Tuesday, February 22, 2011
Halaman Rindu
Posted by anis najwan nazri at 6:36 PM 0 comments
Labels: cerita hati
Tuesday, February 15, 2011
Hari Kekasih, Cinta Rasulullah
Kasih sayang Nabi Muhammad SAW terhadap generasi muda lebih hebat, wajar diingati RASULULLAH SAW tidak melupakan golongan pemuda malah, sebahagian pemuda digambarkan secara jelas rasa cintanya Nabi SAW kepada mereka. Rasulullah tidak menyembunyikan rasa sayang. Apa terpendam dalam diri, pasti digambarkan Baginda.
Disebabkan itulah, setiap kemarahan Baginda membuatkan tertunduknya wajah sahabat kerana terpancar merah saga mukanya. Apabila Baginda gembira, tergambar indah daripada lakaran senyuman bibirnya membuatkan semua merindui wajah seceria itu.
Ada sahabat yang masih muda disebut-sebut Baginda SAW sebagai manusia terpilih untuk dicintai Rasulullah. Usamah bin Zaid dikritik sahabat lain kerana tidak puas hati beliau terpilih sebagai panglima perang dalam usia cukup muda. Lalu Baginda Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Jika kalian mencela kepemimpinannya, maka kalian juga mencela kepemimpinan ayahnya sebelum ini. Demi Allah dia (ayahnya) sangat layak menduduki jawatan panglima dan dia salah seorang yang paling aku cintai. Dan Usamah adalah orang yang paling aku cintai sesudah ayahnya.” (Hadis riwayat Bukhari)
Rasa cinta Rasulullah kepada Usamah turut digambarkan oleh Ibnu Umar dengan katanya: “Sekiranya Rasulullah SAW melihatnya, nescaya beliau akan mencintainya.” (Hadis riwayat Bukhari) Begitu juga rasa cinta Nabi SAW kepada cucunya iaitu Hassan dan Hussain sehingga Baginda mendoakan mereka dengan doa yang bermaksud: “Ya Allah, cintailah keduanya kerana aku mencintai keduanya.” (Hadis riwayat Bukhari)
Rasulullah juga memuliakan orang muda. Pernah suatu ketika, Nabi SAW menghadiri satu majlis yang dihadiri pembesar kaum, beliau dengan sendiri menunjukkan penghargaan kepada orang muda. Diriwayatkan dari Sahl bin Sa’ad: Rasulullah SAW mendapat hidangan segelas minuman dan beliau meminumnya. Di sebelah kanan Baginda ada anak paling muda yang hadir. Di sebelah kiri Baginda ramai yang sudah tua. Baginda bertanya: “Hai anak, apakah kamu mengizinkanku memberi minuman ini kepada orang tua itu? Si anak muda itu menjawab: Wahai Rasulullah SAW, aku tidak akan mendahulukan seorang pun disebabkan keutamaanku di sebelah engkau. Maka Baginda memberikan minuman kepada anak muda itu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Diceritakan oleh Salamah: “Rasulullah SAW memboncengku menaiki kenderaan berkali-kali. Baginda mengusap wajahku berkali-kali. Baginda meminta ampun kepadaku sebanyak bilangan jari jemariku di kedua tanganku.” (Hadis riwayat at-Tabrani)
Kisah cinta Rasulullah kepada orang muda mesti dibalas dengan cinta. Siapa kita di akhirat kelak andai cinta yang ditunjukkan Baginda kepada umatnya tidak dibalas setanding dengannya. Antara kaedah untuk kita membalas cinta Rasulullah ialah mengisytiharkan rasa cinta walau ia belum pernah dipupuk. Dengan meletakkan cinta kepada Rasulullah melebihi cinta terhadap dirinya sendiri. Umar al-Khattab berkata kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, sungguh engkau lebih kucintai daripada segala sesuatu kecuali diriku sendiri. Nabi SAW bersabda: Tidak, demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya sehingga aku lebih dicintai daripada dirimu sendiri. Umar RA berkata: Maka sesungguhnya sekarang demi Allah sungguh engkau kucintai lebih dari diriku sendiri.” (Hadis riwayat Bukhari)
Sesudah mengisytiharkan cinta kita, maka ia perlu disambut dengan mengamalkan sunnahnya dan inilah yang dimaksudkan oleh Imam Ibnu Kathir ketika menafsirkan surah Ali-Imran, ayat 31 yang bermaksud: “Katakanlah, jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutlah aku (Rasulullah) nescaya Allah Mengasihimu.” Kata Imam Ibnu Kathir, ayat ini sebagai pemutus hukum bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah tetapi tidak menempuh jalan Nabi Muhammad SAW, maka pengisytiharan cintanya adalah suatu pembohongan sehinggalah ia mengikuti syariat dan agama dibawa Nabi Muhammad SAW dalam semua ucapan dan perbuatannya. Sebab itulah perasaan cinta kepada Rasulullah mesti serasi dengan mengikuti jejak sunnahnya.
Cinta dan mengikut sunnah tidak boleh berpisah. Siapa tidak mengenali Abu Talib ayah saudara Nabi SAW yang mencintai Nabi SAW dengan cinta yang sangat hebat. Namun disebabkan cinta itu bukan saja boleh dituruti oleh hati, namun mengikuti ajaran Nabi itu perlu seiring, maka cintanya tertolak kerana menolak mengikut ajaran Nabi SAW.
Begitu juga jika hanya mengikut petunjuk dan mengamalkan ajaran Nabi SAW, tetapi tidak seiring dengan cinta kepada Nabi SAW, maka ia juga tertolak. Abdullah bin Ubay bin Salul, seorang munafik yang solat di belakang Nabi SAW. Beliau menuruti ajaran Baginda namun tersemat dalam hatinya perasaan bencikan Nabi SAW, maka segala amalannya tertolak. Remaja kini hanya mengingati ikon cinta dan kasih sayang milik Saint Valentine hingga tidak sabar meraikan hari kekasih pada 14 Februari tetapi melupakan tarikh 12 Rabiulawal yang sepatutnya mengingatkan mereka kepada ikon kasih sayang lebih hebat dan mulia.
Sedihnya, kisah cinta Rasulullah kepada umatnya sudah hilang daripada diari hidup remaja. Justeru, marilah mengenang kembali kisah Rasulullah yang mengalir darah di kaki Baginda akibat dibaling batu oleh penduduk Thaif yang menolak dakwah Baginda. Ketika hadirnya malaikat penjaga gunung yang bersimpati dan bertanya mahukah Baginda jika penduduk Thaif dimusnahkan, Rasulullah menolak sebaliknya berdoa supaya penduduk Thaif mendapat hidayah petunjuk dari Allah.
Hebat benar kisah cinta Nabi SAW kepada umatnya membuatkan Baginda terlupa luka di kaki yang berdarah. Namun kita sebagai umatnya, tidak mahu menjadikan Baginda sebagai ‘ikon cinta.’ Semasa Nabi SAW menakluk Kota Makkah bersama sepuluh ribu tentera, sahabat lain mengenang kembali saat umat Islam diusir dan ada sahabat yang dicincang oleh kafir Quraisy.
Betapa hina mereka difitnah dan dicaci sebelum ini. Lalu seorang sahabat bangun dan berkata: “Hari ini adalah hari pembunuhan balik (balas dendam) terhadap musyrik yang memerangi mereka.” Bagaimanapun, jiwa yang amat mencintai umatnya iaitu Muhammad SAW menolak dan berkata: “Bukan, sesungguhnya hari ini adalah hari kasih sayang.”
Sayangnya, sejarah ini dilupakan umat Nabi Muhammad sehingga lebih mengagungkan ikon cinta agama lain. Sedangkan, kita memiliki ikon cinta sebenar yang lebih hebat serta tinggi kedudukannya. Benarlah ungkapan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Aku adalah kasih sayang yang dihadiahkan.” (Hadis riwayat al-Hakim). Ya Rasulullah, kami mencintaimu, moga ditetapkan hati kami di atas ketaatan mengikut petunjuk ajaranmu.
Penulis ialah juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis
Posted by anis najwan nazri at 5:19 PM 0 comments
Wednesday, January 26, 2011
S.A.Y.A.N.G.
Posted by anis najwan nazri at 6:48 PM 0 comments
Tuesday, January 18, 2011
A Girl's Heart Desire
Sometimes,I want to open my hijab,and show the world,that I too,am beautiful in the people's definition.
But,deep down here,in my little heart,I know that beauty is by definition,a mystery.and it is forever more rewarding,to be beautiful in God's eyes.
Sometimes,I want to wear ruffled dresses and tight jeans,show off what I really look like,under those baggy shirts and loosely fitted pants,make a statement,that I too,have a figure and worth looking at.
But,I know better,to avoid entering the world of men's imagination,for I love my future husband,and I am ashamed,what should be his, has already been unveiled by others.
Sometimes,I want to show the world,the other side of me,the bubblier, bolder, and crazier me.put myself on display,for everyone to see,to be desired, and admired upon.
But,I know that eyes are not just eyes,seeing is not just seeing,image and respect are gained,shame and humility deserve a better place,
Because in the end,it is not just about me,I carry a lot of impressions and expectations,of what a Muslim girl should be,
I am covered by the word "Islam" the moment I walk out of my door,So don't be selfish girl,
Can't you put behind your heart's desire for something worth fighting for?
Love is all it takes.Love.
InshaAllah
Posted by anis najwan nazri at 11:41 PM 0 comments
Posted by anis najwan nazri at 4:55 PM 1 comments
Hanya Kata-Kata
Sukar apabila perlu bermain dengan kata-kata. Ada yang mengatakan kata-kata adalah perkataan yang mempunyai kuasa yang lebih hebat daripada tindakan fizikal. Kata-kata mampu mengubah fantasi menjadi realiti. Kata-kata juga mampu membinasakan dan menghancurkan. Kata-kata juga juga boleh menukar zaman kegelapan kepada ketamadunan. Kata-kata mampu mencantumkan tali ukhwah, kata-kata juga mampu memisahkan saudara. Kata-kata adalah cerminan hati. Ada manusia berkata-kata dengan lidah, ada manusia berkata-kata dengan tulisan, ada juga manusia yang berkata-kata menggunakan mata dan pergerakan fizikalnya.
Kata-kata...
Posted by anis najwan nazri at 4:46 PM 0 comments
Saturday, December 11, 2010
SPM dan mereka
Aku melihat ke luar jendela. Kelihatan beberapa budak sekolah sedang menunggang motosikal. pada wajah mereka terpancar sejuta kebahagiaan. Kertas terakhir SPM barangkali. "MERDEKA!" Salah seorang dari mereka menjerit dan disambut oleh gelak tawa dari rakan-rakan yang lain. Salah seorang daripada mereka mungkin terlebih gembira sehingga sanggup membuat aksi "whillee" menggunakan motosikalnya. Bahagia sungguh mereka. Satu beban besar sudah terlepas. Tetapi aku tertanya, adakah sorakan segembira ini juga akan dilaungkan apabila menatap slip keputusan kelak? Bukan aku mendoakan yangg tidak baik, aku hanya terkesan dengan sikap mereka sahaja. Untuk seronok tidak salah tetapi janganlah sampai kita lupa pada akhirat.Aku juga begitu dahulu. Amat seronok dan bahagia yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. SPM sudah berakhir. Apapun, moga harapan kalian pada ALLAH tidak goyah dan moga kalian mendapat keputusan yang baik. Amin.
Posted by anis najwan nazri at 4:26 PM 0 comments
