Aku melihat ke luar jendela. Kelihatan beberapa budak sekolah sedang menunggang motosikal. pada wajah mereka terpancar sejuta kebahagiaan. Kertas terakhir SPM barangkali. "MERDEKA!" Salah seorang dari mereka menjerit dan disambut oleh gelak tawa dari rakan-rakan yang lain. Salah seorang daripada mereka mungkin terlebih gembira sehingga sanggup membuat aksi "whillee" menggunakan motosikalnya. Bahagia sungguh mereka. Satu beban besar sudah terlepas. Tetapi aku tertanya, adakah sorakan segembira ini juga akan dilaungkan apabila menatap slip keputusan kelak? Bukan aku mendoakan yangg tidak baik, aku hanya terkesan dengan sikap mereka sahaja. Untuk seronok tidak salah tetapi janganlah sampai kita lupa pada akhirat.Aku juga begitu dahulu. Amat seronok dan bahagia yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. SPM sudah berakhir. Apapun, moga harapan kalian pada ALLAH tidak goyah dan moga kalian mendapat keputusan yang baik. Amin.
Gunung Merbabu
3 years ago