? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Followers

Saturday, November 13, 2010

13 November


Bermula dengan 13 November 1989.Tepat jam 5.55 pagi, aku dilahirkan. Ibu menjerit kesakitan, aku menangis ketakutan. Dalam dakapan ibu aku mendapat kedamaian. Ayah yang penyayang, ibu yang perihatin. Anak kecil dibelai manja kerana diriku adalah hadiah perkahwinan dari Allah buat mereka.


Hari demi hari, tahun demi tahun. Aku melayari hidup yang biasa. Tiada lagi suapan manja dari ibu, tiada lagi kucupan sayang dari ayah. Aku sendiri. Sepi. 13 November tiada makna dalam diriku. Cemburu melihat adik merangkul ibu. Cemburu melihat ibu menyuap adik. Cemburu melihat ayah melebihkan adik. Hanya cemburu. Betapa aku amat merindui ucapan 'Selamat Hari Lahir' dari mereka yang aku sayang. Tetapi hampa. Aku menagis sendirian. Aku menanti ucapan dari mereka tapi tiada. Tiada yang ingat pada diriku. Aku mengintai-intai tiada lagikah kasih sayang untukku..


Satu hari, hatiku berdetik-jika kau mahu disayangi, kau perlu menyayangi. Ya, aku perlu menyayangi. Kenapa mengharapkan sayang jika diri sendiri kikir dengan sayang. Aku mula mengorak langkah. Menghadiahkan kad ucapan "Selamat Hari Lahir Ibu" buat pertama kalinya. Kerana malu aku terus lari bersembunyi didalam bilik sambil mengintai dari lubang kecil. Ayah mula mengusik ibu. Ibu pula mungkin rasa malu dengan usikan ayah bersama ego tidak suka diusik begitu, melemparkan kad itu ke lantai. Helaian kertas adalah hatiku, dicampak kelantai begitu saja. Malam itu tidurku diiringu tangisan. Aku tiada erti pada mereka. Namun, tanpa aku sedar, ibu mengutip kembali kad itu. Ibu menangis dan mencium kad yang buruk itu. Ibu mengukir senyuman. Ibu masuk ke kamarku, mencium pipiku. Aku masih merasakan lagi hangatnya ciuman itu. Terima kasih ibu..


Hari ini, 13 November merupakan hari yang bermakna bagiku. Sangat bahagia. Tidakku sangka rencana Allah itu sangat hebat. Dalam satu program motivasi, aku bertemu dengan seorang adik yang mukanya amat mirip dengannku. Melihat dirinya bagaikan melihat diriku yang dulu. Ibarat tayangan video tentang diriku yang dulu. Memang mirip. Amat. Tetapi terkilan, aku tidak sempat bertegur sapa dengannya. Moga dia menjadi lebih baik dariku. Dan pada hari ini, aku ketemu pula dengan seseorang yang banyak persamaannya denganku. Memimpin usrah yang sama, memiliki cincin ibu yang serupa dan berkongsi tarikh lahir yang sama. Rencana Allah amat hebat! Ayah dan ibu pula pasti akan menjadi orang yang pertama mengucapkan 'Selamat Hari Lahir Kakak'. Paling awal, seminggu sebelum hari lahirku. Sahabat-sahabat pula tidak pernah lupa tarikh ini. Adik-adik juga bersorak gembira. Biarpun hanya ucapan tapi aku bahagia. Amat. Syukur Ya ALLAH, diatas kasih sayang ini.


Ya Allah, diriku membuka ruang untuk menyayangi hanya sekali tetapi imbalan kasih sayang yang Kau balas terlalu banyak untuk diriku. Memang benar, kita perlu menyayangi untuk disayangi. Alhamdulillah...


Aku bahagia bersama mereka yang kusayang.

2 comments:

hafeez said...

selamat hari lahir anis...semoga sentiasa berjaya dalam hidup....amin...

anis najwan nazri said...

termasuk yang ni dah empat kali ang wish..
hehe.thanks.