? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Followers

Tuesday, February 17, 2009

KERANA INI PILIHANKU...

saatku membuka mata, aku melihat sekeliling..sunyi sepi,aku keseorangan dalam cahaya yang samar-samar.di mana aku?

di hadapanku terdapat dua batang jalan. jalan di sebelah kiri, jalannya luas dan lapang...mungkin kerana ramai orang yang sudah melalui jalan ini.aku merenung jauh.jalan tersebut tidak banyak halangan dan senang untuk dilalui.mungkin sebab inilah ramai yang memilih jalan ini. tetapi,di hujung perjalanan ini aku tidak dapat melihat apa-apa kerana keadaannya yang sangat gelap. bagaimana mungkin aku dapat hidup dalam kegelapan seperti itu?

aku melihat pula pada jalan disebelah kanan. jalannya tidak selenggang jalan tadi. jalan ini bersemak di sana sini, mungkin tidak ramai yang memilih jalan ini. jalannya penuh liku, duri tajam menceracak di kiri kanan,manakala akar menjalar di sana sini. perjalanan untuk jalan ini pasti sukar dan banyak halangan. tetapi di hujung perjalanan ini terdapat satu cahaya terang yang memancar jauh. sinarnya begitu mempersonakan. damainya hanya dapat dirasa oleh hati.

jalan yang mana patut aku pilih? perlukah aku memilih jalan yang tidak banyak halangan atau jalan yang penuh liku tadi...pilihan yang senang untuk dibuat tetapi keputusan yang sukar untuk diputuskan.

aku sudah membuat keputusan dan aku tekad dengan keputusanku ini. aku perlu bersedia untuk menghadapi perjalanan yang sukar ini. aku tidak boleh cepat menyerah kalah. biarlah diriku dilukai oleh duri-duri atau tersembam ke tanah kerana matlamatku cuma satu-menikmati penghujung yang dipenuhi cahaya yang indah.

yang pasti di hujung perjalanan ini menjanjikan sesuatu yang membahagiakan...

dengan lafaz bismillah aku memulakan langkah...

0 comments: