? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Followers

Thursday, August 5, 2010

BIG a.k.a Lawatan Sambil Belajar : Taman Negara Pahang

02.07.10
Memulakan perjalanan dengan menaiki bas institut dan sebuah coaster seawal jam 6.30 pagi(spttnya awal lagi..)kebanyakan guru pelatih termasuk pensyarah memilih untuk tidur memandangkan perjalanan masih panjang.

selepas perhentian demi perhentian, belok ke kiri dan ke kanan, naik bukit dan turun bukit, akhirnya kami sampai juga ke taman negara. perjalanan yang hampir memakan masa selama 10 jam. sangat meletihkan.

apabila sampai, kami perlu pula berjalan kaki lebih kurang 300 meter ke motel yang telah ditempah. satu bilik dua orang. bilik ber'econ'. sesapa yang lebih bertuah dapan bilik berkipas. kaber pula paling berjaya membodek apabila tinggal sebilik bersama pensyarah En. Ong Lok Tong. calculus kaber confem sudah berada di aras yang selamat.

pada malamnya, kami menyertai nigth walk (berjalan dalam hutan malam2) untuk melihat binatang2 kecil dan berbahaya. binatang2 yang sempat ber'hai' dengan kumpulan kami ialah ular hijau yang melingkar atas daun yang betul2 atas kepala manusia yang lalu di bawahnya, kala jengking yang malu2 lari masuk dalam lubang, semut yang sangat besar(tak ingat namanya) yang makan bangkai, lipan gua yang sangat coklat warnanya, cicak yang bernilai beratus ribu ringgit(tak ingat nama). binatang lain yang tak sempat berjumpa sibuk dengan urusan peribadi.

03.07.10
jam 8.30 pagi, bergerak ke taman negara dengan menaiki sampan yang telah disediakan. abang guard kami(kump 4), abg penyu telah membawa kami mendaki bukit teresek yang jauhnya hampir2 5 kilometer. sambil2 berjalan sempat la berkenalan dengan tumbuhan2 baru dan binatang yang belum sempat berkenalan semalam.

perjalanan yang sangat memenatkan sangat2 berbaloi setelah sampai ke puncak. suasana yang tenang dan pemandangan ynag damai memang menyeronokkan. di puncak ini juga sempat berkenalan dengan Max dari England bersama ibunya.

bila turun pula agak mencabar kerana terpaksa menuruni bukit yang curam dengan tanah yang licin. memang terketar-ketar kaki nak melangkah. sampai separuh jalan, kami menunggu giliran untuk berjalan di atas kanopi(titi gantung). sambil2 menunggu, sempat la berknalan dengan seorang wanita dari Itali, namanya Pamela. happy to chat with you Pamela.

seterusnya berjalan atas kanopi sangat menggayatkan(actually tak ayat sangat pun..^_^).

memang best lah.

petangnya, dalam perjalan ke kg orang asli, kami ada aktiviti rapid shooting. ape itu rapid shooting? meh sini nak bgtau. kalau selalu org shoot guna pistol atau senapang atau sumpit tapi kitorang shoot guna perahu. jumlah perahu yang kami naik ialah 4. salah satu perahu akan berhenti di tengah2 sungai dan perahu yang lain akan shoot! haha, mmg mantap ah sapa2 yang tak basah. semangat sangat budak2 ni nak perang sampai hilang selipar n speck mata..huhu
setelah berkali-kali membalas serangan sehingga menyebabkan perahu yang kump 4 naiki hampir2 karam akhirnya kami sampai ke tempat yang ingin dituju, iaitu kg orang asli

dengan baju yang memang dah basah lencun, kami melawat orang asli. ingatkan asli yag dah maju sikit tapi ini memang asli yang pure asli lah. tinggal dalam pondok, makan makanan hutan, memburu dan macam2 lagi la. periuk belanga main campak kat luar je.mungkin diorang tak biasa guna kot.kaum lelaki mungkin dah maju skit kot. ada ynag pandai speaking lg..tapi diorang tanak sekolah, kesian kat anak2 yang tak tahu apa-apa itu..

kami belajar cara menghidupkan api dengan menggunakan kayu dan tali.
seterusnya kami semua belajar menggunakan sumpit. en nash paling menyerlah..hehe,tutor kami tu..

bila balik berperang lagi..pensyarah ke orang tua ke semua dibantai.adeh,letih aku..

malam buat barbeque..best main asap.

04.07.10
Balik.
(gambar kat atas ye..)
alhamdulillah,tahniah kepada sesiapa yang terlibat dalam pengurusan BIG kali ini ye..

0 comments: