? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Followers

Saturday, November 13, 2010

13 November


Bermula dengan 13 November 1989.Tepat jam 5.55 pagi, aku dilahirkan. Ibu menjerit kesakitan, aku menangis ketakutan. Dalam dakapan ibu aku mendapat kedamaian. Ayah yang penyayang, ibu yang perihatin. Anak kecil dibelai manja kerana diriku adalah hadiah perkahwinan dari Allah buat mereka.


Hari demi hari, tahun demi tahun. Aku melayari hidup yang biasa. Tiada lagi suapan manja dari ibu, tiada lagi kucupan sayang dari ayah. Aku sendiri. Sepi. 13 November tiada makna dalam diriku. Cemburu melihat adik merangkul ibu. Cemburu melihat ibu menyuap adik. Cemburu melihat ayah melebihkan adik. Hanya cemburu. Betapa aku amat merindui ucapan 'Selamat Hari Lahir' dari mereka yang aku sayang. Tetapi hampa. Aku menagis sendirian. Aku menanti ucapan dari mereka tapi tiada. Tiada yang ingat pada diriku. Aku mengintai-intai tiada lagikah kasih sayang untukku..


Satu hari, hatiku berdetik-jika kau mahu disayangi, kau perlu menyayangi. Ya, aku perlu menyayangi. Kenapa mengharapkan sayang jika diri sendiri kikir dengan sayang. Aku mula mengorak langkah. Menghadiahkan kad ucapan "Selamat Hari Lahir Ibu" buat pertama kalinya. Kerana malu aku terus lari bersembunyi didalam bilik sambil mengintai dari lubang kecil. Ayah mula mengusik ibu. Ibu pula mungkin rasa malu dengan usikan ayah bersama ego tidak suka diusik begitu, melemparkan kad itu ke lantai. Helaian kertas adalah hatiku, dicampak kelantai begitu saja. Malam itu tidurku diiringu tangisan. Aku tiada erti pada mereka. Namun, tanpa aku sedar, ibu mengutip kembali kad itu. Ibu menangis dan mencium kad yang buruk itu. Ibu mengukir senyuman. Ibu masuk ke kamarku, mencium pipiku. Aku masih merasakan lagi hangatnya ciuman itu. Terima kasih ibu..


Hari ini, 13 November merupakan hari yang bermakna bagiku. Sangat bahagia. Tidakku sangka rencana Allah itu sangat hebat. Dalam satu program motivasi, aku bertemu dengan seorang adik yang mukanya amat mirip dengannku. Melihat dirinya bagaikan melihat diriku yang dulu. Ibarat tayangan video tentang diriku yang dulu. Memang mirip. Amat. Tetapi terkilan, aku tidak sempat bertegur sapa dengannya. Moga dia menjadi lebih baik dariku. Dan pada hari ini, aku ketemu pula dengan seseorang yang banyak persamaannya denganku. Memimpin usrah yang sama, memiliki cincin ibu yang serupa dan berkongsi tarikh lahir yang sama. Rencana Allah amat hebat! Ayah dan ibu pula pasti akan menjadi orang yang pertama mengucapkan 'Selamat Hari Lahir Kakak'. Paling awal, seminggu sebelum hari lahirku. Sahabat-sahabat pula tidak pernah lupa tarikh ini. Adik-adik juga bersorak gembira. Biarpun hanya ucapan tapi aku bahagia. Amat. Syukur Ya ALLAH, diatas kasih sayang ini.


Ya Allah, diriku membuka ruang untuk menyayangi hanya sekali tetapi imbalan kasih sayang yang Kau balas terlalu banyak untuk diriku. Memang benar, kita perlu menyayangi untuk disayangi. Alhamdulillah...


Aku bahagia bersama mereka yang kusayang.

Thursday, November 11, 2010

Hakikat Kehidupan

"Jika kamu tidak disibukkan dengan kebaikan maka kamu akan disibukkan dengan kebatilan. Kebatilan akan mendekatkan kamu dengan syaitan."
Lama aku berfikir. Merenung maksud kata-kata itu.
Benarlah kata orang: "Jika kita dapat sesuatu maka kita akan kehilangan sesuatu."
Kita dapat baju, kita hilang duit. Kita dapat kenyang, kita hilang makanan. Pendek kata itulah sunnatullah kehidupan. Ironinya, masih ramai yang ingin menentang arus. Tidak pelik.
"Only dead fish swims with the stream."
Hmm...tapi kata-kata itu boleh ditafsirkan dengan makna yang berbeza...itulah manusia, kita sentiasa percaya yang kita ini yang paling hebat. Maka setiap orang ingin mengeluarkan pendapat. Itu tidak mengapa. Yang malangnya setiap orang tidak ingin dikritik. Semacam dia yang maha hebat. Tidak ada cacat dan cela!
Tafsiran akal itu datangnya dari paradigma kita. Paradigma itu mudahnya kita ertikan sebagai cara pandang. Cara pandang kita menentukan apa yang kita dapat. Jadi paradigma yang betul akan melahirkan cara pandang yang tepat. Persoalannya mana satukah paradigma yang tepat?
Seorang pengguna iPhone tatkala mengalami masalah dengan iPhone canggihnya pasti akan mencari mereka yang serba tahu tentang iPhone. Tidak akan dicarinya seorang doktor perubatan kerana ubatnya bukan disitu.
Manusia pun sebegitu. Membina paradigma yang betul memerlukan kepada rujukan yang betul. Rujukan yang salah memang masalah! Maka rujukan kita penduduk dunia pastinya Al-Quran yang didalamnya terkandung manual untuk ke syurga dan jalan ke neraka. Pilih dan nikmati hasilnya =)
"Islam itu mudah tapi bukan untuk dipermudahkan," masih terngiang-ngiang pesanan yang acapkali disebutkan kepadaku.
"Antara fatwa dan takwa, awak pilih yang mana?" Soalan yang menutup bicara ku petang itu. Sungguh dunia ini tempat melakukan amalan sedang akhirat tempat kita menikmati ganjaran.

Sunday, November 7, 2010

kepada insan yang dijanjikan ALLAH untukku


Meskipun ku masih menanti

siapapun insan ini

ku harap ALLAH memberi cahaya menerangi jiwamu

walau dimanapun kau berada

kuharap ALLAH membuka lorong-lorong kebaikan untukmu

kuharap ALLAH membasahkan bibirmu mengalunkan ayat cinta pada-Nya

kuharap ALLAH meringankan kakimu melangkah ke rumah-Nya

kuharap ALLAH melindungimu dari sebarang bahaya

walau seberatmanapun rencana ALLAH untukmu

kuharap ALLAH tetap melindungi imanmu

kuharap ALLAH memelihara hatimu dan hatiku

sehingga tiba saatnya kita halal bersama

cukuplah ALLAH sebagai pelindung untukmu.

Monday, November 1, 2010

esok EXAM!!

dear myself,
esok sudah exam. paper Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Sangat stress membaca. Sangat stress bila selalu ngantuk. bertambah stress bila perut selalu lapar. I think I already transform to a zombie after I ate all my food stock!Great. That's mean I have to spend my money again to by a new stock.what a life..

dear myself,
you will have three paper in a row to cram of. very heavy subjects kot... CALCULUS! I'm dead. Nasib la. This is your choice. So, take it. There's no turning back for you now. Want to run away??? Face your DAD n MAMA first! woow..i rather sit for the exam. hope i can manage all this.

kenapa lambat sangat nak cuti neh...

Ya Allah, hamba memohon cukupkanlah masaku. Kuatkanlah ingatanku dan permudahkanlah bagiku. Amin.

Wednesday, October 27, 2010

Maafkan Daku

Pernah suatu ketika diri ini membuat keputusan yang salah.
Sangkaanku jika mereka bersama dengan pembimbing yang lebih mahir, jiwa mereka lebih cepat berkembang semekar mawar merah dewasa.
Sangkaanku, jika mereka mendapat penjaga yang lebih banyak pengalaman, hati mereka akan lebih terbuka pada cahaya Ilahi.
Sangkaanku, jika mereka disirami ilmu oleh penyiram yang setia, mereka akan menghasilkan benih yang cepat bercambah.
Aduh, lemahnya diri ini.
Andai sahaja jika iman ini kuat ketika itu. andai sahaja jika semangat ini tidak lentur sebegitu rupa.
Tidakku sangka benih-benih yang ku tinggalkan bersama harapan yang menggunung hilang puncanya.
Maafkan diri ini kerana buta pada bebanan yang kalian rasai.
Begitu lama masa berlalu kita hidup dengan memendam rasa, senyum diukir tetapi berdarah di dalam.
Tawa dilontar tetapi menikam di dalam.
If only I have the chance to turn back the time...
Namun, syukur pada Ilahi kerana membuka tirai pada kita untuk mengintai hati masing-masing.

