Bila rasa sayang mula mekar di hati, harumannya semerbak kasturi. Mungkin lebih harum dari itu. Makin lama makin sebati dalam hati.
Hanya sekeping hati yang kecil yang dihiasi dengan S.A.Y.A.N.G. Sayang untuk semua. Rasa sayang yang amat sukar dikikis. Kerna rasa sayang ini diukir dengan dalam sekali. Amat dalam.
Biarpun bentuknya tiada tetapi harumannya kekal di situ. Di hati kecil ini.
Aku merindui kalian kerana SAYANG
Aku bahagia bersama kalian kerana SAYANG
Aku sukar melepaskan kalian kerana SAYANG
Biarpun kadang kala SAYANG ini teruji hebat
Aku tetap SAYANG kalian.
0 comments:
Post a Comment