? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Followers

Monday, May 25, 2009

CINTA ATAU TERPAKSA?

**bismillahirrahmanirrahin**
assalamualaikum sahabat2 sekalian.
selamat berjuang dalam mengharungi badai peperiksaan ini(untuk y exam je).yang dah exam, sentiasalah mengingati ALLAH agar hidup anda sentiasa dalam pelukan kasih-Nya. pastinya ramai yang study habis habisan sehingga tidak tidur beberapa malam. tambahan pula, esok adalah the last paper yang kita semua akan ambik. lepas tu MERDEKA!! (tetapi untuk sementara je,hu2..)
wahai sahabat2 sekalian, dah tengah seronok2 esok dah abis exam, cuba kita renung balik, apa tujuannya kita study sepulun pulunnya sewaktu exam TETAPI pada hari biasa kita jarang sekali mahu meringankan tangan untuk menyentuh atau membelek 'kitab2' kita yang berharga itu.
tanyakan soalan ini pada diri anda?
adakah aku study kerana cinta pada ilmu atau kerana terpaksa disebabkan exam?
kalau exam tidak ada, adakah kita akan study sebagaimana waktunya kita exam?
cuba tanya pada diri, apakah nilainya ilmu yang kita pelajari jika kita hanya study ketika saat2 terdesak sahaja. jika kita study kerana terpaksa, ilmu cepat meninggalkan kita.
jika kita study kerana CINTA, ilmu akan sentiasa kekal sebati dalam diri kita semua. setuju?
betapa uniknya ilmu itu jika kita melihat dengan mata hati. betapa besarya kebesaran ALLAH swt menciptakan ilmu yang sedemikian rupa.
sahabat2ku, studylah kerana CINTA bukan TERPAKSA.
kata2 Confucius:
belajar tanpa berfikir adalah sia-sia
berfikir tanpa ilmu adalah BAHAYA
~dari my soul~

Monday, May 4, 2009

aKu MendamBakaN CinTa suCi yaNg TerjaGa




Salam bicara,
selembut kalam,
seindah tinta,
semurni kata-kata...

Buat aku yang bergelar Nisa'...
Terkadang diri ini merasa sunyi...
keseorangan dalam mulusuri bahtera kehidupan...
Tanpa menyedari kehadiranNya disisi
tapi....
fitrah manusia yang tidak pernah merasa puas
dengan nikmat yang dikurniakan...

Aku mahukan lelaki...
lelaki yang mampu memberi kasih sayang kepadaku...
aku cemburu tatkala melihat sahabat-sahabatku berkasih
ber'dating'....
berpegangan tangan...
bermesra...

Aku mahu jadi seperti mereka...
hatiku meronta
batinku menjerit
rasa ingin disayangi dan menyayangi..

Pernah terfikir di benak fikiranku,
adakah lelaki yang sudi menjadikan aku teman hidupnya?
gadis kolot...
bertudung labuh...
tidak berbicara dengan lelaki...
mahukah lelaki di luar sana mengenali diriku?
aku tidak mahu menjadi perawan tua
yang tidak punya pasangan...
yang waktu tuaku keseorangan dan...
kesunyian....

Ampunkan aku Ya Allah!
Tatkala aku lemah
tidak mampu menahan nafsuku
aku memikirkan perkara yang bukan-bukan
aku tidak sedar...
Hanya Engkau cintaku
Engkau lah yang menumbuh dan menyuburkan rasa cinta dalam hati ini
Aku terlupa pada siapa harus aku melabuhkan cintaku...
Aku alpa....
Engkau yang menetapkan
jodoh...
pertemuan...
perpisahan...
dan...
kematian....

Aku ingin menemui seorang 'rijal'
bukan lelaki semata-mata...
Aku tidak boleh mengharap lelaki
segagah Ali a.s...
setampan Yusuf a.s...
Sebijaksana Muhammad S.a.w
jika....
aku tidak BERUSAHA untuk menjadi
segigih saidatina Fatimah...
secantik Zulaikha...
sesetia Siti Kahdijah...




Aku lupa untuk bermunajat..

aku leka melayan perasaanku..



Ya Muhaimin...

"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu....

Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"