? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Followers

Tuesday, December 8, 2009

08.12.88

08 Disember 1988


Aminah menanti dengan penuh debaran saat diijabkabulkan. menanti dengan penuh kesyukuran pada kedatangan seseorang yang baru dalam hidupnya. Menanti kedatangan seorang suami yang akan mendukung hidupnya dunia akhirat.


'Aku terima nikahnya Siti Aminah Bt Taib dengan mas kahwin RM 80 tunai', lafaz Nazri dengan penuh kesyukuran. 08.12.88, tarikh yang menjadi saksi penyatuan dua jiwa, mencoret satu cinta. setelah majlis akad nikah sesuai, rombongan pihak lelaki berangkat ke rumah pengantin perempuan yang berada tidak jauh dari situ.


'Minah, pengantin lelaki dah sampai la. Hensem laki hang tu, macam muka pelakon Jepun', usik Farehah yang baru masuk ke kamar pengantin. Aminah hanya mampu tertunduk malu. Dia sangat gembira untuk menyambut insan baru dalam hidupnya tetapi hatinya juga amat berdebar ketika itu. Aminah tidak pernah melihat wajah suaminya. saat suaminya masuk untuk menyarungkan cincin, Aminah tidak berani untuk melihat wajah suaminya. Aminah hanya sempat memandang sekilas wajah suaminya pada saat ciuman pertama si suami singgah di dahi.'em, hensem jugak laki aku ni', getus Aminah sambil tersenyum.


Alhamdulillah, mereka amat bersyukur dengan masjid yang baru dibina ini. masjid mereka juga diserikan dengan cahaya2 mata hasil perkongsian hidup mereka. walaupun hidup mereka serba kekurangan, mereka tetap bahagia. perkongsian kasih sehingga hari ini sudah menjangkau usia 19 tahun. petua jalinan kasih mereka bersulamkan rasa cinta yang mendalam. cinta yang hadir selepas perkahwinan. cinta yang bersemi dalam pernikahan.cinta yang bersinar dalam keredhaan. peranan mereka hanya satu: saling melengkapi sesama mereka. inilah anugerah dari Ilahi buat hambanya.


buat mak dan abah, Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-19...




1 comments:

kaktus said...

selamat ulgtahun..!!
kek tadak ka..?