Ya Allah, hamba mohon keampunan dari-Mu diatas kelalaian ini.
Ya Allah, hamba mohon supaya diberi kesempatan untuk menebus kesalahan ini biarpun sekali.
Ya Allah, hamba mohon teguhkanlah hati mereka seteguh rantaian-rantaian besi di laut dalam.
Ya Allah, hamba mohon supaya kami tetap kuat berdiri diatas jalan-Mu walaupun terpaksa berseorangan.

Sunday, August 29, 2010

Cinta Bertasbih atau Bertasbihkan Cinta?

" Kami sudah bercinta 3 tahun, tapi tak sampai 5 bulan berkahwin dia tiba-tiba berubah menjadi panas baran. sedangkan waktu bercinta dulu dia tak pun macam ni.."
"Ini kerana awak mungkin bercinta tapi tak kenal."
"Dah 3 tahun bercinta takkanlah saya tak kenal lagi?"
"Kenal dengan AKAL dan HATI. Mungkin semasa bercinta awak kurang guna akal dan hati, hanya guna nafsu dan emosi."

Secara tabiinya, kita perlu KENAL DULU BARU CINTA tetapi kini ramai yang cinta dulu baru kenal. Tidak mengapa kalau kita berkenalan dahulu, mempercepatkan proses perkahwinan dan kemudian bercinta.

Untuk kenal orang baik, perlulah menerusi orang yang baik. Hanya orang baik yang akan mengenal orang baik yang lain. Orang yang BAIK akan melamar orang yang BAIK untuk orang yang BAIK.

Tidak mengapa kalau tidak dimulai dengan percintaan tapi mesti didahului oleh satu perkenalan. CINTA ITU BUKAN TUJUAN TAPI HANYA JALAN. Bukan ada satu jalan untuk mencapai tujuan...ada berbagai jalan. INGATLAH, HATI-HATI YANG MENGINGATI YANG SATU AKAN MUDAH BERSATU!

Hendak membuat pilihan kita mesti kenal bagaimana tahap beragamanya, bila sudah kenal, berkahwinlah. Insya Allah nanti cinta akan menyusul. Bukan cinta, kemudian kahwin baru kenal...

Sungguh indah bila CINTA BERTASBIH (memuji ALLAH). Yakni bila cinta tunduk kepada kehendak ALLAH. Tetapi kini terbalik, manusia menukar tujuan apabila BERTASBIHKAN CINTA - lalu hendak ALLAH tunduk kepada cinta!

TEGASNYA, tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan 'maklumat' tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan yang BERTASBIHKAN CINTA. Nanti bukan maklumat yang dapat, tapi maksiat. Cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan yang sama seperti cinta selepas kahwin. Ruangnya begitu terhad untuk membuktikan kecintaan.

APABILA SESEORANG MENCINTAI KEKASIHNYA MELEBIHI CINTAKAN ALLAH, MAKA MUDAHLAH HUKUM ALLAH DILANGGAR. Kerana kekasih ALLAH tersisih.

Carilah CINTA YANG BERTASBIH bukan yang BERTASBIHKAN CINTA.

Friday, August 20, 2010

Hadiah Ramadhan kali ini

Ramadhan kali ini sungguh bermakna. Allah menghadiahi diriku dengan nikmat yang tidak terhingga. Mengenali dirinya mengajarku seribu erti. Membuatkan aku sentiasa merenung diri. Aku mahu menjadi sepertinya. Seorang yang penuh ilmu dan bahasa. Itulah adik usrahku yang sentiasa mewangi di hati ini. Indahnya ukhwah di jalan Allah ini.

Masa yang terlalu cemburu melihat kami bersama ketika di institut membuatku ingin mencuri masa dengannya. Mahu bergelak ketawa bersama, berkongsi idea dan rasa.Keinginannya pulang ke kampung bersama, membuatku terlonjak gembira tidak terkata. Dia sudi meluangkan masa di rumah usangku.

Tidakku sangka, keinginannya membawa seribu makna. Nenek yang selalu hilang selera makan, sangat berbeza ketika dia bersama. Makan dengan penuh selera. Aku bersyukur. Nenek melayannya ibarat cucu sendiri. Adik-adikku manja dengannya. Menghargai kehadirannya. Ketika mahu kembali ke institut, kembali ke dunia yang penuh dengan kerja, nenek menangis hiba. Adik pula terlena di pangkuannya. Sungguh sayu hati ini. Tahun depan kita tidak dapat bersua lagi. Begitu juga tahun seterusnya. Namun, kasih sayang dan cinta ini tidak pernah luput walaupun kau tiada di depan mata.

Kejarlah cita-citamu. Cedoklah selautan ilmu dan pengalaman di sana. Insya Allah, doamu untuk kebahagianku akan ku genggam erat. Moga Allah memberkati. Amin.