Aku melihat ke luar jendela. Kelihatan beberapa budak sekolah sedang menunggang motosikal. pada wajah mereka terpancar sejuta kebahagiaan. Kertas terakhir SPM barangkali. "MERDEKA!" Salah seorang dari mereka menjerit dan disambut oleh gelak tawa dari rakan-rakan yang lain. Salah seorang daripada mereka mungkin terlebih gembira sehingga sanggup membuat aksi "whillee" menggunakan motosikalnya. Bahagia sungguh mereka. Satu beban besar sudah terlepas. Tetapi aku tertanya, adakah sorakan segembira ini juga akan dilaungkan apabila menatap slip keputusan kelak? Bukan aku mendoakan yangg tidak baik, aku hanya terkesan dengan sikap mereka sahaja. Untuk seronok tidak salah tetapi janganlah sampai kita lupa pada akhirat.Aku juga begitu dahulu. Amat seronok dan bahagia yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. SPM sudah berakhir. Apapun, moga harapan kalian pada ALLAH tidak goyah dan moga kalian mendapat keputusan yang baik. Amin.
Saturday, December 11, 2010
Saturday, November 13, 2010
13 November
Posted by anis najwan nazri at 8:36 AM 2 comments
Thursday, November 11, 2010
Hakikat Kehidupan
"Jika kamu tidak disibukkan dengan kebaikan maka kamu akan disibukkan dengan kebatilan. Kebatilan akan mendekatkan kamu dengan syaitan."
Lama aku berfikir. Merenung maksud kata-kata itu.
Benarlah kata orang: "Jika kita dapat sesuatu maka kita akan kehilangan sesuatu."
Kita dapat baju, kita hilang duit. Kita dapat kenyang, kita hilang makanan. Pendek kata itulah sunnatullah kehidupan. Ironinya, masih ramai yang ingin menentang arus. Tidak pelik.
"Only dead fish swims with the stream."
Hmm...tapi kata-kata itu boleh ditafsirkan dengan makna yang berbeza...itulah manusia, kita sentiasa percaya yang kita ini yang paling hebat. Maka setiap orang ingin mengeluarkan pendapat. Itu tidak mengapa. Yang malangnya setiap orang tidak ingin dikritik. Semacam dia yang maha hebat. Tidak ada cacat dan cela!
Tafsiran akal itu datangnya dari paradigma kita. Paradigma itu mudahnya kita ertikan sebagai cara pandang. Cara pandang kita menentukan apa yang kita dapat. Jadi paradigma yang betul akan melahirkan cara pandang yang tepat. Persoalannya mana satukah paradigma yang tepat?
Seorang pengguna iPhone tatkala mengalami masalah dengan iPhone canggihnya pasti akan mencari mereka yang serba tahu tentang iPhone. Tidak akan dicarinya seorang doktor perubatan kerana ubatnya bukan disitu.
Manusia pun sebegitu. Membina paradigma yang betul memerlukan kepada rujukan yang betul. Rujukan yang salah memang masalah! Maka rujukan kita penduduk dunia pastinya Al-Quran yang didalamnya terkandung manual untuk ke syurga dan jalan ke neraka. Pilih dan nikmati hasilnya =)
"Islam itu mudah tapi bukan untuk dipermudahkan," masih terngiang-ngiang pesanan yang acapkali disebutkan kepadaku.
"Antara fatwa dan takwa, awak pilih yang mana?" Soalan yang menutup bicara ku petang itu. Sungguh dunia ini tempat melakukan amalan sedang akhirat tempat kita menikmati ganjaran.
Posted by anis najwan nazri at 8:43 PM 2 comments
Sunday, November 7, 2010
kepada insan yang dijanjikan ALLAH untukku
Posted by anis najwan nazri at 3:06 PM 2 comments
Monday, November 1, 2010
esok EXAM!!
dear myself,
esok sudah exam. paper Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Sangat stress membaca. Sangat stress bila selalu ngantuk. bertambah stress bila perut selalu lapar. I think I already transform to a zombie after I ate all my food stock!Great. That's mean I have to spend my money again to by a new stock.what a life..
dear myself,
you will have three paper in a row to cram of. very heavy subjects kot... CALCULUS! I'm dead. Nasib la. This is your choice. So, take it. There's no turning back for you now. Want to run away??? Face your DAD n MAMA first! woow..i rather sit for the exam. hope i can manage all this.
kenapa lambat sangat nak cuti neh...
Ya Allah, hamba memohon cukupkanlah masaku. Kuatkanlah ingatanku dan permudahkanlah bagiku. Amin.
Posted by anis najwan nazri at 1:48 PM 1 comments
Wednesday, October 27, 2010
Maafkan Daku
Pernah suatu ketika diri ini membuat keputusan yang salah.
Sangkaanku jika mereka bersama dengan pembimbing yang lebih mahir, jiwa mereka lebih cepat berkembang semekar mawar merah dewasa.
Sangkaanku, jika mereka mendapat penjaga yang lebih banyak pengalaman, hati mereka akan lebih terbuka pada cahaya Ilahi.
Sangkaanku, jika mereka disirami ilmu oleh penyiram yang setia, mereka akan menghasilkan benih yang cepat bercambah.
Aduh, lemahnya diri ini.
Andai sahaja jika iman ini kuat ketika itu. andai sahaja jika semangat ini tidak lentur sebegitu rupa.
Tidakku sangka benih-benih yang ku tinggalkan bersama harapan yang menggunung hilang puncanya.
Maafkan diri ini kerana buta pada bebanan yang kalian rasai.
Begitu lama masa berlalu kita hidup dengan memendam rasa, senyum diukir tetapi berdarah di dalam.
Tawa dilontar tetapi menikam di dalam.
If only I have the chance to turn back the time...
Namun, syukur pada Ilahi kerana membuka tirai pada kita untuk mengintai hati masing-masing.
Ya Allah, hamba mohon keampunan dari-Mu diatas kelalaian ini.
Ya Allah, hamba mohon supaya diberi kesempatan untuk menebus kesalahan ini biarpun sekali.
Ya Allah, hamba mohon teguhkanlah hati mereka seteguh rantaian-rantaian besi di laut dalam.
Ya Allah, hamba mohon supaya kami tetap kuat berdiri diatas jalan-Mu walaupun terpaksa berseorangan.
Posted by anis najwan nazri at 12:05 AM 0 comments
Sunday, August 29, 2010
Cinta Bertasbih atau Bertasbihkan Cinta?
" Kami sudah bercinta 3 tahun, tapi tak sampai 5 bulan berkahwin dia tiba-tiba berubah menjadi panas baran. sedangkan waktu bercinta dulu dia tak pun macam ni.."
"Ini kerana awak mungkin bercinta tapi tak kenal."
"Dah 3 tahun bercinta takkanlah saya tak kenal lagi?"
"Kenal dengan AKAL dan HATI. Mungkin semasa bercinta awak kurang guna akal dan hati, hanya guna nafsu dan emosi."
Secara tabiinya, kita perlu KENAL DULU BARU CINTA tetapi kini ramai yang cinta dulu baru kenal. Tidak mengapa kalau kita berkenalan dahulu, mempercepatkan proses perkahwinan dan kemudian bercinta.
Untuk kenal orang baik, perlulah menerusi orang yang baik. Hanya orang baik yang akan mengenal orang baik yang lain. Orang yang BAIK akan melamar orang yang BAIK untuk orang yang BAIK.
Tidak mengapa kalau tidak dimulai dengan percintaan tapi mesti didahului oleh satu perkenalan. CINTA ITU BUKAN TUJUAN TAPI HANYA JALAN. Bukan ada satu jalan untuk mencapai tujuan...ada berbagai jalan. INGATLAH, HATI-HATI YANG MENGINGATI YANG SATU AKAN MUDAH BERSATU!
Hendak membuat pilihan kita mesti kenal bagaimana tahap beragamanya, bila sudah kenal, berkahwinlah. Insya Allah nanti cinta akan menyusul. Bukan cinta, kemudian kahwin baru kenal...
Sungguh indah bila CINTA BERTASBIH (memuji ALLAH). Yakni bila cinta tunduk kepada kehendak ALLAH. Tetapi kini terbalik, manusia menukar tujuan apabila BERTASBIHKAN CINTA - lalu hendak ALLAH tunduk kepada cinta!
TEGASNYA, tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan 'maklumat' tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan yang BERTASBIHKAN CINTA. Nanti bukan maklumat yang dapat, tapi maksiat. Cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan yang sama seperti cinta selepas kahwin. Ruangnya begitu terhad untuk membuktikan kecintaan.
APABILA SESEORANG MENCINTAI KEKASIHNYA MELEBIHI CINTAKAN ALLAH, MAKA MUDAHLAH HUKUM ALLAH DILANGGAR. Kerana kekasih ALLAH tersisih.
Carilah CINTA YANG BERTASBIH bukan yang BERTASBIHKAN CINTA.
Posted by anis najwan nazri at 11:12 PM 0 comments
Friday, August 20, 2010
Hadiah Ramadhan kali ini
Ramadhan kali ini sungguh bermakna. Allah menghadiahi diriku dengan nikmat yang tidak terhingga. Mengenali dirinya mengajarku seribu erti. Membuatkan aku sentiasa merenung diri. Aku mahu menjadi sepertinya. Seorang yang penuh ilmu dan bahasa. Itulah adik usrahku yang sentiasa mewangi di hati ini. Indahnya ukhwah di jalan Allah ini.
Masa yang terlalu cemburu melihat kami bersama ketika di institut membuatku ingin mencuri masa dengannya. Mahu bergelak ketawa bersama, berkongsi idea dan rasa.Keinginannya pulang ke kampung bersama, membuatku terlonjak gembira tidak terkata. Dia sudi meluangkan masa di rumah usangku.
Tidakku sangka, keinginannya membawa seribu makna. Nenek yang selalu hilang selera makan, sangat berbeza ketika dia bersama. Makan dengan penuh selera. Aku bersyukur. Nenek melayannya ibarat cucu sendiri. Adik-adikku manja dengannya. Menghargai kehadirannya. Ketika mahu kembali ke institut, kembali ke dunia yang penuh dengan kerja, nenek menangis hiba. Adik pula terlena di pangkuannya. Sungguh sayu hati ini. Tahun depan kita tidak dapat bersua lagi. Begitu juga tahun seterusnya. Namun, kasih sayang dan cinta ini tidak pernah luput walaupun kau tiada di depan mata.
Kejarlah cita-citamu. Cedoklah selautan ilmu dan pengalaman di sana. Insya Allah, doamu untuk kebahagianku akan ku genggam erat. Moga Allah memberkati. Amin.
Posted by anis najwan nazri at 8:10 PM 0 comments
Thursday, August 5, 2010
BIG a.k.a Lawatan Sambil Belajar : Taman Negara Pahang
02.07.10
Memulakan perjalanan dengan menaiki bas institut dan sebuah coaster seawal jam 6.30 pagi(spttnya awal lagi..)kebanyakan guru pelatih termasuk pensyarah memilih untuk tidur memandangkan perjalanan masih panjang.
selepas perhentian demi perhentian, belok ke kiri dan ke kanan, naik bukit dan turun bukit, akhirnya kami sampai juga ke taman negara. perjalanan yang hampir memakan masa selama 10 jam. sangat meletihkan.
apabila sampai, kami perlu pula berjalan kaki lebih kurang 300 meter ke motel yang telah ditempah. satu bilik dua orang. bilik ber'econ'. sesapa yang lebih bertuah dapan bilik berkipas. kaber pula paling berjaya membodek apabila tinggal sebilik bersama pensyarah En. Ong Lok Tong. calculus kaber confem sudah berada di aras yang selamat.
pada malamnya, kami menyertai nigth walk (berjalan dalam hutan malam2) untuk melihat binatang2 kecil dan berbahaya. binatang2 yang sempat ber'hai' dengan kumpulan kami ialah ular hijau yang melingkar atas daun yang betul2 atas kepala manusia yang lalu di bawahnya, kala jengking yang malu2 lari masuk dalam lubang, semut yang sangat besar(tak ingat namanya) yang makan bangkai, lipan gua yang sangat coklat warnanya, cicak yang bernilai beratus ribu ringgit(tak ingat nama). binatang lain yang tak sempat berjumpa sibuk dengan urusan peribadi.
03.07.10
jam 8.30 pagi, bergerak ke taman negara dengan menaiki sampan yang telah disediakan. abang guard kami(kump 4), abg penyu telah membawa kami mendaki bukit teresek yang jauhnya hampir2 5 kilometer. sambil2 berjalan sempat la berkenalan dengan tumbuhan2 baru dan binatang yang belum sempat berkenalan semalam.
perjalanan yang sangat memenatkan sangat2 berbaloi setelah sampai ke puncak. suasana yang tenang dan pemandangan ynag damai memang menyeronokkan. di puncak ini juga sempat berkenalan dengan Max dari England bersama ibunya.
bila turun pula agak mencabar kerana terpaksa menuruni bukit yang curam dengan tanah yang licin. memang terketar-ketar kaki nak melangkah. sampai separuh jalan, kami menunggu giliran untuk berjalan di atas kanopi(titi gantung). sambil2 menunggu, sempat la berknalan dengan seorang wanita dari Itali, namanya Pamela. happy to chat with you Pamela.
seterusnya berjalan atas kanopi sangat menggayatkan(actually tak ayat sangat pun..^_^).
memang best lah.
petangnya, dalam perjalan ke kg orang asli, kami ada aktiviti rapid shooting. ape itu rapid shooting? meh sini nak bgtau. kalau selalu org shoot guna pistol atau senapang atau sumpit tapi kitorang shoot guna perahu. jumlah perahu yang kami naik ialah 4. salah satu perahu akan berhenti di tengah2 sungai dan perahu yang lain akan shoot! haha, mmg mantap ah sapa2 yang tak basah. semangat sangat budak2 ni nak perang sampai hilang selipar n speck mata..huhu
setelah berkali-kali membalas serangan sehingga menyebabkan perahu yang kump 4 naiki hampir2 karam akhirnya kami sampai ke tempat yang ingin dituju, iaitu kg orang asli
dengan baju yang memang dah basah lencun, kami melawat orang asli. ingatkan asli yag dah maju sikit tapi ini memang asli yang pure asli lah. tinggal dalam pondok, makan makanan hutan, memburu dan macam2 lagi la. periuk belanga main campak kat luar je.mungkin diorang tak biasa guna kot.kaum lelaki mungkin dah maju skit kot. ada ynag pandai speaking lg..tapi diorang tanak sekolah, kesian kat anak2 yang tak tahu apa-apa itu..
kami belajar cara menghidupkan api dengan menggunakan kayu dan tali.
seterusnya kami semua belajar menggunakan sumpit. en nash paling menyerlah..hehe,tutor kami tu..
bila balik berperang lagi..pensyarah ke orang tua ke semua dibantai.adeh,letih aku..
malam buat barbeque..best main asap.
04.07.10
Balik.
(gambar kat atas ye..)
alhamdulillah,tahniah kepada sesiapa yang terlibat dalam pengurusan BIG kali ini ye..
Posted by anis najwan nazri at 5:53 PM 0 comments
Thursday, July 8, 2010
Tolong la, tolong la jawab soalan ini:
soalan pertama:
kenapa manusia diciptakan di dunia?
ok.kompem suma buleh jawab dengan excelentnya.
Firman Allah dalam surah Az-Zariat ayat 56:
"Tidak Aku cipta manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepada-Ku"
persoalannya disini, adakah sekadar mengetahui sahaja sudah cukup untuk menempah syurga di sana?kenapa hanya tahu tapi tidak pernah mengambil mengambil tahu atau peduli? don't u care enough for ur religion?well,think, think, and think...
soaln kedua:
sejauh manakah anda mengenal Tuhan anda?
jika anda mengenali Allah sedalam anda mengenali orang yang paling rapat dengan anda, syukur...anda adalah orang yang terpilih.
tetapi, jika anda mengenali Allah seperti anda mengenali rakan-rakan yang jauh dari anda, sekadar mengetahui nama, atau perkara2 yang ringkas sahaja...AWAS! Iman anda dalam BAHAYA! Please take emergency action! or else, you will collapes in the ocean of sins.
c'mon guys... Tuhan kita, takkan kita nak buat tak tahu saja. yes!lets change together. ^_^
soalan ketiga:
apakah sumbangan kita terhadap agama kita?
adakah ke arah yang lebih baik atau ke arah yang kurang baik?
cuba kita fikir...adakah perbuatan kita selama ini memberi tafsiran yang baik ttg islam atau sebaliknya. jika di depan anda sekarang ini adalah someone yang tak kenal islam, memerhatikan anda untuk sebulan, adakah dia akan nampak ttg indahnya islam atau lumpur2 yang melekat pada islam? ingat,lumpur kotor itu, anda yang calitkan.yang memberi tafsiran buruk ttg islam adalah anda.anda yang telah menjadi punca islam itu menjadi buruk! nauzubillah..moga2 kita tidak termasuk dalam golongan ini.amin.
sahabat-sahabat, jika tidak mampu untuk menyumbang ke arah kebaikan kepada Islam, janganlah kita menjadi sebahagian dari faktor2 yang menjatuhkan islam. jagalah maruah islam itu ibarat kita menjaga maruah keluarga kita.
ingat, the choice is in your hand, not others..
Posted by anis najwan nazri at 9:09 PM 0 comments
Wednesday, June 30, 2010
Wahai Insan, Dimana Letaknya Hatimu?
kdng-kadang pelik bila memikirkan bagaimana masalah ini boleh timbul. semakin disogok kemajuan semakin diragut nilai kemanusiaan. Mungkin ini kesannya apabila agama diamalkan separuh separuh.diambil bila perlu, dipegang bila bila terasa ada kepentingan, disisih bila menyusahkan.
Ingatlah, Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 85 bahawa manusia ynag mengambil sebahagian agama dan meninggalkan sebahagian yang lainnya akan ditimpa kehinaan di dunia dan azab di akhirat.
Ya ALLAH, bagaimana untuk kita terus hidup tenangdengan murka Allah?
Mengapa umat Islam yang ramai tidak mampu membentuk ummah yang kuat dari godaan dunia. mungkin ada yang berfikir:
1)'ah, ini kerja orang lain, dosa orang lain, aku tak perlu fikir'
2)'tak apalah, asalkan orang itu bukan famili aku'
3)'dah keadaan macam ni,apa yang aku boleh buat lagi?'
perlu diingat bahawa kita perlu melakukan sesuatu mengikut kemampuan kita. sekurang kurangnya berdoalah:
"Ya ALLAH, hamba memohon kepada-Mu, kembalikanlah ummah ini ke jalan-Mu"
Adakah dengan doa yang secebis ini pun tidak mampu kita lakukan? Perlukah kita menjadi hamba Allah yang hanya berdoa untuk kesejahteraan diri sendir sahaja? Kita tidak dicipta Allah untuk hidup berseorangan. Kita wujud didunia ini sebagai satu ummah.Berdoalah!
sama-samalah kita memperbaiki diri agar Islam tidak tersungkur disebabkan umatnya sendiri.
Posted by anis najwan nazri at 8:25 PM 0 comments
Tuesday, June 29, 2010
tension menguji kesabaran
semalam punyalah bersemangat mengedit gambar makcik2 sya yang baru kawen itu.dah dua tiga jam mengadap laptop tu, akhirnya gambar itu siap juga diedit.tinggal untuk sentuhan terakhir je.tiba2, 'plup!',letrik putus la plak..aduih tension betoi.gambar tak sempat nak save...tapi takpe..tak stress sangat.hari esok masih ada..
tibalah hari yang ditunggu iaitu hari ini..dah 2 jam mgadap laptop mengedit gambor, dah siap dah sume,tinggal nak save je,tiba2..........
Posted by anis najwan nazri at 9:52 AM 2 comments
Monday, May 31, 2010
Program Belia Berkaliber
Posted by anis najwan nazri at 8:21 AM 1 comments
Sunday, May 23, 2010
peperiksaan yang sangat2 menuntut pengorbanan.
4 days in a row... i'm headache now..however, I pray to Allah to make it easy for me.
Posted by anis najwan nazri at 6:43 PM 1 comments
Monday, May 10, 2010
Sungai Dalam Laut Part 2
Secara ilmiah tidak mungkin terjadi Sungai di dalam laut, namun seorang penyelam professional, Anatoly Beloshchin, telah menemukan dan mengambil gambar ’sungai di dalam laut’ dari kedalaman 60 meter di perairan Cenote Angelita, Mexico.
Posted by anis najwan nazri at 3:35 PM 0 comments
Sungai Dalam Laut Part 1
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidakditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silamakhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.
Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.
Posted by anis najwan nazri at 3:21 PM 0 comments
Thursday, April 22, 2010
Sunday, April 11, 2010
You're Mine
I was looking into your eyes
Your glares came with thousand soothes
In your eyes I see
All the dancing love I need
I found my inspiration
Hiding in your expression
You lighten up my day
God has been so good
Blessing me with a mom
Who did all she could
To raise me good better than her
I want to thank you for all the time
And I'm proud to say you're mine
Posted by anis najwan nazri at 12:06 PM 2 comments
Saturday, April 10, 2010
suma dah unavailable.. ^_^
em, dah lama tak update blog ni. otak dah kosong kot nk pk ayat2 madah pujangga yang sedap ditulis. well, my makrah dah betunang bulan 2 ari tu. nak kawen bulan 6 ni. tup2 my makcik pun nk tunang 16 hb ni. hmm, elok la tu, bila lagi nk wat anjakan paradigma. dua2 orang ni nk kawen skali, bulan 6. bagus2, bule jimat duet tok. tahniah you guys. i'm hepi n bersyukur coz diorang dah nk menyahut syariat nabi. tapi entah la, dalam diri ni, bergolak tak tntu hala. antara persimpangan suka n sedey.
well, i'll lost 2 members of my group. geng yang slalu melepak skali, sama2 otak mereng kadang2, tempat aq mencilok baju2, geng yang dapat sama2 aq derma darah2 pada sang nyamuk, geng yang dapat aq merengek rengek mnta tolong...it will gone soon. well at least it not same as before.
tapi tak pa la, diorang kawen, tok hepi, suma hepi, aq juga hepi. tapi yang sadisnya, apsal korang ni mintak hadiah yang besau2 sangat.ingat senang ke nk angkut dari pineng ni. alahai,nk hadiah grand2, bagi la wang saku lebih sket..nk kawen lambat lg, hadiah yang dipikir terlebih dulu..huhu
takpa2, kawen la wahai ibu2, i'm that still ava will get along with the ava. the unava get along with unava k,dok kat dapur masak..kalu nak join, mnta kbnaran kat hubby dulu ye.ahahaha,tak dapat la kome nk ngikut kalu geng2 ava ni nk mlepak kat mana2. tapi skarng tgah terpikir, nati bila balik umah tok, nk mencilok tido kat bilik sapa ni???
apepon.congrats guys. wish me next keh..
Posted by anis najwan nazri at 11:43 AM 2 comments
Tuesday, March 30, 2010
Posted by anis najwan nazri at 11:09 PM 0 comments
Tuesday, February 23, 2010
ketuk diri, ketuk hati, ketuk iman
Posted by anis najwan nazri at 6:13 PM 0 comments
Wednesday, February 10, 2010
otakku 'jammed'...
bila lama tak balik rumah, otak mesti 'jammed'. nak wat itu tak semanagat, nak wat ini tak semangat. tengok kiri nampak pokok depan rumah, tengok kanan nampak bumbung rumah. haiya, bila boleh balik ni sebelum otak ini 'jammed' sepenuhnya.
nak balik, nak balik, nak balik. oo..nak balik.rumah melambai lambai suruh aku balik cepat-cepat.
ada apa kat rumah?
ada mak, ada abah, ada tok, ada adik2. ada sink di dapur. ada belanga hitam berkilat. pendek kata semuanya ada. 1001 in 1.
adui...kempunannya nak dengar mak berpidato tanpa henti.kalau masuk pertandingan komfem jadi pemidato terbaik. kempunannya nak tgok abah mengusik mak. tak sabarnya nak balik buli adik2. tak sabarnya nak balik wat bising kat umah. tak sabarnya nak tido peluk tok, makan nasi goreng superb yang tok buat.
hari jumaat = 12/02/10 = balik umah!!
Posted by anis najwan nazri at 10:54 PM 1 comments
Saturday, January 23, 2010
soal hati
bagaimana pula jika ia bertandang ke hati?
meminta untuk bersemadi...
perlukah kita menerimanya dengan senang hati
atau bertanya dulu pada Ilahi?
Allah Maha Mengetahui..
kerana cinta juga milik -Nya yang hakiki
Posted by anis najwan nazri at 5:00 PM 1 comments
Friday, January 8, 2010
Thursday, January 7, 2010
Posted by anis najwan nazri at 4:36 PM 0 comments