Rasulullah SAW banyak menyataka dalam hadis2 yg menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan dalam islam. Antaranya:
a) syurga di bawah telapak kaki ibu
adakah wanita tidak merasa mulia dengan hadis ini? mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan 'di bawah telapak kaki' dan bukan 'di dalam tangan' atau 'disisi seorang ibu'? sedangkan syurga itu sendiri sangat tinggi darjatnya. sudah tentu ini menggambarkan mulianya seorang wanita dalam islam. seseorang yang faham pasti akan memandang dengan mulia,hormat,membela serta berlumba2 untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya(dengan syarat segala perbuatan tidak melanggar syariat)
b) 'tidak akan memuliakan perempuan2 melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan2 melainkan orang yang hina' ( hadis riwayat Ibn 'Asakir)
c) 'bergaullah kamu dengan isteri2 kamu dengan cara yang sopan. kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak'
d) 'janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang ia suka.' ( hadis riwayat Ahmad dan Muslim)
oleh itu sahabat2 yang dicintai, kita sangat beruntung jika menjadi wanita muslimah yang pandai memelihara agama dan sedaya upaya untuk menjadi permata AGAMA yang dikasihi ALLAH. TETAPI, andai tersalah langkah, kita akan menjadi wanita yang paling hina di mata ISLAM jika memilih untuk menjadi fitnah dunia.
ingatlah... ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG... marilah kita kembali kepada fitrah kita yang sebenar sebelum kita dipanggil untuk bertemu ILAHI..
Gunung Merbabu
3 years ago
0 comments:
Post a Comment