? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Followers

Tuesday, February 24, 2009

pulau jerjak, here we come...

alhamdulillah,
berkat kesabaran kengkawan semua, kita dapat menikmati keseronokan bersama di Pulau Jerjak pada 21 Feb y lalu. thanks a lot to the person in charge- rahim and the gang- kerana telah bersusah payah merealisasikan trip klas kita kali ini.

perjalanan dimulakan dengan menaiki feri pada jam 7.45 am sambil diiringi doa perjalanan... sampai je kat sana ktorang disambut mesra oleh Mr Ram (rahim's best friend,he3)-pengurus tempat 2.rasa cam tetamu VIP je..hu2

first xtvt yang ktrang buat ialah flying fox. dengar bunyi je dah tahu yg xtvt ni best n mencabar. mmg mencabar pun coz kitorang kna melepasi titi gantung yang mlmahkan jantung dlu baru boleh wat flying fox. walaupun kitorang terketar-ketar dengan setiap langkah di atas titi y menggayatkan itu, tetapi keseronokan 'terbang' dengan flying fox sangat bez...

kami meneruskan xtvt dengan 'wall climbing'. tahniah la kepada sesapa yang berjaya melepasi tahap 'melenguhkan tangan' itu dengan jayanya. yang x berjaya xpe, boleh usaha lagi..(nshat untk dri sendiri ni..)

kmudian, kami main bla tampar di tepi pantai yang nyaman...rasa cam kat hawaii je..boring main bola tampar(coz asyik ditampar oleh bola jer), kami main carom n dua orang main congkak. boring main carom(coz x lpas lsen berkali-kali..),kami g jalan2 masuk gym. bahagia betol tgok gym xder orang, boleh la kami bermaharajalela sebentar...

strusnya tiba waktu yg dtggu-tunggu iaitu makan...apa sahaja yang dihidangkan semua kami sapu..lucu betol...
slaps lama berada di cafe itu shingga dijeling-jeling oleh pelayan2, barulah kami angkat kaki ke surau untuk solat zohor.

walaupun seronok main sana sini tapi tntg tazkirah ttp tidak dilupakan...alhamdulillah,semua mndengar dengan penuh tliti walaupun ada yang tido...pastu kami memanah,best sangat2 boleh memanah walaupun sorang untuk 5 percubaan je(semua tersasar jauh lak 2), yang pntg pengalaman..dan the last xtvt, kami naik basikal ganti jungle tracking,tapi x semua yang ikut,yang x ikut rugi la(sapa 2?) mengelilingi pulau ini(separuh pulau je sbnrnya). dengan jalan yang lecak sana sini,berbukit lak 2,kira agak mencabar la..puas nek basikal ari tu,hu2...finally kami balik dengan selamatnya ke IPGM Kampus Pulau Pinang yang terchenta ini...
alhamdulillah....

we r one big family...(lagi 7 org xde)

Monday, February 23, 2009

AWAS!!!

Syaitan,kata Ibnu Abbas menempati tiga lokasi dalam diri seorang lelaki :
PANDANGAN, HATI DAN INGATAN
sementara kedudukan syaitan dalam diri seorang wanita terletak pada :
LIRIKAN MATA, HATI, DAN KELEMAHANNYA
sahabat-sahabat yang dikasihi, syaitan durjana mengetahui di mana titik kelemahan kita dan akan mengeksploitasikannya dengan bersungguh-sungguh untuk melalaikan kita dari terus mendekati ALLAH swt...
mari kita renungkan dengan mendalam pernyataan di atas...
ada sesiapa yang tidak setuju dengan pernyataan tersebut???
kita semua mengetahui hakikat DARI MATA TURUN KE HATI. kerana itulah pandangan kita baik lelaki mahupun perempuan perlu dijaga. apabila pandangan kita tertumpu pada sesuatu yang tidak patut dilihat, ia akan mengalir ke hati, kemudian syaitan akan menambah perisa tambahan agar ia lekat di hati serta ingatan. target utama syaitan- HATI MANUSIA MESTI LALAI!!
fuh, perancangan syaitan cukup mantap.
INGAT!!, HATI KITA MUDAH LALAI.
oleh itu kita kena jaga betul2 hati kita ini dari terlalai...
'pandangan adalah anak panah beracun dari anak panah iblis. sesiapapun yang menghindarkannya kerana takutkan-Nya, ALLAH akan mengurniakan keimanan, yang ia temui manisnya dalam hati'
(HR Al Hakim)
oleh itu sahabat-sahabat, mari kita memulakan anjakan paradigma dengan bermuhasabah diri dengan menjaga pandangan dan hati kita dari dikuasai oleh syaitan yang licik ini...
insya ALLAH...

Tuesday, February 17, 2009

HAKIKAT KEHIDUPAN INI

~bismillahirrahmanirrahim~

dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. tidakkah kamu mengerti?

al-an'am : 32


sahabat2,
dalam keseronokan melayari bahtera kehidupan ini, kadang kala kita terlupa kepada fitrah sebenar mengapa kita dicipta..kadang kala kita tenggelam dalam keasyikan dunia yang begitu mempesonakan ini. kadang kala kita lalai dengan panorama dunia yang tiada berkesudahan ini.

mengapa di dalam ayat di atas, ALLAH menekankan bahawa dunia ini hanya permainan dan senda gurau?

segala yang wujud di alam fana ini pasti akan menemui titik noktahnya. alam yang penuh nikmat ini perlu disyukuri dan diselami fitrah kewujudannya.

ingatlah sahabat2, syaitan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan iman kita. setiap hari kita perlu berjihad mempertahankan keimanan kita..

firman ALLAH SWT

kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur.

al-a'raf : 17

sahabat2 yang dikasihi, janganlah kita jemu dari menyebut nama ALLAH. dengan mengingati ALLAH sahajalah yang dapat mengingatkan kita kepada hakikat hidup ini. kita semua tidak dapat lari dari kematian. jangan biarkan keindahan dunia yang dinikmati sekarang menghalang penglihatan kita dari melihat keindahan di akhirat sana.

wallahua'lam...

IF TOMORROW NEVER COMES

If tomorrow never comes
Have I done what I should have done today
Or did I just let time slip away

If tomorrow never comes
Have I said sorry to the people I have done wrong hurting
And plead to God for forgiveness for all my sinning

If tomorrow never comes
Did I say thanks to the people I know,
Or I just didn’t bother to show

If tomorrow never comes
Will I know what is next to come,
And will I get to paradise with a warm welcome

If tomorrow never comes
I won’t let the day pass away,
And cherish what I have today

If tomorrow never comes
I’m sure to strive my best,
And make that day the best from the rest

We will never know if we have tomorrow,
So I plead to God with full of sorrow:
DEAR LORD SHOW ME THE WAY,
FOR YOUR WAY IS THE ONLY WAY,
AND MAKE MY EVERYDAY MY BEST DAY, AMIN!

copy dari www.iluvislam.com

KERANA INI PILIHANKU...

saatku membuka mata, aku melihat sekeliling..sunyi sepi,aku keseorangan dalam cahaya yang samar-samar.di mana aku?

di hadapanku terdapat dua batang jalan. jalan di sebelah kiri, jalannya luas dan lapang...mungkin kerana ramai orang yang sudah melalui jalan ini.aku merenung jauh.jalan tersebut tidak banyak halangan dan senang untuk dilalui.mungkin sebab inilah ramai yang memilih jalan ini. tetapi,di hujung perjalanan ini aku tidak dapat melihat apa-apa kerana keadaannya yang sangat gelap. bagaimana mungkin aku dapat hidup dalam kegelapan seperti itu?

aku melihat pula pada jalan disebelah kanan. jalannya tidak selenggang jalan tadi. jalan ini bersemak di sana sini, mungkin tidak ramai yang memilih jalan ini. jalannya penuh liku, duri tajam menceracak di kiri kanan,manakala akar menjalar di sana sini. perjalanan untuk jalan ini pasti sukar dan banyak halangan. tetapi di hujung perjalanan ini terdapat satu cahaya terang yang memancar jauh. sinarnya begitu mempersonakan. damainya hanya dapat dirasa oleh hati.

jalan yang mana patut aku pilih? perlukah aku memilih jalan yang tidak banyak halangan atau jalan yang penuh liku tadi...pilihan yang senang untuk dibuat tetapi keputusan yang sukar untuk diputuskan.

aku sudah membuat keputusan dan aku tekad dengan keputusanku ini. aku perlu bersedia untuk menghadapi perjalanan yang sukar ini. aku tidak boleh cepat menyerah kalah. biarlah diriku dilukai oleh duri-duri atau tersembam ke tanah kerana matlamatku cuma satu-menikmati penghujung yang dipenuhi cahaya yang indah.

yang pasti di hujung perjalanan ini menjanjikan sesuatu yang membahagiakan...

dengan lafaz bismillah aku memulakan langkah...

Sunday, February 15, 2009

salam kasih setulus sinar subuh yang memancar terang buat semua pembaca

tanggal 14 februari..
ada apa dengan tarikh ni? saya rsa plik juga la, bila tiba je tarikh ni mesti ramai pasangan2 y kononnya hot couple psti akan sibuk2 beli bunga,coklat,kad dan macam2 lagi la untuk pujangga hati mereka. VALENTINE day ni bukan ke perayaan untuk orang y non muslim je tp apsal rata2 budak melayu kita je yang lebih2 nk sambut.

sedih betul saya waktu berjalan-jalan di Bukit Jambul(tempat shopping) minggu lepas, ada la satu pertandingan karoke(khas untuk couple je)sempena hari valentine ni la, yang diadakan depan kompleks tersebut. mula-mula pasangan cina yang menyanyi, lagu apa ntah sebab diorang menyanyi lagu cina. pastu dijemput pula lagi satu pasangan. pada awalnya ingatkan pasangan siam kerana wanita tersebut memakai kain yang sangatlah 'tak cukup kain' tapi rupa2nya yang dijemput 2 adalah kaum melayu!kaum yang seagama dengan kita lak 2!astaghfirullah...semoga ALLAH membuka pintu hati mereka untuk berubah.

dah abis nyanyi 2 ramai la yang bertepuk suka. perut yang lapar menggelegak dari tadi tiba2 je jd kenyang tengok pasangan tersebut membuat 'persembahan'(bukan sengaja nk tengok tp tertengok...).

astaghfirullah.astaghfirullah, astaghfirullah...
setiap tempat pasti ada perkataan 'Happy Valentine Day', tapi xder la sebanyak pasangan couple di sana sini. yang pakai tudung 'transparent' colour, x kurang juga y pakai tudung yang x berapa 'transparent'..aduh, masyarakatku masyarakatku..

ingatkan dah abis la show free kt sana sini, rupa2nya x juga. waktu dalam perjalanan balik ke kampus dengan menaiki bus, ada la seorang penumpang lelaki, budak sek men lagi ( dr uniform y dipakai). tapi apa y menyedihkan ialah terdapat 2 subang di telinga kiri budak tersebut. melihat dari rupa dan warna kulit rasanya budak melayu. sedih betul melihat keadaan umat islam sekarang ini..

astaghfirullah...
kalau macam ini la keaadaan bangsaku, macamana la agama islam nk terus kukuh berdiri jika ummatnya sendiri yang cuba merobohkannya...

YA ALLAH, SESUNGGUHNYA ENGKAU BERKUASA MEMBERI HIDAYAH KEPADA SESIAPA YANG KAU KEHENDAKI DAN KEPADA SESIAPA YANG KAU TIDAK KEHENDAKI. YA ALLAH YA RAHMAN, KAU AMPUNKANLAH DOSA MEREKA DAN KAU LEMBUTKANLAH HATI MEREKA, BERILAH HIDAYAHMU KEPADA MEREKA YA ALLAH, KAU BUKAKANLAH PINTU HATI MEREKA..MOGA2 MEREKA DAPAT MENJADI PEJUANG AGAMAMU DI MASA HADAPAN...
AMIN...

Tuesday, February 3, 2009

Pembelaan Rasulullah s.a.w Terhadap Wanita


Rasulullah SAW banyak menyataka dalam hadis2 yg menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan dalam islam. Antaranya:

a) syurga di bawah telapak kaki ibu
adakah wanita tidak merasa mulia dengan hadis ini? mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan 'di bawah telapak kaki' dan bukan 'di dalam tangan' atau 'disisi seorang ibu'? sedangkan syurga itu sendiri sangat tinggi darjatnya. sudah tentu ini menggambarkan mulianya seorang wanita dalam islam. seseorang yang faham pasti akan memandang dengan mulia,hormat,membela serta berlumba2 untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya(dengan syarat segala perbuatan tidak melanggar syariat)

b) 'tidak akan memuliakan perempuan2 melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan2 melainkan orang yang hina' ( hadis riwayat Ibn 'Asakir)

c) 'bergaullah kamu dengan isteri2 kamu dengan cara yang sopan. kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak'

d) 'janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang ia suka.' ( hadis riwayat Ahmad dan Muslim)


oleh itu sahabat2 yang dicintai, kita sangat beruntung jika menjadi wanita muslimah yang pandai memelihara agama dan sedaya upaya untuk menjadi permata AGAMA yang dikasihi ALLAH. TETAPI, andai tersalah langkah, kita akan menjadi wanita yang paling hina di mata ISLAM jika memilih untuk menjadi fitnah dunia.


ingatlah... ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG... marilah kita kembali kepada fitrah kita yang sebenar sebelum kita dipanggil untuk bertemu ILAHI..

Monday, February 2, 2009

ZALIMNYA AKU!!!

Ya ALLAH,
Aku berkata aku mengasihi sahabat2ku
tetapi aku selalu mengguris hati mereka
namun begitu mereka sentiasa berada disampingku tika suka dan duka
ZALIMKAH AKU??

aku berkata aku menyayangi adik2ku
tetapi aku selalu memarahi mereka
dengan emosiku yang tidak menentu
namun, mereka tidak pernah membenciku
malah masih terus menyayangi diriku
ZALIMKAH AKU??

aku berkata aku mengasihi kedua ibu bapaku
tetapi aku seringkali melukakan hati mereka
malas untuk membantu meringankan beban mereka
malas berdoa untuk kesejahteraan mereka
malas untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka
sedangkan...
mereka tidak pernah malas memeliharaku
mereka tidak pernah mengungkapkan kekecewaan terhadapku
mereka terus menyayangiku
ZALIMKAH AKU??

aku berkata aku mengasihi RASUL-MU
tetapi aku jarang menjadikan akhlak RASULULLAH SAW sbg akhlakku
aku sering mengabaikan sunnahnya
aku tidak mengambil RASULULLAH SAW sbg panduan dalam menyebarkan ilmu-MU
aku jarang berselawat terhadap BAGINDA
sedangkan BAGINDA tidak pernah melupakan umatnya
walaupun ketika nafas berada di hujung nyawa
ZALIMKAH AKU??

aku berkata aku mencintai-MU YA ALLAH
tetapi aku sering alpa terhadap-MU
aku sering meninggalkan perintah-MU
aku sering mengingati makhluk-MU lebih aku mengingati-MU
aku sering lupa untuk mengucapkan syukur pada-MU
sedangkan KAU tidak pernah lupa mengurniakan nikmat-MU thadapku
sebagaimana aku sering melupakan-MU
KAU mengurniakan aku sahabat2 yg memahami
adik2 yang pengasih
ibu bapa yang penuh dengan kasih dan sayang
ZALIMKAH AKU??

sahabat2 sekalian,
marilah kita memohon ampun kepada ALLAH SWT dari segala dosa yang telah kita lakukan.
janganlah kita menzalimi diri sendiri dengan melupakan ALLAH.
SIAPALAH KITA TANPA ALLAH DIHADAPAN
wallahu'alam...

Sunday, February 1, 2009

BARU...

assalamualaikum sesuci embun pagi selembut bayu subuh buat sahabat2 yang sentiasa di hati, adik2 usrah yg sentiasa di sanubari dan kepada sesiapa sahaja yang sdg membaca blog ini, semoga berada di bawah naungan kasih sayang ALLAH SWT sentiasa.


BARU...
semuanya baru,
tahun baru,azam baru, semangat baru, idea baru,elaun baru(ehem2..), kasut baru,bju baru, hnset baru(sapa 2?...), dan tidak lupa blog baru...
kira boleh dikatakan semuanya baru..
TP...dalam kita seronok melayari bahtera kehidupan dalam era tahun baru ini, kita jangan pula lupa untuk me'renew' dan meng'install' iman yang lebih mantap,yg lbih bombastik dan yg lebih UMMHHH...
kita jangan biarkan nafsu berada dihadapan sehinggakan menghalang penglihatan kita terhadap perkara yang hak dan batil, yg halal dan haram...
kita jangan malu untuk menegakkan agama ALLAH ini...
jgn risau, ALLAH memang suka menguji hamba2nya yang beriman...
firman ALLAH :
apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah beriman' dan mereka tidak diuji?
al-ankabut : 2

jd, shbt2,adik2 mrilah kita bersama sama memimpin tangan berlumba-lumba meraih kasih sayang dari ALLAH SWT yg tiada penghujungnya...