? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Followers

Tuesday, June 30, 2009

AL-I'TISOM(BERPEGANG TEGUH)

adakah kau lupa

kita khalifah di dunia

adakah kau lupa

mendidik anak bangsa


memayungi anak-anak dunia

merentas benua merentasi rintangan

keimanan juga ketakwaan

rahsia kita capai kejayaan


Bangunlah warga pendidik

bangsa bina

kekuatan jiwa

tempuh rintangan perjuangan


Gemilang generasi wibawa

membawa arus perubahan

keikhlasan hati dan nurani

ketulusan jiwa kita berjuang


Al-I'tisom!


(lagu tema kumpulan Al-I'tisom)





Thursday, June 25, 2009

KASIH BAPA BERPANJANGAN...

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~



rasanya masih belum terlambat untuk diri ini melakar satu ucapan Selamat Hari Bapa buat bapa kesayanganku, buah hatiku, madu jiwaku Nazri bin Abdullah bin Majid.






Abah, terlalu banyak pengorbanan yang abah lakukan untuk kami sekeluarga. walaupun abah dan mak terpaksa berpayungkan terik mentari dan bermandikan peluh bagi menyara kami sekeluarga, abah serta mak tetap tabah.



abah, kakak masih igat lagi, waktu itu kakak mahu pulang ke asrama,dan abah baru balik dari kebun.



'bah, nak salam.nak balik asrama dah ni'..



'eh2,tak payah salam tangan busuk ni, bau sekerap'balas abahku sambil berseloroh.



'xpe, bau duit 2', lantas aku mencapai tangan abahku yang penuh barakah itu dan terus menciumnya. abahku hanya tersenyum.


kakak sangat terharu bila abah berkata macam itu. tak mau anak2 hidup susah walaupun sekadar menghidu bau sekerap yang hangit itu. abah,kakak sangat bangga melihat usaha abah untuk menambah ilmu agama dalam dada. walaupun dulu abah kekurangan ilmu agama tetapi abah tidak segan untuk mendalaminya sekarang walaupun kadang2 ditegur adik yang baru berumur tujuh tahun kerana tersalah membaca Al-Quran. kakak sangat bangga.


abah, kakak masih ingat lagi, peristiwa manis yang tak pernah kakak lupa, tersemat kemas dalam sanubari. pagi itu kakak mahu balik ke asrama. pertama sekali sejak kakak masuk ke bangku sekolah, abah mendoakan kakak dan menghembus ke ubun2 kakak. habis tersembur titisan2 air y sejuk membawa rahmat. tetapi sejuknya terasa sampai ke tulang sum-sum. dengan berkat titisan2 air yang menyejukkan itu menyemarakkan lagi semangat kakak untuk belajar.

abah memang best.



abah, kakak tak pernah mencium abah.kakak teringin sangat untuk berbuat begitu,tapi kakak terlalu lah segan sebab kakak dah jadi anak dara sekarang dan kakak pasti abah pun begitu. mungkin kerana kita memang tak pernah nak praktik dari dulu.

sebab itu la kakak pulun habis2an agar dapat keputusan yang boleh membanggakan mak dan abah dalam SPM dulu.



Alhamdulillah, ALLAH memakbulkan permintaan kakak. di depan orang ramai, kakak telah membuang jauh2 perasaan segan dan kakak mencium pipi abah. blushing giler abah masa tu tapi senyumnya sangat manis sekali.


abah, agak2 bila kakak boleh cium dan peluk abah lagi ye? mungkin waktu kakak konvo 3 tahun lagi atau waktu kakak kawin nanti. insya ALLAH, semoga kita dipanjangkan umur...



ALHAMDULILLAH, kakak terharu bila tengok adik2 pulun habis2an untuk membuat kad ucapan kat abah sampai berselerak satu rumah semata-mata mahu ucap selamat hari bapa.


last but not least,

abah pelupa orangnya terutama sekali besday anak2 yang sulung2 ni. tapi abah tetap nak ucap jugak. sebab abah takut abah terlupa, abah telah mengucapkan SELMAT HARI JADI KAKAK dua minggu lebih awal dari tarikh sebenar. first time ni.kalau dlu jgn kata nak ucap, igat pun tidak.hu2.tapi kakak faham, banyak benda lagi yang abah kena fikir. abah jugak telah menset reminder hensetnya dan wish lagi sekali bila tiba tarikh keramat itu. abah memang superb la. sebenarnya kalau abah x ucap pun xpe sebab kakak tahu abah mmg sayang kakak. adik2, jangan jelez k...



kawan2, yang mana masih belum menzahirkan rasa kasih dan sayang kepada kedua ibu bapa, jgn malu untuk memulakan langkah untuk melakukannya kepada kedua orang tua kita. nikmatnya sangat indah, yang hanya dapat dirasa oleh hati.



never say too late...






SELAMAT HARI BAPA

Monday, May 25, 2009

CINTA ATAU TERPAKSA?

**bismillahirrahmanirrahin**
assalamualaikum sahabat2 sekalian.
selamat berjuang dalam mengharungi badai peperiksaan ini(untuk y exam je).yang dah exam, sentiasalah mengingati ALLAH agar hidup anda sentiasa dalam pelukan kasih-Nya. pastinya ramai yang study habis habisan sehingga tidak tidur beberapa malam. tambahan pula, esok adalah the last paper yang kita semua akan ambik. lepas tu MERDEKA!! (tetapi untuk sementara je,hu2..)
wahai sahabat2 sekalian, dah tengah seronok2 esok dah abis exam, cuba kita renung balik, apa tujuannya kita study sepulun pulunnya sewaktu exam TETAPI pada hari biasa kita jarang sekali mahu meringankan tangan untuk menyentuh atau membelek 'kitab2' kita yang berharga itu.
tanyakan soalan ini pada diri anda?
adakah aku study kerana cinta pada ilmu atau kerana terpaksa disebabkan exam?
kalau exam tidak ada, adakah kita akan study sebagaimana waktunya kita exam?
cuba tanya pada diri, apakah nilainya ilmu yang kita pelajari jika kita hanya study ketika saat2 terdesak sahaja. jika kita study kerana terpaksa, ilmu cepat meninggalkan kita.
jika kita study kerana CINTA, ilmu akan sentiasa kekal sebati dalam diri kita semua. setuju?
betapa uniknya ilmu itu jika kita melihat dengan mata hati. betapa besarya kebesaran ALLAH swt menciptakan ilmu yang sedemikian rupa.
sahabat2ku, studylah kerana CINTA bukan TERPAKSA.
kata2 Confucius:
belajar tanpa berfikir adalah sia-sia
berfikir tanpa ilmu adalah BAHAYA
~dari my soul~

Monday, May 4, 2009

aKu MendamBakaN CinTa suCi yaNg TerjaGa




Salam bicara,
selembut kalam,
seindah tinta,
semurni kata-kata...

Buat aku yang bergelar Nisa'...
Terkadang diri ini merasa sunyi...
keseorangan dalam mulusuri bahtera kehidupan...
Tanpa menyedari kehadiranNya disisi
tapi....
fitrah manusia yang tidak pernah merasa puas
dengan nikmat yang dikurniakan...

Aku mahukan lelaki...
lelaki yang mampu memberi kasih sayang kepadaku...
aku cemburu tatkala melihat sahabat-sahabatku berkasih
ber'dating'....
berpegangan tangan...
bermesra...

Aku mahu jadi seperti mereka...
hatiku meronta
batinku menjerit
rasa ingin disayangi dan menyayangi..

Pernah terfikir di benak fikiranku,
adakah lelaki yang sudi menjadikan aku teman hidupnya?
gadis kolot...
bertudung labuh...
tidak berbicara dengan lelaki...
mahukah lelaki di luar sana mengenali diriku?
aku tidak mahu menjadi perawan tua
yang tidak punya pasangan...
yang waktu tuaku keseorangan dan...
kesunyian....

Ampunkan aku Ya Allah!
Tatkala aku lemah
tidak mampu menahan nafsuku
aku memikirkan perkara yang bukan-bukan
aku tidak sedar...
Hanya Engkau cintaku
Engkau lah yang menumbuh dan menyuburkan rasa cinta dalam hati ini
Aku terlupa pada siapa harus aku melabuhkan cintaku...
Aku alpa....
Engkau yang menetapkan
jodoh...
pertemuan...
perpisahan...
dan...
kematian....

Aku ingin menemui seorang 'rijal'
bukan lelaki semata-mata...
Aku tidak boleh mengharap lelaki
segagah Ali a.s...
setampan Yusuf a.s...
Sebijaksana Muhammad S.a.w
jika....
aku tidak BERUSAHA untuk menjadi
segigih saidatina Fatimah...
secantik Zulaikha...
sesetia Siti Kahdijah...




Aku lupa untuk bermunajat..

aku leka melayan perasaanku..



Ya Muhaimin...

"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu....

Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"






Saturday, March 7, 2009

WHY ME???!

~bismillahirrahmanirrahim~
' ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya'
Al-Baqarah : 286
Ya ALLAH, jika ujian ini yang KAU telah tentukan untukku tempuh, maka aku redha Ya ALLAH.
KAU berilah diriku kekuatan iman untuk terus berjuang dalam agama-MU ini.
amin...
alkisahnya begini, semalam dengan nawaitu yang baik ana ke surau untuk menunaikan solat fardu maghrib dan isyak berjemaah seterusnya mengadakan usrah dengan adik2 tercinta...
waktu solat isyak 2, ana terlupa tntg beg ana yang tertinggal di belakang bersama dengan my sweetheart, hnset kesayangan :(
ana cuma teringatkan beg itu pun, pada solat sunat isya je...mmg ALLAH nak uji ana...HNSET ANA DIAMBIL ORANG....(ada sapa2 yang nk wat kbajikan dgn memberi hnset baru kpd ana??hu2..sure xder pya...)
ana amat mengharap agar apa yang berlaku semalam cuma mimpi je tapi realitinya bukan begitu. bersama dengan adik2, kitorang mncari di seluruh surau tapi hampa...
oh hnsetku, terlalu awal untuk kau pergi,
baru guna x sampai sebulan,
dengan penuh kesabaran ku berjimat cermat,
akhirnya kau hilang jua di depan mata...
pada waktu itu, ana berperang dgn diri sndiri, nak menyelami kesedihan diri atau nak menruskan usrah. Ya ALLAH, tolonglah diriku yang penuh cacat cela ini...
baiklah,yang utama perlu diutamakan...hnset y hilang malam 2 99% mustahil untuk dapat kembali(sabar je la..). alhamdulillah, ALLAH masih mmberi kekuatan...akhirnya ana ptuskan untuk wat usrah. tp tgok muka adik2 semua pucat cam nak nangis je dengan apa yang berlaku kat ana. thanks ye adik2, kerana bijak mnutur kata sehingga akak mndapat kekuatan untuk trus berusrah...
(alahai makhluk ALLAH, apsal la kau ambik hnset aku???klau ye pun nk ambik, tgglkanla simcard 2 dlu, simcard 2 sangat penting tau tak...punya la banyak buku agama dalam 2, apsal kau tak ambik sekali,mna tau kot2 hidayah ALLAH sampai lepas kau baca buku 2)-monolog dalaman untuk mengurangkan stress...
frankly speaking, at first, otak mmg mlayang giler ingat insiden tadi, nasib baik adik2 memahami...rasa cam nak nangis ada, nk manjerit pun ada. semuanya bercampur jadi satu sampai sukar ditransletkan...alhamdulillah, waktu sampai kpd gliran ana untuk bertadarus, trus segala kglisahan dan kkcewaan hlang serta merta. ana rasa ada kedamaian pula yang bertandng di lubuk jiwa yang basah kesedihan ini. terima kasih Ya ALLAH, kerana memberiku ketenangan setelah membaca kalimah2 suci dari-MU...dan alhamdulillah ana dapat fokus kembali kpda usrah tersebut...mungkin kberkatan dri majlis y kami sdg lalui, ketenangn itu trasa sangat indah sekali,lebih dripada cukup untuk mengubati hati yang lara...sungguh meluas nikmatmu Ya ALLAH...
