? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Followers

Wednesday, August 19, 2009

'RM 2', si ayah melihat pada not duit yang ada di tangannya. dia mengeluh panjang. itu sahaja duit yang dia ada pada saat ini. Teringat si ayah pada permintaan anakknya semalam. "ayah, cikgu pesan suruh pakai topeng muka esok. hari ni adik dah kena marah dengan cikgu sebab tak pakai topeng tu". si ayah mengeluh lagi, 'sekarang jugak la H1N1 nak aktif, hujan pulak, harga barang naik'. tetapi, bagi si ayah kesihaan adalah lebih penting dari duitnya. biarlah di dapurnya tiada gula dan garam, dia lebih rela minum air yang tiada rasa daripada hidup terseksa. dengan duit tersebut si ayah boleh membeli topeng muka untuknya, anaknya dan isterinya memandangkan topeng muka hanya 50 sen sehelai.

Si ayah menuju ke kedai.

" tolong bagi topeng muka tiga"si ayah meminta.
"semuanya empat ringgit setengah pak cik" jawab si penjual remaja.
"hah, bukan ke topeng ni setiap satu berharga lima puluh sen saja?" tanya si ayah yang masih dalam keadaan terkejut.
"tak pak cik, sekarang ni dah naik harga. RM 1.50 satu"
"kalau macam tu, bagi satu je la"jawab si ayah dalam nada kecewa.

selesai urusan jual beli, si ayah terus pulang ke rumah.
dalam perjalanan, si ayah merungut sendirian, melahirkan rasa kecewanya. ya, dia sangat kecewa kepada golongan-golongan yang berhati batu dengan mengambil kesempatan di tengah-tengah kekacauan influenza ini. mangsanya pasti mereka yang berpendapatan rendah seperti dirinya.

apabila anaknya pulang, topeng tersebut diserahkan kepada anaknya.
"eh, topeng ayah punya mana?"tanya si anak
"tak apa, antibodi ayah ni kuat lagi", dalih si ayah.

malam itu, si ayah merenung ke langit. air mata jernih mula menitik ke pipi.
ayahnya sangat sedih memikirkan realiti hari ini. jiwa manusia tiada gunanya, daging manusia diratah alpa, nyawa manusia tiada nilainya. jika di luar negara perang di sana sini, di sini pula maksiat di sana sini. ayahnya menggeleng kepala lagi. teringat pada anaknya yang maut dalam kemalangan ngeri yang berpunca daripada aksi melampau mat rempit. apalah salah anaknya sehingga dilanggar sedemikian rupa.

"hai abang, merenung jauh nampak..."sapa si isteri
dengan cepat si ayah menyeka air matanya." ish kamu ni, bagi la salam dlu, terkejut saya dibuat kamu"
"saya tahu abang sedang memikirkan masalah keluarga kita. ajal maut kan di tangan Tuhan. apa yang berlaku pasti ada hikmahnya."
"abang minta maaf, duit yang abang ada cukup untuk beli satu topeng aja"
"tak apa abang, yang penting anak kita selamat. dia kena belajar pandai-pandai, kalau sakit nanti macamana nak belajar kan"
"alhamdulillah, abang sangat bersyukur dapat isteri yang memahami macam Mah ni"

hari berganti hari, malam berganti malam. kesihatan si ayah semakin lama semakin merosot. demamnya tidak kebah walaupun sudah beberapa hari berehat. hanya Mak Mah sahaja yang tinggal untuk mencari rezeki. rezeki mereka hanya menjual kelapa dan kayu api. biarpun pendapatannya sangat rendah tetapi Mak Mah tidak pernah merungut.

ketika di rumah,Mak Mah akan menjaga suaminya sebaik mungkin. si anak yang melihat keadaan ayahnya seringkali menitiskan air mata.
"ayah kata antibodi ayah kuat, tetapi kenapa ayah sakit sekarang. ayah pakai lah topeng adik punya ni. adik tak nak pakai dah. adik nak ayah!"
semakin hari kesihatan si ayah semakin tenat. si ibu pula semakin gelisah. tak sanggup bagi Mak Mah untuk berpisah dengan suaminya yang tercinta. namun,andainya itu yang ditakdirkan untuknya, dia redha.

sewaktu si ibu sedang leka mencari kayu api, tiba-tiba kakinya terpijak sesuatu yang bergerak.
"Ya Allah!"Mak Mah menjerit kesakitan. kakinya telah dipatuk ular. Mak Mah menjerit meminta tolong tetapi keadaan di sana sepi sahaja. Mak Mah menjerit lagi tetapi...

"Innalillahiwainnailahirajiun", ucap si ayah yang redha dengan kehendak Ilahi. siapa tahu, isterinya pergi dahulu dari dirinya. tiba-tiba mata si ayah berpinar-pinar. dadanya sesak bagai ada sesuatu yang menghalang pernafasanya. kakinya mulai kebas dan sejuk. kemudian tangannya."ya Allah, peritnya ujian ini.."

kesakitannya bagai tak tertanggung oleh si ayah. dirinya bagai di cucuk seribu jarum panas. deritanya hanya Allah yang tahu. si ayah tidak dapat bertahan lagi.

apabila si anak pulang dari sekolah, dia hairan melihat ramai orang datang ke rumahnya. padahal rumahnya kecil sahaja. dengan jiwa yang berdebar-debar si anak berjalan laju ke rumahnya.

si anak jatuh pengsan selepas mengetahui berita yang mengejutkan ini. ibunya meninggal kerana bisa sang ular manakala si ayah meninggal kerana influenza A. tiada apa yang dapat dilakukan olehnya. hanya kepada Allah dia pasrah segalanya.

tiba-tiba dia menerima buku akaun daripada kawan baik ayahnya. si anak membuka buku tersebut. alangkah terkejutnya si anak apabila melihat angka yang tertera pada buku tersebut.
"RM 10 978"melopong mulut si anak melihat angka tersebut.
"inilah duit yang ayah dan ibu kamu simpan untuk kamu, setiap hari mereka simpan sebanyak seringgit"
si anak terus terduduk dan menangis.
"terima kasih mak,terima kasih ayah"