? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Followers

Sunday, February 5, 2012

Maulidur Rasul

++ Bismillahirrahmanirrahim ++



Assalamualaikum dan salam Maulidur Rasul...

Hari ini tanggal 12 Rabiul Awal 1433 H, rata-rata tempat meriah dengan sambutan Maulidur Rasul. Membuat perarakan dari satu tempat ke satu tempat sambil berselawat. Ramai umat Nabi Muhammad s.a.w akan turun padang untuk menyertai perarakan tersebut dengan pakaian yang cantik, songgok hitam dan sampin yang berkilat warnanya, dilengkapi lagi dengan kain rentang dan bunga maggar yang pelbagai warna. Tidak kira tua atau muda, berbaju melayu atau kurung, bertudung sempurna atau tidak, berambut pendek atau panjang mengurai. Semuanya sanggup bersama-sama berarak Maulid Nabi.

Paling tersentuh dengan suara kanak-kanak yang lantang berselawat sambil berarak. Biar panas menggigit diri, biar lencun bermandi peluh, semangat mereka masih utuh. Alangkah bagus jika anak-anak remaja di belakang mereka turut sama merasai semangat tersebut.

Tetapi itulah kita, umat Nabi Muhammad akhir zaman. Cinta kita pada nabi hanya mampu bertahan untuk 3 jam sahaja. Selesai perarakan dan selawat, semua sudah hilang memburu kerja masing-masing.

Jika kata cinta di mana buktinya?
Cukupkah sekadar berselawat sepanjang perarakan dan kemudian berhenti?
Di mana akhlak nabi yang sepatutnya perlu kita amalkan sepanjang 24/7 kita?
Di mana selawat untuk nabi sepanjang seharian kita meniti hidup ini?
Bukankah cara hidup nabi adalah cara hidup manusia, umat Islam?

Jika benar cinta maka buktikanlah pada lahiriah diri.
Janganlah lari dari majlis ilmu.
Janganlah mengunci mulut untuk bercakap perkataan yang baik.
Teruskanlah perbuatan yang baik.
Majukanlah amalan yang baik.
Ikatlah hati ini dengan tarbiyah sebelum hati tertarik pada jahiliyah.

0 comments: