" Kami sudah bercinta 3 tahun, tapi tak sampai 5 bulan berkahwin dia tiba-tiba berubah menjadi panas baran. sedangkan waktu bercinta dulu dia tak pun macam ni.."
"Ini kerana awak mungkin bercinta tapi tak kenal."
"Dah 3 tahun bercinta takkanlah saya tak kenal lagi?"
"Kenal dengan AKAL dan HATI. Mungkin semasa bercinta awak kurang guna akal dan hati, hanya guna nafsu dan emosi."
Secara tabiinya, kita perlu KENAL DULU BARU CINTA tetapi kini ramai yang cinta dulu baru kenal. Tidak mengapa kalau kita berkenalan dahulu, mempercepatkan proses perkahwinan dan kemudian bercinta.
Untuk kenal orang baik, perlulah menerusi orang yang baik. Hanya orang baik yang akan mengenal orang baik yang lain. Orang yang BAIK akan melamar orang yang BAIK untuk orang yang BAIK.
Tidak mengapa kalau tidak dimulai dengan percintaan tapi mesti didahului oleh satu perkenalan. CINTA ITU BUKAN TUJUAN TAPI HANYA JALAN. Bukan ada satu jalan untuk mencapai tujuan...ada berbagai jalan. INGATLAH, HATI-HATI YANG MENGINGATI YANG SATU AKAN MUDAH BERSATU!
Hendak membuat pilihan kita mesti kenal bagaimana tahap beragamanya, bila sudah kenal, berkahwinlah. Insya Allah nanti cinta akan menyusul. Bukan cinta, kemudian kahwin baru kenal...
Sungguh indah bila CINTA BERTASBIH (memuji ALLAH). Yakni bila cinta tunduk kepada kehendak ALLAH. Tetapi kini terbalik, manusia menukar tujuan apabila BERTASBIHKAN CINTA - lalu hendak ALLAH tunduk kepada cinta!
TEGASNYA, tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan 'maklumat' tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan yang BERTASBIHKAN CINTA. Nanti bukan maklumat yang dapat, tapi maksiat. Cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan yang sama seperti cinta selepas kahwin. Ruangnya begitu terhad untuk membuktikan kecintaan.
APABILA SESEORANG MENCINTAI KEKASIHNYA MELEBIHI CINTAKAN ALLAH, MAKA MUDAHLAH HUKUM ALLAH DILANGGAR. Kerana kekasih ALLAH tersisih.
Carilah CINTA YANG BERTASBIH bukan yang BERTASBIHKAN CINTA.
Sunday, August 29, 2010
Cinta Bertasbih atau Bertasbihkan Cinta?
Posted by anis najwan nazri at 11:12 PM 0 comments
Friday, August 20, 2010
Hadiah Ramadhan kali ini
Ramadhan kali ini sungguh bermakna. Allah menghadiahi diriku dengan nikmat yang tidak terhingga. Mengenali dirinya mengajarku seribu erti. Membuatkan aku sentiasa merenung diri. Aku mahu menjadi sepertinya. Seorang yang penuh ilmu dan bahasa. Itulah adik usrahku yang sentiasa mewangi di hati ini. Indahnya ukhwah di jalan Allah ini.
Masa yang terlalu cemburu melihat kami bersama ketika di institut membuatku ingin mencuri masa dengannya. Mahu bergelak ketawa bersama, berkongsi idea dan rasa.Keinginannya pulang ke kampung bersama, membuatku terlonjak gembira tidak terkata. Dia sudi meluangkan masa di rumah usangku.
Tidakku sangka, keinginannya membawa seribu makna. Nenek yang selalu hilang selera makan, sangat berbeza ketika dia bersama. Makan dengan penuh selera. Aku bersyukur. Nenek melayannya ibarat cucu sendiri. Adik-adikku manja dengannya. Menghargai kehadirannya. Ketika mahu kembali ke institut, kembali ke dunia yang penuh dengan kerja, nenek menangis hiba. Adik pula terlena di pangkuannya. Sungguh sayu hati ini. Tahun depan kita tidak dapat bersua lagi. Begitu juga tahun seterusnya. Namun, kasih sayang dan cinta ini tidak pernah luput walaupun kau tiada di depan mata.
Kejarlah cita-citamu. Cedoklah selautan ilmu dan pengalaman di sana. Insya Allah, doamu untuk kebahagianku akan ku genggam erat. Moga Allah memberkati. Amin.
Posted by anis najwan nazri at 8:10 PM 0 comments
Thursday, August 5, 2010
BIG a.k.a Lawatan Sambil Belajar : Taman Negara Pahang
02.07.10
Memulakan perjalanan dengan menaiki bas institut dan sebuah coaster seawal jam 6.30 pagi(spttnya awal lagi..)kebanyakan guru pelatih termasuk pensyarah memilih untuk tidur memandangkan perjalanan masih panjang.
selepas perhentian demi perhentian, belok ke kiri dan ke kanan, naik bukit dan turun bukit, akhirnya kami sampai juga ke taman negara. perjalanan yang hampir memakan masa selama 10 jam. sangat meletihkan.
apabila sampai, kami perlu pula berjalan kaki lebih kurang 300 meter ke motel yang telah ditempah. satu bilik dua orang. bilik ber'econ'. sesapa yang lebih bertuah dapan bilik berkipas. kaber pula paling berjaya membodek apabila tinggal sebilik bersama pensyarah En. Ong Lok Tong. calculus kaber confem sudah berada di aras yang selamat.
pada malamnya, kami menyertai nigth walk (berjalan dalam hutan malam2) untuk melihat binatang2 kecil dan berbahaya. binatang2 yang sempat ber'hai' dengan kumpulan kami ialah ular hijau yang melingkar atas daun yang betul2 atas kepala manusia yang lalu di bawahnya, kala jengking yang malu2 lari masuk dalam lubang, semut yang sangat besar(tak ingat namanya) yang makan bangkai, lipan gua yang sangat coklat warnanya, cicak yang bernilai beratus ribu ringgit(tak ingat nama). binatang lain yang tak sempat berjumpa sibuk dengan urusan peribadi.
03.07.10
jam 8.30 pagi, bergerak ke taman negara dengan menaiki sampan yang telah disediakan. abang guard kami(kump 4), abg penyu telah membawa kami mendaki bukit teresek yang jauhnya hampir2 5 kilometer. sambil2 berjalan sempat la berkenalan dengan tumbuhan2 baru dan binatang yang belum sempat berkenalan semalam.
perjalanan yang sangat memenatkan sangat2 berbaloi setelah sampai ke puncak. suasana yang tenang dan pemandangan ynag damai memang menyeronokkan. di puncak ini juga sempat berkenalan dengan Max dari England bersama ibunya.
bila turun pula agak mencabar kerana terpaksa menuruni bukit yang curam dengan tanah yang licin. memang terketar-ketar kaki nak melangkah. sampai separuh jalan, kami menunggu giliran untuk berjalan di atas kanopi(titi gantung). sambil2 menunggu, sempat la berknalan dengan seorang wanita dari Itali, namanya Pamela. happy to chat with you Pamela.
seterusnya berjalan atas kanopi sangat menggayatkan(actually tak ayat sangat pun..^_^).
memang best lah.
petangnya, dalam perjalan ke kg orang asli, kami ada aktiviti rapid shooting. ape itu rapid shooting? meh sini nak bgtau. kalau selalu org shoot guna pistol atau senapang atau sumpit tapi kitorang shoot guna perahu. jumlah perahu yang kami naik ialah 4. salah satu perahu akan berhenti di tengah2 sungai dan perahu yang lain akan shoot! haha, mmg mantap ah sapa2 yang tak basah. semangat sangat budak2 ni nak perang sampai hilang selipar n speck mata..huhu
setelah berkali-kali membalas serangan sehingga menyebabkan perahu yang kump 4 naiki hampir2 karam akhirnya kami sampai ke tempat yang ingin dituju, iaitu kg orang asli
dengan baju yang memang dah basah lencun, kami melawat orang asli. ingatkan asli yag dah maju sikit tapi ini memang asli yang pure asli lah. tinggal dalam pondok, makan makanan hutan, memburu dan macam2 lagi la. periuk belanga main campak kat luar je.mungkin diorang tak biasa guna kot.kaum lelaki mungkin dah maju skit kot. ada ynag pandai speaking lg..tapi diorang tanak sekolah, kesian kat anak2 yang tak tahu apa-apa itu..
kami belajar cara menghidupkan api dengan menggunakan kayu dan tali.
seterusnya kami semua belajar menggunakan sumpit. en nash paling menyerlah..hehe,tutor kami tu..
bila balik berperang lagi..pensyarah ke orang tua ke semua dibantai.adeh,letih aku..
malam buat barbeque..best main asap.
04.07.10
Balik.
(gambar kat atas ye..)
alhamdulillah,tahniah kepada sesiapa yang terlibat dalam pengurusan BIG kali ini ye..
Posted by anis najwan nazri at 5:53 PM 0 comments
Thursday, July 8, 2010
Tolong la, tolong la jawab soalan ini:
soalan pertama:
kenapa manusia diciptakan di dunia?
ok.kompem suma buleh jawab dengan excelentnya.
Firman Allah dalam surah Az-Zariat ayat 56:
"Tidak Aku cipta manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepada-Ku"
persoalannya disini, adakah sekadar mengetahui sahaja sudah cukup untuk menempah syurga di sana?kenapa hanya tahu tapi tidak pernah mengambil mengambil tahu atau peduli? don't u care enough for ur religion?well,think, think, and think...
soaln kedua:
sejauh manakah anda mengenal Tuhan anda?
jika anda mengenali Allah sedalam anda mengenali orang yang paling rapat dengan anda, syukur...anda adalah orang yang terpilih.
tetapi, jika anda mengenali Allah seperti anda mengenali rakan-rakan yang jauh dari anda, sekadar mengetahui nama, atau perkara2 yang ringkas sahaja...AWAS! Iman anda dalam BAHAYA! Please take emergency action! or else, you will collapes in the ocean of sins.
c'mon guys... Tuhan kita, takkan kita nak buat tak tahu saja. yes!lets change together. ^_^
soalan ketiga:
apakah sumbangan kita terhadap agama kita?
adakah ke arah yang lebih baik atau ke arah yang kurang baik?
cuba kita fikir...adakah perbuatan kita selama ini memberi tafsiran yang baik ttg islam atau sebaliknya. jika di depan anda sekarang ini adalah someone yang tak kenal islam, memerhatikan anda untuk sebulan, adakah dia akan nampak ttg indahnya islam atau lumpur2 yang melekat pada islam? ingat,lumpur kotor itu, anda yang calitkan.yang memberi tafsiran buruk ttg islam adalah anda.anda yang telah menjadi punca islam itu menjadi buruk! nauzubillah..moga2 kita tidak termasuk dalam golongan ini.amin.
sahabat-sahabat, jika tidak mampu untuk menyumbang ke arah kebaikan kepada Islam, janganlah kita menjadi sebahagian dari faktor2 yang menjatuhkan islam. jagalah maruah islam itu ibarat kita menjaga maruah keluarga kita.
ingat, the choice is in your hand, not others..
Posted by anis najwan nazri at 9:09 PM 0 comments
Wednesday, June 30, 2010
Wahai Insan, Dimana Letaknya Hatimu?
kdng-kadang pelik bila memikirkan bagaimana masalah ini boleh timbul. semakin disogok kemajuan semakin diragut nilai kemanusiaan. Mungkin ini kesannya apabila agama diamalkan separuh separuh.diambil bila perlu, dipegang bila bila terasa ada kepentingan, disisih bila menyusahkan.
Ingatlah, Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 85 bahawa manusia ynag mengambil sebahagian agama dan meninggalkan sebahagian yang lainnya akan ditimpa kehinaan di dunia dan azab di akhirat.
Ya ALLAH, bagaimana untuk kita terus hidup tenangdengan murka Allah?
Mengapa umat Islam yang ramai tidak mampu membentuk ummah yang kuat dari godaan dunia. mungkin ada yang berfikir:
1)'ah, ini kerja orang lain, dosa orang lain, aku tak perlu fikir'
2)'tak apalah, asalkan orang itu bukan famili aku'
3)'dah keadaan macam ni,apa yang aku boleh buat lagi?'
perlu diingat bahawa kita perlu melakukan sesuatu mengikut kemampuan kita. sekurang kurangnya berdoalah:
"Ya ALLAH, hamba memohon kepada-Mu, kembalikanlah ummah ini ke jalan-Mu"
Adakah dengan doa yang secebis ini pun tidak mampu kita lakukan? Perlukah kita menjadi hamba Allah yang hanya berdoa untuk kesejahteraan diri sendir sahaja? Kita tidak dicipta Allah untuk hidup berseorangan. Kita wujud didunia ini sebagai satu ummah.Berdoalah!
sama-samalah kita memperbaiki diri agar Islam tidak tersungkur disebabkan umatnya sendiri.
Posted by anis najwan nazri at 8:25 PM 0 comments
Tuesday, June 29, 2010
tension menguji kesabaran
semalam punyalah bersemangat mengedit gambar makcik2 sya yang baru kawen itu.dah dua tiga jam mengadap laptop tu, akhirnya gambar itu siap juga diedit.tinggal untuk sentuhan terakhir je.tiba2, 'plup!',letrik putus la plak..aduih tension betoi.gambar tak sempat nak save...tapi takpe..tak stress sangat.hari esok masih ada..
tibalah hari yang ditunggu iaitu hari ini..dah 2 jam mgadap laptop mengedit gambor, dah siap dah sume,tinggal nak save je,tiba2..........
Posted by anis najwan nazri at 9:52 AM 2 comments


