Hari Nakba (يوم النكبة, bermaksud "hari kecelakaan") merujuk kepada hari memperingati pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin oleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 700,000 warga Palestin menjadi pelarian. Hari ini disambut pada 15 Mei setiap tahun, iaitu satu hari selepas perisytiharan penubuhan negara Israel dan hari berakhirnya mandat Britain di Palestin pada tahun 1948.Hari ini pelarian Palestin atau keturunan mereka dianggarkan berjumlah lebih 4 juta orang.
Pelarian Palestin pada tahun1948
sampai saat ini rakyat Palestina masih dijajah dan ditindas secara keji
oleh zionis Israel. Dan sejak pengusiran pada tanggal 15 Mei 1948
hak-hak rakyat Palestina diragut, termasuk hak untuk mendapatkan air
bersih dan kehidupan yang layak. Berbeza pula bagi zionis israel, mereka menjadikan tarikh ini sebagai hari kemerdekaan mereka. Memang kejam! Mereka menyambut ulang tahun kelahiran di atas tanah dan darah rakyat palestin. Mereka bermaharajalela di atas bumi palestin sedangkan rakyat palestin diusir dari rumah sendiri dan dibiarkan terbuang begitu saja ibarat sampah yang tidak bernilai.
Cuba bayangkan selama 64 tahun rakyat palestin menjadi pelarian dalam negara sendiri. Ibarat menjadi arga asing di dalam rumah sendiri sedangkan orang asing yang menceroboh rumah tersebut diangkat sebagai hero di mata dunia. Mereka terpaksa mempertahankan diri. Kanak-kanak menjadi lebih dewasa daripada umurnya. Mereka tidak pernah tua kerana syahid di usia muda. Betapa hebat rijal-rijal yang terbentuk disana, amat memalukan untuk dibanding dengan anak muda kita di Malaysia.
Tolonglah rakan-rakan sekalian..tolonglah pandang dengan sepenuh rasa tanggungjawab pada hari nakbah ini. Jangan dilupakan tarikh ini. Tanah umat islam kita dirampas. Ibarat ahli keluarga yang dirampas lalu dirogol tanpa terbela.kita di sini banyak melupakan hari bencana lalu membiarkan tanah palestin terus dicabul. 64 TAHUN DICABUL!!! Kita hendak mengatakan kepada dunia bahwa pendirian dan kemerdekaan
Negara Israel tidak sah karena dilakukan dengan penjajahan tanah,
Pengusiran dan pembantaian terhadap rakyat Palestina. Dengan itu
selamanya zionis Israel tidak akan dapat merasakan kenikmatan dalam
merayakan kemerdekaannya karena selalu diganggu isu tentang Palestina.
Semoga dengan peringatan Yaum al-Nakba (Hari Bencana) Palestina dapat
selalu mengaburkan kemerdekaan Israel sehingga tidak ada satupun orang
berakal di atas dunia ini yang mengakui kemerdekaannya.
Semoga dari peringatan Yaum al-Nakba Palestina ini akan lahir gerakan
besar dalam upaya Pembebasan bangsa Palestina. Alangkah mulianya jika
masyarakat dunia bergerak bersama, memperingati Yaum al-Nakba ini secara
serentak dengan turun ke jalan-jalan dan mendesak pemerintahnya agar
segera membantu dan mengakui keberadaan Negara Palestina dan
mengembalikan hak-hak rakyat Palestina.
Dan rakan-rakan sekalian..marilah kita menyokong tuntutan banduan palestin yang ditawan tanpa kesalahan. mereka menuntut supaya tidak dipisahkan sel-sel penjara dan peluang untuk menemui keluarga. Cuba bayangkan duduk di penjara tapi tiada siapa yang boleh melawat dan ditinggalkan di sel2 yang gelap tanpa cahaya. Sokonglah dan berdoalah. memang kita tidak mampu mengangkat senjata seperti mereka. kepentingan kita di sini ialah dengan tidak melupakan mereka. Berdoalah kerana doa adalah jambatan kasih sayang kita dengan mereka. Allah mendegar doa kita. dan ingatlah tajamnya doa ini sehingga mampu menggetarkan jiwa-jiwa kotor zionis yang kejam itu.
SAVE OUR PALESTINE.
0 comments:
Post a Comment