauhid nan satu