? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Followers

Monday, December 26, 2011

Bumi Makin Tua, Kita juga Turut Bersama

Pejam celik pejam celik tiba tiba hampir melangkah ke tahun 2012. Tahun yang bakal menuntut banyak pengorbanan. Tahun akhir untuk bergelar pelajar. Sekejap betul masa berlalu. Ok,cerita untuk tahun depan tunggu tahun depan baru cerita.


Sekarang saya mahu coretkan suka duka sepanjang perjalanan 2011. 2011, tahun yang sangat mencabar kreabiditi diri sebagai hamba Allah. Cabarannya mampu mengalahkan cabaran tahun yang lainnya. Tahun ini banyak ketawa, seiring dengan banyaknya air mata yang mengalir. Tahun ini paling banyak mengajar tentang makna ukhwah sesama manusia, tentang rendah diri sebagai hamba Allah, tentang tanggungjawab sebagai seorang khalifah. Harapnya saya lebih banyak bersyukur daripada merungut. Bukankah ini semua ini ragam kehidupan. Smile!

Tetapi, cerita penghujung tahun 2011 lain pula cabarannya. Cabaran untuk menjadi anak yang baik, kakak yang bertanggungjawab, hamba yang solehah, dan guru yang berdedikasi.

Jika sebelum ini sibuk berulang alik mengajar tuisyen dan bertungkus lumus mengecat rumah, kini saya berada di restoran milik Mak Tam. Sengaja mahu mencari pengalaman baru di kedai makan. Seronok juga melayan karenah pelanggan yang pelbagai dan pengalaman membancuh air yang kaw kaw.Tapi dapat tolong sekejap saja....

2011, juga membawa luka yang agak dalam. Orang kata berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga insan yang Allah pilih untuk memikulnya tidak terasa terbeban seorang diri. Kami semua ada untuk bersama-sama. Kami semua turut merasai kesedihan tersebut. Kami turut menangis bila dia menangis. Betapa suramnya keadaan insan tersebut turut dirasai oleh kereta kesanyannya. Lekuk di sana, lekuk di sini. Tak terurus, kotor, berbekas dengan debu dan mengelupas sana sini. Itu hanya apa yang kami nampak pada pandangan mata kasar kami. Pandangan kami tak mampu untuk menembus lebih dalam untuk merasai segala pahit yang dia rasa. Memang segala yang berlaku merentap hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Allah telah memilih dia, jadi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuknya.

sadness, girl, lonely

Harap-harap perjalan tahun depan lebih mudah dari tahun ini. Lebih kuat dari tahun ini dan lebih banyak amal dari sebelum ini.


0 comments: