? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Followers

Thursday, September 17, 2009

Mari Buka Puasa Ramai2




tarikh: 12 september 2009


sasaran: rumah en ishak


alamat: taman tasek mutiara, seberang perai, pulau pinang




pada bulan puasa kali ini, family 2mted1 telah menjadikan rumah en ishak sebagai tempat untuk mengetatkan lagi ikatan yang dah erat bersama-sama dengan famili en ishak.


en. ishak yang memang terkenal dengan kerajinan dalam memasak telah membuktikan kehandalannya dengan memasak sup tulang buat kami semua. rasanya memang sodap..


untuk makanan iringan pulak, telah disediakan nasi beriani, kari ayam yang sangaaat lazat, daging masak hitam, acar timun buah tembikai dan tidak ketinggalan air laici dan air kurma madu. sangat menyelerakan....




terima kasih setinggi gunung everest kepada en ishak sekeluarga kerana sudi menerima kehadiran kami yang ramai2 ni ke rumah beliau.




segala kenangan manis ini kami akan ingat sampai bila2.




semoga rahmat ALLAH sentiasa mengiringi en. ishak sekeluarga..


Sunday, September 6, 2009

Ramadhan Menjelma Amalan Diganda


" Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada ALLAH dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya pada hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada ALLAH. Sungguh ALLAH Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan."
Al-Hasyr : 18
Alhamdulillah, kekasih yang ditunggu telah menjelma. bulan yang penuh barakah, bulan penuh rahmah...
teliti dan hayatilah ayat di atas. cuba kalian fikirkan apakah yang kita lakukan untuk hari akhirat nanti. setelah sekian lama kita tenggelam dalam arus keduniaan, lemas dalam arus keseronokan..marilah kita sama-sama meningkatkan amalan kita di bulan yang mulia ini.
Ingatlah bulan ramadhan bukan bulan untuk bersenang lenang tapi bulan untuk meningkatkan amalan, meningkatkan ibadat.
jika selama ini kita terlalu leka sehingga nafsu menguasai diri, menjadi raja di hati, menjadikan kita terlalu asyik dengan gelombang dunia sehingga kita lupa yang kita akan mati meninggalkan dunia ini suatu hari nanti. kita terlalu leka bergembira memuaskan nafsu pada hari ini bagai hari esok tidak akan menjelma.
Astaghfirullah...sahabat-sahabat, rakan-rakan, dan sesiapa sahaja, marilah kita sama-sama memanfaatkan bulan ramadhan ini dengan mendekatkan diri kepada Pencinta kita agar kita sama-sama dapat meraih cinta-NYA.
Tiada Cinta Seindah Cinta Ilahi...
Renungilah langit
tika sinar subuh menjelma
kau kan merasa kekuasaan Rabbi
renungilah diri
carilah dirimu yang hilang
hilang yang kau sendiri tak menyedari
kembalilah pada Yang Hakiki
pendamlah cinta rebutlah CINTA
CINTA dari Ilahi
kerna di situ
kau kan bersua cinta yang dicari















Saturday, September 5, 2009

S.B.E. - Jom Kembali Ke Sekolah


pada 16 Ogos 2009, sepasang kaki melangkah masuk melalui pintu gerbang yang terukir 'SEK KEB BUKIT TEMBAGA'. Bermulalah episod baru dalam diriku untuk kembali ke sekolah yang telah ditinggalkan hampir 8 tahun. setiap langkah yang dihayun diiringi rasa gementar. gementar untuk bersua kembali dengan guru-guruku yang telah lama menabur bakti di sana.


untuk melapor diri pada hari pertama, pastinya penampilan perlu dijaga.


Check List :


baju - clear


tudung - clear


fail - clear


penampilan - clear


name tag - clear


test suara - clear


istighfar - clear




Perkara pertama yang perlu dilakukan- berjumpa dengan Guru Besar untuk melapor diri.


7.30: sampai di sekolah. ke pejabat tunggu guru besar.


8.00 : "aduh, mana GB ni"


8.15 : rupa-rupanya GB yang ditunggu ada kursus di Langkawi. ponat eden menunggu. seterusnya berjumpa dengan PK Kanan, Pn Zailan. tujuan asal hanya untuk melapor diri tetapi x disangka Allah telah memudahkan jalan untukku. Pn Zai terus bawa aku berjumpa dengan PK Kokurikulum yang pada waktu itu sedang sibuk menyiapkan kerja kerana beliau perlu pergi berkursus di Pendang selama empat hari. oleh itu, tugasan tentang permainan sudah diselesaikan.pada masa yang sama, aku dipertemukan dengan mentor yang juga guru math dan pj. diringkaskan cerita, semua maklumat yang diperlukan dalam genggaman.


alhamdulillah....


TAPI...


kalau semuanya siap hari ni, esok,lusa,tulat, tungging, dan yang seumpama dengannya nak buat apa pulak? xkan la nak tangkap gambar sampai seminggu??


xpe anis, rileks ok...


next, berjumpa dengan guru2ku yang lama- ustazah Aminah, Cgu Asma, Cgu Sarinah dan Teacher Rusni.


semuanya masih seperti dulu.langsung tidak berubah. rasa seperti kembali ke zaman lampau.


ketika bersama-sama dengan para ibu yang telah lama mendidik aku, segala kenangan pahit manis bermain di mata.


ustzh Aminah : pernah ditampar oleh beliau ketika di darjah tiga. almaklumlah, dulu aku terlalulah nakal tapi baik..tetapi sejak insiden tersebut, hubungan aku dengan uszh Aminah sangat baik seperti ibu dan anak.dan sekarang hubungan tersebut tak pernah berubah.


Cgu Sarinah : pernah ditampar dicubit dan segala macam dendaan lagi ketika di darjah lima dan enam. waktu ini kenakalan aku agak berkurangan kerana selalu berhadapan dengan cgu ini. sebelum meninggalkan sekolah dulu, cgu mengandung.sekarang bila aku masuk sekolah balik, cgu mengandung lagi..murah rezeki betul


cgu2 lain yang mengajar aku semua sudah keluar. sayang, aku tidak dapat berumpa dengan guru yang menyebabkan aku taksub dengan nombor sampai sekarang..dulu pencapaian aku dalam matematik setakat C je.

cgu nor azlan, cgu matematik aku sewaktu darjah enam. berkulit hitam, bermisai tebal giler, tinggi, dan besar. suara dapat mengalahkan halilintar. rotan tak pernah lepas dari tangan. sesuai dengan gelaran guru disiplin yang dipegangnya.


aku pernah menangis sewaktu darjah lima kerana terlalu takut nak ambil kerusi yang tersangat banyak dalam dewan yang pada ketika itu beliau sedang mengajar murid darjah enam. dulu, dewan memainkan dua peranan-sebagai kelas untuk hari-hari biasa dan sebagai dewan untuk hari luar biasa.


hari kedua dia melangkah masuk ke kelas, aku dah kena rotan sebab tak ingat sifir.bukan sekali tapi lapan kali aku kena. sakit tu..


dan selepas episod tersebut, aku seringkali menjadi pelanggan tetap rotannya itu. sampaikan bila masuk sekolah menengah pun masih rindu dan kempunan untuk dirotan. tak ada sesiapa yang mampu merotan senikmat rotanan cgu Lan. sampai sekarang aku masih rindu.


tapi sebenarnya cgu Lan adalah seorang yang sangat baik dan sangat lucu orangnya.dialah yang menjadi inspirasi aku untuk menjadi cikgu yang berkhusus kepada kira mengira iaitu matematik. thanks cikgu Lan!


akhir kata, sbe kali ini seronok kerana dapat membuatkan aku mengimbau sejarah lama. tapi bila ber s.b.e. berseorangan pastinya perasaan bosan menyelubungi diri.


20 Ogos 2009- selamat tinggal cikgu-cikgu, selamat tinggal anak2 murid sementara, selamat tinggal bilik guru, selamat tinggal wayarles, selamat tinggal semua....


Wednesday, August 19, 2009

'RM 2', si ayah melihat pada not duit yang ada di tangannya. dia mengeluh panjang. itu sahaja duit yang dia ada pada saat ini. Teringat si ayah pada permintaan anakknya semalam. "ayah, cikgu pesan suruh pakai topeng muka esok. hari ni adik dah kena marah dengan cikgu sebab tak pakai topeng tu". si ayah mengeluh lagi, 'sekarang jugak la H1N1 nak aktif, hujan pulak, harga barang naik'. tetapi, bagi si ayah kesihaan adalah lebih penting dari duitnya. biarlah di dapurnya tiada gula dan garam, dia lebih rela minum air yang tiada rasa daripada hidup terseksa. dengan duit tersebut si ayah boleh membeli topeng muka untuknya, anaknya dan isterinya memandangkan topeng muka hanya 50 sen sehelai.

Si ayah menuju ke kedai.

" tolong bagi topeng muka tiga"si ayah meminta.
"semuanya empat ringgit setengah pak cik" jawab si penjual remaja.
"hah, bukan ke topeng ni setiap satu berharga lima puluh sen saja?" tanya si ayah yang masih dalam keadaan terkejut.
"tak pak cik, sekarang ni dah naik harga. RM 1.50 satu"
"kalau macam tu, bagi satu je la"jawab si ayah dalam nada kecewa.

selesai urusan jual beli, si ayah terus pulang ke rumah.
dalam perjalanan, si ayah merungut sendirian, melahirkan rasa kecewanya. ya, dia sangat kecewa kepada golongan-golongan yang berhati batu dengan mengambil kesempatan di tengah-tengah kekacauan influenza ini. mangsanya pasti mereka yang berpendapatan rendah seperti dirinya.

apabila anaknya pulang, topeng tersebut diserahkan kepada anaknya.
"eh, topeng ayah punya mana?"tanya si anak
"tak apa, antibodi ayah ni kuat lagi", dalih si ayah.

malam itu, si ayah merenung ke langit. air mata jernih mula menitik ke pipi.
ayahnya sangat sedih memikirkan realiti hari ini. jiwa manusia tiada gunanya, daging manusia diratah alpa, nyawa manusia tiada nilainya. jika di luar negara perang di sana sini, di sini pula maksiat di sana sini. ayahnya menggeleng kepala lagi. teringat pada anaknya yang maut dalam kemalangan ngeri yang berpunca daripada aksi melampau mat rempit. apalah salah anaknya sehingga dilanggar sedemikian rupa.

"hai abang, merenung jauh nampak..."sapa si isteri
dengan cepat si ayah menyeka air matanya." ish kamu ni, bagi la salam dlu, terkejut saya dibuat kamu"
"saya tahu abang sedang memikirkan masalah keluarga kita. ajal maut kan di tangan Tuhan. apa yang berlaku pasti ada hikmahnya."
"abang minta maaf, duit yang abang ada cukup untuk beli satu topeng aja"
"tak apa abang, yang penting anak kita selamat. dia kena belajar pandai-pandai, kalau sakit nanti macamana nak belajar kan"
"alhamdulillah, abang sangat bersyukur dapat isteri yang memahami macam Mah ni"

hari berganti hari, malam berganti malam. kesihatan si ayah semakin lama semakin merosot. demamnya tidak kebah walaupun sudah beberapa hari berehat. hanya Mak Mah sahaja yang tinggal untuk mencari rezeki. rezeki mereka hanya menjual kelapa dan kayu api. biarpun pendapatannya sangat rendah tetapi Mak Mah tidak pernah merungut.

ketika di rumah,Mak Mah akan menjaga suaminya sebaik mungkin. si anak yang melihat keadaan ayahnya seringkali menitiskan air mata.
"ayah kata antibodi ayah kuat, tetapi kenapa ayah sakit sekarang. ayah pakai lah topeng adik punya ni. adik tak nak pakai dah. adik nak ayah!"
semakin hari kesihatan si ayah semakin tenat. si ibu pula semakin gelisah. tak sanggup bagi Mak Mah untuk berpisah dengan suaminya yang tercinta. namun,andainya itu yang ditakdirkan untuknya, dia redha.

sewaktu si ibu sedang leka mencari kayu api, tiba-tiba kakinya terpijak sesuatu yang bergerak.
"Ya Allah!"Mak Mah menjerit kesakitan. kakinya telah dipatuk ular. Mak Mah menjerit meminta tolong tetapi keadaan di sana sepi sahaja. Mak Mah menjerit lagi tetapi...

"Innalillahiwainnailahirajiun", ucap si ayah yang redha dengan kehendak Ilahi. siapa tahu, isterinya pergi dahulu dari dirinya. tiba-tiba mata si ayah berpinar-pinar. dadanya sesak bagai ada sesuatu yang menghalang pernafasanya. kakinya mulai kebas dan sejuk. kemudian tangannya."ya Allah, peritnya ujian ini.."

kesakitannya bagai tak tertanggung oleh si ayah. dirinya bagai di cucuk seribu jarum panas. deritanya hanya Allah yang tahu. si ayah tidak dapat bertahan lagi.

apabila si anak pulang dari sekolah, dia hairan melihat ramai orang datang ke rumahnya. padahal rumahnya kecil sahaja. dengan jiwa yang berdebar-debar si anak berjalan laju ke rumahnya.

si anak jatuh pengsan selepas mengetahui berita yang mengejutkan ini. ibunya meninggal kerana bisa sang ular manakala si ayah meninggal kerana influenza A. tiada apa yang dapat dilakukan olehnya. hanya kepada Allah dia pasrah segalanya.

tiba-tiba dia menerima buku akaun daripada kawan baik ayahnya. si anak membuka buku tersebut. alangkah terkejutnya si anak apabila melihat angka yang tertera pada buku tersebut.
"RM 10 978"melopong mulut si anak melihat angka tersebut.
"inilah duit yang ayah dan ibu kamu simpan untuk kamu, setiap hari mereka simpan sebanyak seringgit"
si anak terus terduduk dan menangis.
"terima kasih mak,terima kasih ayah"

Wednesday, July 22, 2009

math oO MATH...



MATEMATIK..


pada pendapat korang math ni bez x?


bila ditanya kat adik2 aku yang sekolah rendah yang gred exam mathnya tetap setia pada warna merah, semuanya jawab


'kami TAK SUKA'


kenape?


sebab math ni susah. nk kena ingat darab lah, formula lah. susah la..


kalau tanya kat adik yang selalu dapat A math, dia jawab :


'math ni senang sangat. cam minum kopi je. masuk mulut terus telan. ahh...nikmatnya'


kemudian, bila ditanya pada adik yang sekola menengah pulak dia jawab:


'ish kak, kami tensen la ngan math ni. formula itu la ini la. dlu senang je belaja math. tambah tolak darab bahagi je.sekarang, siap ada no negatif lagi. dah la nak kna iingat formula yang banyaknya hanya ALLAH sahaja yang tahu...bahasa inggeris lagi..alahai..'


mungkin sebab ni la dia selalu hancus dalam exam..


sekarang soalan ini ditanya pula kepada penuntut2 ipt yang belaja math, diorang jawab:


'susah jugak r..sebab math ni makin lama makin banyak jalan kira'


'em, biasa je. belaja cam kat sekolah menengah je. cuma nak kena ingat lebih lagi la'


kalau tanya Aiman, dia jawab:


'Aiman tak kisah'(iklan sementara)


kalau aku pulak, aku jawab:


.....


.....


.....


'no komen'.




sebenarnya math ni senang ke susah ke berdasarkan apa yang kotak fikiran korang fikir.


kalau fikir senang semuanya jadi mudah. kalau fikir susah memang la payah nk faham apatah lagi nak jawab dalam exam.


bila belaja math di sekolah rendah, kita merasakan itu la 'benda alah' yang paling susah nak belaja. bila sekolah menengah pulak, merasakan itulah penamat hidup disebabkan penangan matematik yang maha dahsyat itu, dan merasakan yang di sekolah rendah sangatlah senang yang amat. kalu dah masuk ipt pulak, mengatakan yang math di sekolah menengah ni senang je rupanya sebab math di ipt lagi susah dri yang difikirkan.




math ni susah ye...


sekarang ni cuba kita renung balik...


kita selak lembaran2 sejarah yang memang jarang kita ingat ini..


formula2 yang kita hafal, simbol2 yang kita guna, gambar rajah yang kita lukis...


dari mana wujudnya? adakah ia wujud seiring dengan zaman dinosor dulu?


tidak...


semua formula2, jalan kira, gambar rajah, dan yang seangkatan dengannya yang kita rasakan amat payah itu sebenarnya datang daripada pemikiran-pemikiran makhluk yang bernama manusia yang dicetuskan oleh ALLAH untuk berfikir.


bagaimanakah otak2 manusia agung seperti Al-Khawarizmi boleh mencipta rumus algebra, no kuadratik dan sebagainya yang kita rasakan tidak tercapai akal untuk sampai ke tahap ini.


rilek ok..


kita ini sangat beruntung sebab semuanya dah ada.tinggal nak ambil segala input masuk dalam storan ingatan je. pastu jadilah output yang sangat berguna pada masyarakat.(er..korang faham x?)kalaulah sekarang ini semua formula dalam math tu xde.semua kena wat formula sendiri, x ke lagi teruk..


oleh itu, kita hendaklah bersyukur kerana semuanya dah ada di depan mata. kita cuma perlu mngeluarkan sedikit tenaga je untuk memanfaatkannya. janganlah cepat mencari alasan tanpa ada usaha di tangan.




INGAT,


yang mendatangkan susah dan senang adalah ALLAH. oleh itu mohonlah pada ALLAH agar dipermudahkan segala urusan...


Monday, July 13, 2009

I Will Die...

I always thinking how i will die.

old sickness, tragic accident, danger desease,or maybe from the food i take.

well, i don't know. it's out of my knowledge. but, there's promise me one thing-I WILL DIE ONEDAY. and that is the reality i should believe.


i'll live this beautiful world, my wonderful famiy, my caring friends and my lovely foods.

it must be very paintful to face death. Malaikat Izrail will come to do his job. and i can do nothing. just ALLAH there for me.


other than this world, there is another world that stay forever and eternel with no limit.

my amalan is the ticket to of my status there.

how my life after death?

happiness or deadness. i hope the first one.


but how???

i don't know whether my ibadah is accept or not. but i will never stop doing my ibadah because it give me a hope. a hope that my ibadah is acceptable.

i dont care the way i die, but the important is i want to die in iman. please my LORD. i don't want to die as your uninvited represent. i dont want to die at the time i'm doing the bad things.

but, the important thing, my LORD, please let me love You more than my love to Your creature.


Ya ALLAH,

please bless my family, my friends and me always. please let us live with Iman, die in Iman and step to your heaven in Iman.
Amin.

Thursday, July 9, 2009

hEpPY bEstDay My SwEet FrienD


Buatmu sahabatku

aku merindui tutur bicaramu

mengingatkanku pada Pencipta yang satu

Aku merindukan belaianmu

damainya penuh syahdu

Aku merindukan senyummu

kerana senyummu adalah senyumku

Aku merindukan kasih sayangmu

kerana di situ letaknya kasih Sang Perindu

Aku merindukan renunganmu

kasihnya memeluk kalbu

syukurku pada-Mu

kerna menyatukan jiwa-jiwa yang rindu

pada ukhwah yang satu


selamat hari lahir sahabatku

2 julai 1989