? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Followers

Tuesday, June 30, 2009

AL-I'TISOM(BERPEGANG TEGUH)

adakah kau lupa

kita khalifah di dunia

adakah kau lupa

mendidik anak bangsa


memayungi anak-anak dunia

merentas benua merentasi rintangan

keimanan juga ketakwaan

rahsia kita capai kejayaan


Bangunlah warga pendidik

bangsa bina

kekuatan jiwa

tempuh rintangan perjuangan


Gemilang generasi wibawa

membawa arus perubahan

keikhlasan hati dan nurani

ketulusan jiwa kita berjuang


Al-I'tisom!


(lagu tema kumpulan Al-I'tisom)





Thursday, June 25, 2009

KASIH BAPA BERPANJANGAN...

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~



rasanya masih belum terlambat untuk diri ini melakar satu ucapan Selamat Hari Bapa buat bapa kesayanganku, buah hatiku, madu jiwaku Nazri bin Abdullah bin Majid.






Abah, terlalu banyak pengorbanan yang abah lakukan untuk kami sekeluarga. walaupun abah dan mak terpaksa berpayungkan terik mentari dan bermandikan peluh bagi menyara kami sekeluarga, abah serta mak tetap tabah.



abah, kakak masih igat lagi, waktu itu kakak mahu pulang ke asrama,dan abah baru balik dari kebun.



'bah, nak salam.nak balik asrama dah ni'..



'eh2,tak payah salam tangan busuk ni, bau sekerap'balas abahku sambil berseloroh.



'xpe, bau duit 2', lantas aku mencapai tangan abahku yang penuh barakah itu dan terus menciumnya. abahku hanya tersenyum.


kakak sangat terharu bila abah berkata macam itu. tak mau anak2 hidup susah walaupun sekadar menghidu bau sekerap yang hangit itu. abah,kakak sangat bangga melihat usaha abah untuk menambah ilmu agama dalam dada. walaupun dulu abah kekurangan ilmu agama tetapi abah tidak segan untuk mendalaminya sekarang walaupun kadang2 ditegur adik yang baru berumur tujuh tahun kerana tersalah membaca Al-Quran. kakak sangat bangga.


abah, kakak masih ingat lagi, peristiwa manis yang tak pernah kakak lupa, tersemat kemas dalam sanubari. pagi itu kakak mahu balik ke asrama. pertama sekali sejak kakak masuk ke bangku sekolah, abah mendoakan kakak dan menghembus ke ubun2 kakak. habis tersembur titisan2 air y sejuk membawa rahmat. tetapi sejuknya terasa sampai ke tulang sum-sum. dengan berkat titisan2 air yang menyejukkan itu menyemarakkan lagi semangat kakak untuk belajar.

abah memang best.



abah, kakak tak pernah mencium abah.kakak teringin sangat untuk berbuat begitu,tapi kakak terlalu lah segan sebab kakak dah jadi anak dara sekarang dan kakak pasti abah pun begitu. mungkin kerana kita memang tak pernah nak praktik dari dulu.

sebab itu la kakak pulun habis2an agar dapat keputusan yang boleh membanggakan mak dan abah dalam SPM dulu.



Alhamdulillah, ALLAH memakbulkan permintaan kakak. di depan orang ramai, kakak telah membuang jauh2 perasaan segan dan kakak mencium pipi abah. blushing giler abah masa tu tapi senyumnya sangat manis sekali.


abah, agak2 bila kakak boleh cium dan peluk abah lagi ye? mungkin waktu kakak konvo 3 tahun lagi atau waktu kakak kawin nanti. insya ALLAH, semoga kita dipanjangkan umur...



ALHAMDULILLAH, kakak terharu bila tengok adik2 pulun habis2an untuk membuat kad ucapan kat abah sampai berselerak satu rumah semata-mata mahu ucap selamat hari bapa.


last but not least,

abah pelupa orangnya terutama sekali besday anak2 yang sulung2 ni. tapi abah tetap nak ucap jugak. sebab abah takut abah terlupa, abah telah mengucapkan SELMAT HARI JADI KAKAK dua minggu lebih awal dari tarikh sebenar. first time ni.kalau dlu jgn kata nak ucap, igat pun tidak.hu2.tapi kakak faham, banyak benda lagi yang abah kena fikir. abah jugak telah menset reminder hensetnya dan wish lagi sekali bila tiba tarikh keramat itu. abah memang superb la. sebenarnya kalau abah x ucap pun xpe sebab kakak tahu abah mmg sayang kakak. adik2, jangan jelez k...



kawan2, yang mana masih belum menzahirkan rasa kasih dan sayang kepada kedua ibu bapa, jgn malu untuk memulakan langkah untuk melakukannya kepada kedua orang tua kita. nikmatnya sangat indah, yang hanya dapat dirasa oleh hati.



never say too late...






SELAMAT HARI BAPA