swaktu dalam usrah ada juga ana terfikir, why,why,and why me???. jwapan pertama sekali y ana dpt, ALLAH nak uji tahap keimanan ana. second, ana ada banyak dosa ngan ALLAH..third, hnset trsebut banyak melalaikan ana dari mngingati ALLAH, jd ALLAH tarik balik.. and the last one, ALLAH nk ajar ana erti khilangan kerna slpas ini jika dipanjangkan umur,ana pasti akan khlangan nikmat ALLAH yang paling terbsar dalam hidup ini krn khlangan tersebut pasti akan terjadi...
apapun ana redha dengan apa y dah berlaku...
mak abah,kakak minta maaf...
xdengar psnan mak abah untuk brjaga-jaga x kira dimana berada..
mak abah, kakak minta ampun kerana dah buat mak abah sedih dan kecewa...
mak abah, kakak merayu, jgn sedih, nnt kakak pun sdih juga...
kakak rela untuk dimarahi dari melihat mak abah sedih dan risaukan kakak
mungkin keadaan keluarga kita y serba kekurangan
menyebabkan kita lebih menghargai apa yang ada
tapi kakak dah gagal...
kakak tdak pndai mnyimpan segala y ada d lubuk hati dr pengetahuan mak abah
kjjuran kakak mmberitahu prihal tersebut pasti menambah bebanan masalah yang ada
kakak minta maaf...
YA ALLAH, AKU REDHA DENGAN KETENTUANMU... JANGANLAH KAU BERHENTI DARI MEMBERI RAHMATMU TERHADAPKU YA ALLAH. YA RAHMAN, JAGNLAH KAU TARIK NIKMAT IMAN DRI DIRIKU,AKU X MAHU MENJADI BANGKAI BERNYAWA DALAM DUNIA INI TANPA HIDAYAH DARIMU. KAU AMPUNKANLAH DOSAKU DAN DOSA KEDUA IBI BAPAKU, JUGA DOSA ADIK2KU, RAKAN2KU SERTA DOSA KAUM MUSLIMIN SEKALIAN. KAU BUKAKANLAH PINTU HATI MAKHLUKMU Y TLH MENGAMBIL HNSETKU DAN JUGA HNSET ORANG LAIN, KAU BERILAH HIDAYAH PADANYA...MOGA2 DIA INSAF DAN MENJADI PEJUANG AGAMAMU KELAK...
AMIN
kita amin sama2 ye kawan2...

Friday, March 6, 2009

ANTARA 2 CINTA



sekiranya kita cinta kepada manusia
tak semestinya manusia cinta cinta kepada kita,
jika kita cinta kepada ALLAH,
nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya,
sekiranya kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang kita cintai
tetapi sekiranya kita cinta pada ALLAH
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada ALLAH juga

Ya ALLAH
andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-MU kepadaku
maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana-MU
dan campakkanlah dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-MU
namun andai dia bukan jodoh yang ditetapkan oleh-MU kepadaku,
berikan ku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang KAU beri padaku

Ya ALLAH,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada-MU,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-MU

Ya MUHAIMIN,
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-MU

Ya RABBANA,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada-MU

Ya RABBUL IZZATI,
jika aku rindu,
jagalah rinduku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-MU

Ya ALLAH,
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku dari merindui syurga-MU

Ya ALLAH,
jika aku menikmati cinta kekasih-MU
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikamatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhir-MU

Ya ALLAH,
jika aku jatuh hati kepada kekasih-MU,
janganlah biarkan aku tertatih dan jatuh dalam perjalanan
panjang menyeru manusia kepada-MU

Ya ALLAH,
jika kau halalkanku merindui kekasih-MU
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku dari cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-MU.