? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Followers

Saturday, September 5, 2009

S.B.E. - Jom Kembali Ke Sekolah


pada 16 Ogos 2009, sepasang kaki melangkah masuk melalui pintu gerbang yang terukir 'SEK KEB BUKIT TEMBAGA'. Bermulalah episod baru dalam diriku untuk kembali ke sekolah yang telah ditinggalkan hampir 8 tahun. setiap langkah yang dihayun diiringi rasa gementar. gementar untuk bersua kembali dengan guru-guruku yang telah lama menabur bakti di sana.


untuk melapor diri pada hari pertama, pastinya penampilan perlu dijaga.


Check List :


baju - clear


tudung - clear


fail - clear


penampilan - clear


name tag - clear


test suara - clear


istighfar - clear




Perkara pertama yang perlu dilakukan- berjumpa dengan Guru Besar untuk melapor diri.


7.30: sampai di sekolah. ke pejabat tunggu guru besar.


8.00 : "aduh, mana GB ni"


8.15 : rupa-rupanya GB yang ditunggu ada kursus di Langkawi. ponat eden menunggu. seterusnya berjumpa dengan PK Kanan, Pn Zailan. tujuan asal hanya untuk melapor diri tetapi x disangka Allah telah memudahkan jalan untukku. Pn Zai terus bawa aku berjumpa dengan PK Kokurikulum yang pada waktu itu sedang sibuk menyiapkan kerja kerana beliau perlu pergi berkursus di Pendang selama empat hari. oleh itu, tugasan tentang permainan sudah diselesaikan.pada masa yang sama, aku dipertemukan dengan mentor yang juga guru math dan pj. diringkaskan cerita, semua maklumat yang diperlukan dalam genggaman.


alhamdulillah....


TAPI...


kalau semuanya siap hari ni, esok,lusa,tulat, tungging, dan yang seumpama dengannya nak buat apa pulak? xkan la nak tangkap gambar sampai seminggu??


xpe anis, rileks ok...


next, berjumpa dengan guru2ku yang lama- ustazah Aminah, Cgu Asma, Cgu Sarinah dan Teacher Rusni.


semuanya masih seperti dulu.langsung tidak berubah. rasa seperti kembali ke zaman lampau.


ketika bersama-sama dengan para ibu yang telah lama mendidik aku, segala kenangan pahit manis bermain di mata.


ustzh Aminah : pernah ditampar oleh beliau ketika di darjah tiga. almaklumlah, dulu aku terlalulah nakal tapi baik..tetapi sejak insiden tersebut, hubungan aku dengan uszh Aminah sangat baik seperti ibu dan anak.dan sekarang hubungan tersebut tak pernah berubah.


Cgu Sarinah : pernah ditampar dicubit dan segala macam dendaan lagi ketika di darjah lima dan enam. waktu ini kenakalan aku agak berkurangan kerana selalu berhadapan dengan cgu ini. sebelum meninggalkan sekolah dulu, cgu mengandung.sekarang bila aku masuk sekolah balik, cgu mengandung lagi..murah rezeki betul


cgu2 lain yang mengajar aku semua sudah keluar. sayang, aku tidak dapat berumpa dengan guru yang menyebabkan aku taksub dengan nombor sampai sekarang..dulu pencapaian aku dalam matematik setakat C je.

cgu nor azlan, cgu matematik aku sewaktu darjah enam. berkulit hitam, bermisai tebal giler, tinggi, dan besar. suara dapat mengalahkan halilintar. rotan tak pernah lepas dari tangan. sesuai dengan gelaran guru disiplin yang dipegangnya.


aku pernah menangis sewaktu darjah lima kerana terlalu takut nak ambil kerusi yang tersangat banyak dalam dewan yang pada ketika itu beliau sedang mengajar murid darjah enam. dulu, dewan memainkan dua peranan-sebagai kelas untuk hari-hari biasa dan sebagai dewan untuk hari luar biasa.


hari kedua dia melangkah masuk ke kelas, aku dah kena rotan sebab tak ingat sifir.bukan sekali tapi lapan kali aku kena. sakit tu..


dan selepas episod tersebut, aku seringkali menjadi pelanggan tetap rotannya itu. sampaikan bila masuk sekolah menengah pun masih rindu dan kempunan untuk dirotan. tak ada sesiapa yang mampu merotan senikmat rotanan cgu Lan. sampai sekarang aku masih rindu.


tapi sebenarnya cgu Lan adalah seorang yang sangat baik dan sangat lucu orangnya.dialah yang menjadi inspirasi aku untuk menjadi cikgu yang berkhusus kepada kira mengira iaitu matematik. thanks cikgu Lan!


akhir kata, sbe kali ini seronok kerana dapat membuatkan aku mengimbau sejarah lama. tapi bila ber s.b.e. berseorangan pastinya perasaan bosan menyelubungi diri.


20 Ogos 2009- selamat tinggal cikgu-cikgu, selamat tinggal anak2 murid sementara, selamat tinggal bilik guru, selamat tinggal wayarles, selamat tinggal semua....


0 comments: