? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Followers

Tuesday, February 22, 2011

Halaman Rindu






Aku duduk bersandar di beranda rumah yang bertentangan dengan jalan raya yang biru gelap warnanya. Dihiasi pula dengan sepohon pokok ceri yang rendang. Diserikan lagi dengan hamparan rumput yang menghijau. Ibarat sekeping lukisan yang mampu menggamit memori semalam.



Aku meleretkan mataku kepada adikku dan kawannya yang sedang bermain di halaman hijau itu. Sungguh bahagia menjadi mereka. Tidak perlu memikirkan pelbagai rencah masalah dalam hidup ini. Aku melihat AKU dalam diri mereka. Jika dahulu aku berada di tempat mereka bermain lumpur dan tanah, mencari cacing dan membuangnya di dalam kok abah. Tanpa matlamat, hanya keseronokan. Tetapi kini, mereka menggantikan tempat itu.


Biar betapa kuat aku menjerit agar masa ini dihentikan, aku mahu menjadi kecil seperti dahulu. Jika aku semakin dewasa, siapa yang akan menggantikan aku memburu cacing dan bermandi lumpur? Namun, masa tetap menjalankan tugasnya. Peranan aku yang dahulu akan disambung oleh adik-adik dan seterusnya akan bersambung lagi dengan anak-anak, masih lagi tidak berhenti pada cucu-cucu dan begitulah seterusnya. Kehidupan tetap akan berjalan. Kehidupan kecil kita tidak terkubur begitu sahaja kerana kita ada pewarisnya.



Aku teringat pada adik-adikku yang berada di alam remaja sekarang. Jika dahulu mereka hanya tahu merembeskan air mata dan menyedut hingusan tetapi kini mereka sudah membesar menjadi Si Badang. Gagah dan tegap. Jika dahulu mereka memerlukan sokongan dari kakakknya tetapi kini mereka sudah boleh menghulurkan sokongan. Jika dahulu mereka dibuli kini mereka mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri.



Tetapi dalam melayari kehidupan ini, aku disapa ketakutan. Ketakutan jika adik-adikku tidak mampu menahan dugaan duniawi yang begitu hebat ini. Ketakutan jika adik-adikku sampai membelakangkan agama mereka semdiri. Ketakutan jika mereka menjadi fitnah kepada Islam sendiri. Aku tidak mampu bersa-sama mereka setiap masa..Ya Allah peliharalah mereka agar mereka tidak sesat di dalam cahaya-Mu Ya Allah..



0 comments: