? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Followers

Sunday, August 29, 2010

Cinta Bertasbih atau Bertasbihkan Cinta?

" Kami sudah bercinta 3 tahun, tapi tak sampai 5 bulan berkahwin dia tiba-tiba berubah menjadi panas baran. sedangkan waktu bercinta dulu dia tak pun macam ni.."
"Ini kerana awak mungkin bercinta tapi tak kenal."
"Dah 3 tahun bercinta takkanlah saya tak kenal lagi?"
"Kenal dengan AKAL dan HATI. Mungkin semasa bercinta awak kurang guna akal dan hati, hanya guna nafsu dan emosi."

Secara tabiinya, kita perlu KENAL DULU BARU CINTA tetapi kini ramai yang cinta dulu baru kenal. Tidak mengapa kalau kita berkenalan dahulu, mempercepatkan proses perkahwinan dan kemudian bercinta.

Untuk kenal orang baik, perlulah menerusi orang yang baik. Hanya orang baik yang akan mengenal orang baik yang lain. Orang yang BAIK akan melamar orang yang BAIK untuk orang yang BAIK.

Tidak mengapa kalau tidak dimulai dengan percintaan tapi mesti didahului oleh satu perkenalan. CINTA ITU BUKAN TUJUAN TAPI HANYA JALAN. Bukan ada satu jalan untuk mencapai tujuan...ada berbagai jalan. INGATLAH, HATI-HATI YANG MENGINGATI YANG SATU AKAN MUDAH BERSATU!

Hendak membuat pilihan kita mesti kenal bagaimana tahap beragamanya, bila sudah kenal, berkahwinlah. Insya Allah nanti cinta akan menyusul. Bukan cinta, kemudian kahwin baru kenal...

Sungguh indah bila CINTA BERTASBIH (memuji ALLAH). Yakni bila cinta tunduk kepada kehendak ALLAH. Tetapi kini terbalik, manusia menukar tujuan apabila BERTASBIHKAN CINTA - lalu hendak ALLAH tunduk kepada cinta!

TEGASNYA, tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan 'maklumat' tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan yang BERTASBIHKAN CINTA. Nanti bukan maklumat yang dapat, tapi maksiat. Cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan yang sama seperti cinta selepas kahwin. Ruangnya begitu terhad untuk membuktikan kecintaan.

APABILA SESEORANG MENCINTAI KEKASIHNYA MELEBIHI CINTAKAN ALLAH, MAKA MUDAHLAH HUKUM ALLAH DILANGGAR. Kerana kekasih ALLAH tersisih.

Carilah CINTA YANG BERTASBIH bukan yang BERTASBIHKAN CINTA.

0 comments: