'RM 2', si ayah melihat pada not duit yang ada di tangannya. dia mengeluh panjang. itu sahaja duit yang dia ada pada saat ini. Teringat si ayah pada permintaan anakknya semalam. "ayah, cikgu pesan suruh pakai topeng muka esok. hari ni adik dah kena marah dengan cikgu sebab tak pakai topeng tu". si ayah mengeluh lagi, 'sekarang jugak la H1N1 nak aktif, hujan pulak, harga barang naik'. tetapi, bagi si ayah kesihaan adalah lebih penting dari duitnya. biarlah di dapurnya tiada gula dan garam, dia lebih rela minum air yang tiada rasa daripada hidup terseksa. dengan duit tersebut si ayah boleh membeli topeng muka untuknya, anaknya dan isterinya memandangkan topeng muka hanya 50 sen sehelai.
Si ayah menuju ke kedai.
" tolong bagi topeng muka tiga"si ayah meminta.
"semuanya empat ringgit setengah pak cik" jawab si penjual remaja.
"hah, bukan ke topeng ni setiap satu berharga lima puluh sen saja?" tanya si ayah yang masih dalam keadaan terkejut.
"tak pak cik, sekarang ni dah naik harga. RM 1.50 satu"
"kalau macam tu, bagi satu je la"jawab si ayah dalam nada kecewa.
selesai urusan jual beli, si ayah terus pulang ke rumah.
dalam perjalanan, si ayah merungut sendirian, melahirkan rasa kecewanya. ya, dia sangat kecewa kepada golongan-golongan yang berhati batu dengan mengambil kesempatan di tengah-tengah kekacauan influenza ini. mangsanya pasti mereka yang berpendapatan rendah seperti dirinya.
apabila anaknya pulang, topeng tersebut diserahkan kepada anaknya.
"eh, topeng ayah punya mana?"tanya si anak
"tak apa, antibodi ayah ni kuat lagi", dalih si ayah.
malam itu, si ayah merenung ke langit. air mata jernih mula menitik ke pipi.
ayahnya sangat sedih memikirkan realiti hari ini. jiwa manusia tiada gunanya, daging manusia diratah alpa, nyawa manusia tiada nilainya. jika di luar negara perang di sana sini, di sini pula maksiat di sana sini. ayahnya menggeleng kepala lagi. teringat pada anaknya yang maut dalam kemalangan ngeri yang berpunca daripada aksi melampau mat rempit. apalah salah anaknya sehingga dilanggar sedemikian rupa.
"hai abang, merenung jauh nampak..."sapa si isteri
dengan cepat si ayah menyeka air matanya." ish kamu ni, bagi la salam dlu, terkejut saya dibuat kamu"
"saya tahu abang sedang memikirkan masalah keluarga kita. ajal maut kan di tangan Tuhan. apa yang berlaku pasti ada hikmahnya."
"abang minta maaf, duit yang abang ada cukup untuk beli satu topeng aja"
"tak apa abang, yang penting anak kita selamat. dia kena belajar pandai-pandai, kalau sakit nanti macamana nak belajar kan"
"alhamdulillah, abang sangat bersyukur dapat isteri yang memahami macam Mah ni"
hari berganti hari, malam berganti malam. kesihatan si ayah semakin lama semakin merosot. demamnya tidak kebah walaupun sudah beberapa hari berehat. hanya Mak Mah sahaja yang tinggal untuk mencari rezeki. rezeki mereka hanya menjual kelapa dan kayu api. biarpun pendapatannya sangat rendah tetapi Mak Mah tidak pernah merungut.
ketika di rumah,Mak Mah akan menjaga suaminya sebaik mungkin. si anak yang melihat keadaan ayahnya seringkali menitiskan air mata.
"ayah kata antibodi ayah kuat, tetapi kenapa ayah sakit sekarang. ayah pakai lah topeng adik punya ni. adik tak nak pakai dah. adik nak ayah!"
semakin hari kesihatan si ayah semakin tenat. si ibu pula semakin gelisah. tak sanggup bagi Mak Mah untuk berpisah dengan suaminya yang tercinta. namun,andainya itu yang ditakdirkan untuknya, dia redha.
sewaktu si ibu sedang leka mencari kayu api, tiba-tiba kakinya terpijak sesuatu yang bergerak.
"Ya Allah!"Mak Mah menjerit kesakitan. kakinya telah dipatuk ular. Mak Mah menjerit meminta tolong tetapi keadaan di sana sepi sahaja. Mak Mah menjerit lagi tetapi...
"Innalillahiwainnailahirajiun", ucap si ayah yang redha dengan kehendak Ilahi. siapa tahu, isterinya pergi dahulu dari dirinya. tiba-tiba mata si ayah berpinar-pinar. dadanya sesak bagai ada sesuatu yang menghalang pernafasanya. kakinya mulai kebas dan sejuk. kemudian tangannya."ya Allah, peritnya ujian ini.."
kesakitannya bagai tak tertanggung oleh si ayah. dirinya bagai di cucuk seribu jarum panas. deritanya hanya Allah yang tahu. si ayah tidak dapat bertahan lagi.
apabila si anak pulang dari sekolah, dia hairan melihat ramai orang datang ke rumahnya. padahal rumahnya kecil sahaja. dengan jiwa yang berdebar-debar si anak berjalan laju ke rumahnya.
si anak jatuh pengsan selepas mengetahui berita yang mengejutkan ini. ibunya meninggal kerana bisa sang ular manakala si ayah meninggal kerana influenza A. tiada apa yang dapat dilakukan olehnya. hanya kepada Allah dia pasrah segalanya.
tiba-tiba dia menerima buku akaun daripada kawan baik ayahnya. si anak membuka buku tersebut. alangkah terkejutnya si anak apabila melihat angka yang tertera pada buku tersebut.
"RM 10 978"melopong mulut si anak melihat angka tersebut.
"inilah duit yang ayah dan ibu kamu simpan untuk kamu, setiap hari mereka simpan sebanyak seringgit"
si anak terus terduduk dan menangis.
"terima kasih mak,terima kasih ayah"
Wednesday, August 19, 2009
Posted by anis najwan nazri at 9:11 AM 0 comments
Wednesday, July 22, 2009
math oO MATH...

MATEMATIK..
pada pendapat korang math ni bez x?
bila ditanya kat adik2 aku yang sekolah rendah yang gred exam mathnya tetap setia pada warna merah, semuanya jawab
'kami TAK SUKA'
kenape?
sebab math ni susah. nk kena ingat darab lah, formula lah. susah la..
kalau tanya kat adik yang selalu dapat A math, dia jawab :
'math ni senang sangat. cam minum kopi je. masuk mulut terus telan. ahh...nikmatnya'
kemudian, bila ditanya pada adik yang sekola menengah pulak dia jawab:
'ish kak, kami tensen la ngan math ni. formula itu la ini la. dlu senang je belaja math. tambah tolak darab bahagi je.sekarang, siap ada no negatif lagi. dah la nak kna iingat formula yang banyaknya hanya ALLAH sahaja yang tahu...bahasa inggeris lagi..alahai..'
mungkin sebab ni la dia selalu hancus dalam exam..
sekarang soalan ini ditanya pula kepada penuntut2 ipt yang belaja math, diorang jawab:
'susah jugak r..sebab math ni makin lama makin banyak jalan kira'
'em, biasa je. belaja cam kat sekolah menengah je. cuma nak kena ingat lebih lagi la'
kalau tanya Aiman, dia jawab:
'Aiman tak kisah'(iklan sementara)
kalau aku pulak, aku jawab:
.....
.....
.....
'no komen'.
sebenarnya math ni senang ke susah ke berdasarkan apa yang kotak fikiran korang fikir.
kalau fikir senang semuanya jadi mudah. kalau fikir susah memang la payah nk faham apatah lagi nak jawab dalam exam.
bila belaja math di sekolah rendah, kita merasakan itu la 'benda alah' yang paling susah nak belaja. bila sekolah menengah pulak, merasakan itulah penamat hidup disebabkan penangan matematik yang maha dahsyat itu, dan merasakan yang di sekolah rendah sangatlah senang yang amat. kalu dah masuk ipt pulak, mengatakan yang math di sekolah menengah ni senang je rupanya sebab math di ipt lagi susah dri yang difikirkan.
math ni susah ye...
sekarang ni cuba kita renung balik...
kita selak lembaran2 sejarah yang memang jarang kita ingat ini..
formula2 yang kita hafal, simbol2 yang kita guna, gambar rajah yang kita lukis...
dari mana wujudnya? adakah ia wujud seiring dengan zaman dinosor dulu?
tidak...
semua formula2, jalan kira, gambar rajah, dan yang seangkatan dengannya yang kita rasakan amat payah itu sebenarnya datang daripada pemikiran-pemikiran makhluk yang bernama manusia yang dicetuskan oleh ALLAH untuk berfikir.
bagaimanakah otak2 manusia agung seperti Al-Khawarizmi boleh mencipta rumus algebra, no kuadratik dan sebagainya yang kita rasakan tidak tercapai akal untuk sampai ke tahap ini.
rilek ok..
kita ini sangat beruntung sebab semuanya dah ada.tinggal nak ambil segala input masuk dalam storan ingatan je. pastu jadilah output yang sangat berguna pada masyarakat.(er..korang faham x?)kalaulah sekarang ini semua formula dalam math tu xde.semua kena wat formula sendiri, x ke lagi teruk..
oleh itu, kita hendaklah bersyukur kerana semuanya dah ada di depan mata. kita cuma perlu mngeluarkan sedikit tenaga je untuk memanfaatkannya. janganlah cepat mencari alasan tanpa ada usaha di tangan.
INGAT,
yang mendatangkan susah dan senang adalah ALLAH. oleh itu mohonlah pada ALLAH agar dipermudahkan segala urusan...

Posted by anis najwan nazri at 9:53 PM 0 comments
Monday, July 13, 2009
I Will Die...
I always thinking how i will die.
old sickness, tragic accident, danger desease,or maybe from the food i take.
well, i don't know. it's out of my knowledge. but, there's promise me one thing-I WILL DIE ONEDAY. and that is the reality i should believe.
i'll live this beautiful world, my wonderful famiy, my caring friends and my lovely foods.
it must be very paintful to face death. Malaikat Izrail will come to do his job. and i can do nothing. just ALLAH there for me.
other than this world, there is another world that stay forever and eternel with no limit.
my amalan is the ticket to of my status there.
how my life after death?
happiness or deadness. i hope the first one.
but how???
i don't know whether my ibadah is accept or not. but i will never stop doing my ibadah because it give me a hope. a hope that my ibadah is acceptable.
i dont care the way i die, but the important is i want to die in iman. please my LORD. i don't want to die as your uninvited represent. i dont want to die at the time i'm doing the bad things.
but, the important thing, my LORD, please let me love You more than my love to Your creature.
Ya ALLAH,
please bless my family, my friends and me always. please let us live with Iman, die in Iman and step to your heaven in Iman.
Amin.
Posted by anis najwan nazri at 6:26 PM 0 comments
Thursday, July 9, 2009
hEpPY bEstDay My SwEet FrienD
Buatmu sahabatku
aku merindui tutur bicaramu
mengingatkanku pada Pencipta yang satu
Aku merindukan belaianmu
damainya penuh syahdu
Aku merindukan senyummu
kerana senyummu adalah senyumku
Aku merindukan kasih sayangmu
kerana di situ letaknya kasih Sang Perindu
Aku merindukan renunganmu
kasihnya memeluk kalbu
syukurku pada-Mu
kerna menyatukan jiwa-jiwa yang rindu
pada ukhwah yang satu
selamat hari lahir sahabatku
2 julai 1989
Posted by anis najwan nazri at 1:57 PM 0 comments
Tuesday, June 30, 2009
AL-I'TISOM(BERPEGANG TEGUH)
adakah kau lupa
kita khalifah di dunia
adakah kau lupa
mendidik anak bangsa
memayungi anak-anak dunia
merentas benua merentasi rintangan
keimanan juga ketakwaan
rahsia kita capai kejayaan
Bangunlah warga pendidik
bangsa bina
kekuatan jiwa
tempuh rintangan perjuangan
Gemilang generasi wibawa
membawa arus perubahan
keikhlasan hati dan nurani
ketulusan jiwa kita berjuang
Al-I'tisom!
(lagu tema kumpulan Al-I'tisom)
Posted by anis najwan nazri at 7:08 PM 0 comments
Thursday, June 25, 2009
KASIH BAPA BERPANJANGAN...
~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~
rasanya masih belum terlambat untuk diri ini melakar satu ucapan Selamat Hari Bapa buat bapa kesayanganku, buah hatiku, madu jiwaku Nazri bin Abdullah bin Majid.
Abah, terlalu banyak pengorbanan yang abah lakukan untuk kami sekeluarga. walaupun abah dan mak terpaksa berpayungkan terik mentari dan bermandikan peluh bagi menyara kami sekeluarga, abah serta mak tetap tabah.
abah, kakak masih igat lagi, waktu itu kakak mahu pulang ke asrama,dan abah baru balik dari kebun.
'bah, nak salam.nak balik asrama dah ni'..
'eh2,tak payah salam tangan busuk ni, bau sekerap'balas abahku sambil berseloroh.
'xpe, bau duit 2', lantas aku mencapai tangan abahku yang penuh barakah itu dan terus menciumnya. abahku hanya tersenyum.
kakak sangat terharu bila abah berkata macam itu. tak mau anak2 hidup susah walaupun sekadar menghidu bau sekerap yang hangit itu. abah,kakak sangat bangga melihat usaha abah untuk menambah ilmu agama dalam dada. walaupun dulu abah kekurangan ilmu agama tetapi abah tidak segan untuk mendalaminya sekarang walaupun kadang2 ditegur adik yang baru berumur tujuh tahun kerana tersalah membaca Al-Quran. kakak sangat bangga.
abah, kakak masih ingat lagi, peristiwa manis yang tak pernah kakak lupa, tersemat kemas dalam sanubari. pagi itu kakak mahu balik ke asrama. pertama sekali sejak kakak masuk ke bangku sekolah, abah mendoakan kakak dan menghembus ke ubun2 kakak. habis tersembur titisan2 air y sejuk membawa rahmat. tetapi sejuknya terasa sampai ke tulang sum-sum. dengan berkat titisan2 air yang menyejukkan itu menyemarakkan lagi semangat kakak untuk belajar.
abah memang best.
abah, kakak tak pernah mencium abah.kakak teringin sangat untuk berbuat begitu,tapi kakak terlalu lah segan sebab kakak dah jadi anak dara sekarang dan kakak pasti abah pun begitu. mungkin kerana kita memang tak pernah nak praktik dari dulu.
sebab itu la kakak pulun habis2an agar dapat keputusan yang boleh membanggakan mak dan abah dalam SPM dulu.
Alhamdulillah, ALLAH memakbulkan permintaan kakak. di depan orang ramai, kakak telah membuang jauh2 perasaan segan dan kakak mencium pipi abah. blushing giler abah masa tu tapi senyumnya sangat manis sekali.
abah, agak2 bila kakak boleh cium dan peluk abah lagi ye? mungkin waktu kakak konvo 3 tahun lagi atau waktu kakak kawin nanti. insya ALLAH, semoga kita dipanjangkan umur...
ALHAMDULILLAH, kakak terharu bila tengok adik2 pulun habis2an untuk membuat kad ucapan kat abah sampai berselerak satu rumah semata-mata mahu ucap selamat hari bapa.
last but not least,
abah pelupa orangnya terutama sekali besday anak2 yang sulung2 ni. tapi abah tetap nak ucap jugak. sebab abah takut abah terlupa, abah telah mengucapkan SELMAT HARI JADI KAKAK dua minggu lebih awal dari tarikh sebenar. first time ni.kalau dlu jgn kata nak ucap, igat pun tidak.hu2.tapi kakak faham, banyak benda lagi yang abah kena fikir. abah jugak telah menset reminder hensetnya dan wish lagi sekali bila tiba tarikh keramat itu. abah memang superb la. sebenarnya kalau abah x ucap pun xpe sebab kakak tahu abah mmg sayang kakak. adik2, jangan jelez k...
kawan2, yang mana masih belum menzahirkan rasa kasih dan sayang kepada kedua ibu bapa, jgn malu untuk memulakan langkah untuk melakukannya kepada kedua orang tua kita. nikmatnya sangat indah, yang hanya dapat dirasa oleh hati.
never say too late...
SELAMAT HARI BAPA
Posted by anis najwan nazri at 3:24 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)


