haPpY bESTday To yOu!
Saturday, October 31, 2009
happy bestday to you!!
hApPy bEStdAy TO YoU!
HapPY bEstdaY to Me To!!
haPpY bESTday To yOu!
haPpY bESTday To yOu!
alhamdulillah...Nuha dah selamat berumur 9 tahun hari ini. nuha yang comel, selalu tolong kakak di dapur walaupun kadang-kadang amat pemalas. but, u always appreciate me with everything. well, i coudn't make to be at home but i'll try to celebrate your bestday when i come back later ok..smile!
Posted by anis najwan nazri at 10:41 AM 0 comments
Friday, October 30, 2009
Apa Ertinya...
apa erti indahnya bunga
jika harumnya tiada
apa erti cantiknya rerama
jika kekalnya sementara cuma
apa erti pekatnya madu
jika manisnya tiada
apa erti kilaunya sutera
jika lembutnya tiada
apa erti mahalnya intan
jika sinarnya tiada
apa erti cantiknya rupa
jika santunnya tiada
Posted by anis najwan nazri at 11:07 AM 2 comments
Tuesday, October 27, 2009
kucari dimana bahagia..
kucari dimana bahagia abadi
kucari di puncak kemahsyuran
tapi tiada
ku cari di lorong-lorong kejayaan
tapi kecewa
kucari di celah2 kekayaan
tapi hampa
kucari pada bunga-bunga kecintaan
yang kutemui hanyalah fantasi
aku mencari bahagia
tapi
ku tak mengerti ertinya
apa itu bahagia?
untuk siapakah bahagia?
perlukah bahagia?
dimana dapat kucari bahagia?
aku terus mencari bahagia
akhirnya aku temui juga
pada kitab cinta-Nya
"di tempat yang sungguh bahagia,
di sisi Tuhan yang menguasai segala-galanya
lagi yang berkuasa melakukan kehendak-Nya"
-Surah Al-Qamar 54:55-
Posted by anis najwan nazri at 9:22 PM 0 comments
Wednesday, October 14, 2009
mY hApPy tReE faMiLi
kita mulakan dari kanan(lebih afdal).
patrik digambarkan sebagai
seekor tapak sulaiman yang sangat lurus giler.
walaupun Patrick sangat comel
tapi dia suka bertindak tanpa berfikir panjang.
berkawan baik dengan Spongebob.
Beliau suka menghulurkan tangan dan memberatkan beban.
itulah ikram a.k.a keram
tapi patrick baek, kan3?
untuk watak squidwed plak,
beliau mempunyai kaki yang banyak.
sesuai dengan watak iqbal a.k.a kebal
yang suka merayap ke sana sini.
dan beliau adalah yang paling tinggi antara semua.
konon2 la cool tapi bila main seruling hancus.
sebijik cam kebal bila main gitar.
habis pengsan lalat2 yang beterbangan.
tak suka kat Spongebob(di mulut) tapi sayang(di hati).hehe
watak utama iaitu spongebob
diwatakkan sebagai sekeping span yang suka membantu
makhluk2 laut yang lain. walaupun kadang2 spongebob ni mcm
lurus bendul sikit tapi spongebob tetap diminati ramai.
huhuhu.that's me..(ups!)
seterusnya adalah watak tupai yang comel.
alamak, gangguan ingatan, tak ingat nama tupai ni.
cindy kot.tupai ni berkawan rapat dengan spongebob.
pintar, baik hati, kemas dan suka menolong kawan2 yang lain
terutama spongebob yang comel.
watak ni sesuai sangat dengan akmal a.k.a keman.
yang paling penting tupai ni tak boleh duduk lama2
ngan Patrick, nnti gaduh. spongebob jugak yang penin kpala.
Squidwed?,hem..lantak korang lah...
seterusnya adalah watak2 bersih yang tak sampai hati nak mencomotkannya.
dari cerita HaPpy tReE fRIendS. nama kartun ni adalah giggles.
comel coz kaler pink.
knapa disamakan dengan nuha?think3
b'coz giginya yang sangat serupa seperti gigi nuha.
dua batng di depan yang sangat besau..huhu
seterusnya adnin budak innocent.
elok la dengan sin chan tu.
sama2 ckp berbelit belit.
selalu kena buli ngan abang2 n adik efa.
cian denin..
next is watak kartun yang cute.
seiras dengan adik efa yang sangat comel
tapi nakal giler.
tak sampai hati nak marah coz sangat comel.
tapi selalu kena buli ngan abang2 n kakak.
kalau diorang tau apa yang aku tulis kat blog ni,
mesti balik jadi mangsa sasaran rusuhan di rumah ni.
huhu...
ape2 pun, ni la perangai adik2 aku. ramai tapi best bila
dapat kumpul semua.
untuk adik2 kakak yang sayangi,
kakak sayang kamu semua..
sori ye apa yang kak tulis kat atas tu
tapi that's the truth what!
Posted by anis najwan nazri at 6:56 PM 3 comments
Labels: My hEaRt...
Tuesday, October 6, 2009
Anda Bijak? Sila Jawab Soalan Ini:
Apakah Benda Ini?
Orang yang membuat tidak mahu memakai,
Orang yang membeli tidak mahu memakai,
Orang yang memakai tidak sedar ia sedang memakainya..
what is it?
sila jawab beramai-ramai ye..
jawapan akan di post pada next online
Posted by anis najwan nazri at 11:41 AM 1 comments
I do my thing
and you do your thing
I'm not in this world
to live up to your expectations
and you are not in this world
to live up to mine
You are you and I am I
and if any chance we find each other
its beautiful
if not, it can't be help
...
Posted by anis najwan nazri at 11:05 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)